Salam readers...
Urghhh... pagi2 dah spoil mood. Serabutnya bila ada kerja yang nak kena settle tapi kita tatau nak settlekan cemana sebab kite newbie & bila call orang sana sini, semua tak jawab!
Starting from yesterday, TM declare semua staff kena work from home sebab kes covid makin naik. Actually best je wfh ni tapi bila time bekerja, haruslah masing2 reachable. Bukannya wfh tu suruh buat kerja rumah sampai abaikan kerja-kerja pejabat.
Bila Kekna sebut newbie tadi, bukan bermakna Kekna ni budak baru dalam pejabat. Tapi Kekna ni budak baru dalam unit kecik.
Kalau nak tahu, Kekna ni dah 14 tahun bekerja di TM. Sepanjang 14 tahun tu, 9 tahun setengah Kekna jadi secretary kepada General Manager yang dipinjamkan dari agensi luar. Masa tu unit Kekna dikenali sebagai Special Affairs Unit sebelum ditukar dengan nama baru iaitu Corporate Investigation Unit.
Sepanjang jadi secretary, Kekna dah jaga 5 orang bosses yang kesemuanya adalah lelaki. Bos yang pertama bernama Haji Khadzar Yusof. Dia ni muka garangg.... Tapi hati baik. Macam ayah-ayah gitu. Pernah dia tumpangkan Kekna balik kerja sebab tak sampai hati nak biarkan Kekna jalan sorang2 time hujan. Pastu dia pernah benarkan Kekna cuti tanpa rekod 5 hari masa daddy warded IJN. Baik kan...
Bos yang kedua adalah Dato' Norazlan Mohd Razali. Sekarang ni dia dah jadi Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Dia pun baik bila melibatkan hal luar tapi bila bab kerja, serammmm..... Dialah yang paling garang tahap baling-baling fail. Kekna jaga dia selama 2 tahun 2 bulan sebelum dia balik semula ke SPRM. Dia mengajar Kekna jadi seorang yang tough. Banyak yang Kekna belajar sepanjang menjaga dia.
Bos yang ketiga bernama Saiful Ezral Ariffin. The most cutest boss yang pernah Kekna jaga. Selalu kena usik dengan staff department audit sebab cute sangat.. Hahah... Dia ni mudah dijaga. Tak banyak sangat karenah.Sekarang ni dia dah jadi Chief Integrity Officer dekat Petronas.
Bos yang keempat adalah Ramli Ismail. Yang ni Kekna jaga sekejap je. Dalam 9 bulan sebelum dia dipulangkan semula ke SPRM. Dia ni orang Terengganu jugak. Sejak dia masuk, kitorang bersembang guna loghat Terengganu je. Terpinga-pinga staff lain yang bukan rakyat Terengganu dengar kitorang bersembang. Sekarang ni dia dah jadi Pengarah SPRM di Kelantan.
Bos yang kelima adalah Zamri Zainul Abidin. Yang ni paling complicated yang pernah Kekna jaga. Pening tapi bila diingatkan balik jadi kelakar pulak. Kekna dan ofismate selalu panggil dia bos yang ada gaya, mutu dan keunggulan sebabnya setiap hari bila masuk ofis, dia akan pakai spek mata hitam dan jaket SPRM warna hitam tu. Jalan mendabik dada kemain. Heheh... comel je. Sekarang ni dia dah jadi Pengarah AMLA di SPRM.
Kelima-lima bos ni ada sifat baik dan sifat yang memeningkan. Tapi dah dibayar gaji untuk jadi secretary, kena hadap je laa pening tak pening punn...
01 December 2017, Kekna bertukar ke TM Kuala Terengganu. Pertukaran adalah secara sukarela mintak sebab nak jaga daddy yang sakit vertigo. Alhamdulillah lepas Kekna dapat balik ke K. Trg, daddy dah tak sakit dah.
Bila dah bertukar ke TM Terengganu, Kekna dah tak jadi secretary dah. Rupa-rupanya best tak jadi secretary ni. Rasa bebas. Tak terkongkong sebab kita buat kerja kite ikut cara kite sendiri. Asal kerja siap sempurna, dah okay.
Kalau dulu Kekna terlibat dengan bermacam-macam kes di dalam TM, sekarang ni Kekna dah masuk unit sales pulak. Kekna kena menjual produk TM kepada pelanggan-pelanggan bisnes / SME. Masyukkk sebab dapat komisen. Gaji bulan-bulan tetap masuk macam biasa.
Setahun berada dalam TM SME, department Kekna restructure jadi Team Attract pada awal 2019. Jadi, masa ni job scope Kekna kena jaga agent-agent TM di seluruh Trg pulak. Jaga do & don'ts.. Jaga keperluan diorang semua & masukkan alamat-alamat cust diorang dalam sistem TM. Leceh jugak sebab kadang-kadang agent tak bagitahu pun apa yang diorang nak. Tau2 je diorang main cakap belakang. Tapi Kekna seronok je buat kerja ni...
Lepas setahun iaitu awal tahun 2020, restructure lagi jadi TM SME balik. Masa ni jobscope Kekna sama je macam sebelum ni. Tapi pening sebab structure kecik bertukar. Kekna jadi ada 3 orang bos. Letih nak melayan sebab ada bos baru yang masih tak kenal Kekna. Jadi dia selalu share benda-benda yang Kekna dah tahu tapi dia anggap Kekna tak tau apa2.
Tahun ni Kekna beralih ke bos lain dengan tanggungjawab lain tapi masih di dalam TM SME. Job scope kali ni agak mencabar sebab Kekna kena jaga account customer bisnes yang besar2. Dah la Kekna tak mahir dengan sistem-sistem apps TM. ID pun banyak lagi Kekna tak ada. Job scope sebelum ni tak perlu main sistem sangat. Pening..... Masuk je unit kecik baru, terus nak kena push gear lima terus. Takleh bertatih2 gear satu... Cemana laa haiii..
Kekna tahu Kekna jenis komited dengan kerja. Walaupun wfh, Kekna bukan jenis amik kesempatan nak mengular keluar sana sini atau amik peluang untuk sambung tido ke ape.. Even masak pun amik time lunch. Tapiii Kekna akan jadi cepat frust, down dan demotivated bila Kekna cuba cari source atau orang untuk Kekna belajar tapi susah nak dapatkan bantuan tuu...
Panjang lagi journey career Kekna ni. Sekarang ni lagi la Kekna kena kerja keras untuk cari rezeki lebih untuk menyenangkan hidup Baby Kyra. Dah la tak lama lagi gaji dah nak kena tolak loan rumah. Ya, Kekna ada buat loan beli rumah banglo sebijik di area Serada, Kuala Terengganu.
Sekarang ni Kekna & suami stay dekat rumah flat milik suami kat area Chabang Tiga. Rumah ni selesa je. Dekat dengan bandar. Access makanan pun mudah. Foodpanda, Grab food, semua ada... Even penghuni2 kat flat ni pun ada yang berniaga makanan tak kire time breakfast, lunch atau malam. Maknanya duk kat sini takkan berlapar lah kalau malas masak. Cumanya kena sediakan duit je la. Heheh...
Rumah kat Serada nanti rumah setingkat atas tanah. InshaALLAH makin selesa sebab tanah besar & berada dalam kawasan sendiri. Lagipun takyah risau kalau2 lif rosak ke ape. Heheh.. Kot2 mana pun zaman sekarang ni perempuan tetap kena ada aset sendiri. Takleh harapkan suami semata2.
Daripada duit perabih kat benda lain yang akhirnya kita tak nampak pun duit tu kemana, lebih baik Kekna beli rumah ni.
Eh, macam panjang pulak Kekna membebel kali ni. Cukuplah setakat ini dulu ye. Next time kalau rajin Kekna update lagi. InshaALLAH.
Till we meet again. Babai....