Salam readers...
Bagi followers blog Kekna yang lama rasanya dah tahu kenapa Kekna transfer dari Menara TM ke state.
Ikutkan 02 June (minggu depan), genap 10 tahun Kekna berkhidmat dengan TM.
Nasib baik bulan puasa.
Kalau tak mesti kena buat pulut kuning. Kekeke...
Ramai yang terkejut dengan perpindahan Kekna yang serta-merta ni.
Even Kekna sendiri pun tak ready sebenarnya.
Tak sangka akhir tahun 2018 Kekna dah mula bekerja kat K.Trg.
Tak ada dalam plan Kekna pun untuk balik kerja kat kampung dalam tahun 2018.
Tapi nak buat cemana kan...
Manusia ni boleh merancang je. Kut-kut mana pun ALLAH SWT tu lebih berkuasa.
Kesahnya, Kekna mula apply untuk transfer pada bulan August 2018 lepas daddy Kekna sakit teruk kena vertigo seminggu selepas raya.
Tak tahu pasal vertigo, pi gugel nah. Hahaha..
Setiap minggu daddy Kekna sakit kena vertigo attack.
Kekna pulak duduk kat KL dah tak senang hati.
Asyik fikir pasal daddy sampai kekadang menangis sorang-sorang.
Dulu Kekna ni secretary.
So memang ada networking kuat dengan beberapa orang GM dan VP kat Menara TM tu.
Nak tak nak Kekna guna kabel untuk dapat transfer ke KTrg dengan cepat.
Pedulik ape aku kan. Hahaha..
Kekna prepare surat mohon transfer.
Alhamdulillah, bulan 8 apply, bulan 11 dah dapat surat untuk transfer.
Syukurnyaaaa...
Kekna khabarkan kepada kawan-kawan.
Bermulalah episod kengkawan ajak makan sana sini.
Sampai ada yang tak sempat nak jumpa pun sebab busy follow ajakan orang lunch sama-sama...
Paling ralat Kekna tak sempat pun nak jumpa Geng Avengers.
Yang mana follow blog lama tu mesti tahu siapa Geng Avengers tu.
Geng yang Kekna sayang dan rindu sampai sekarang.
Diorang ada ajak makan tapi end up semua busy...
Takpelah... nanti Kekna pergi KL, Kekna akan cuba luangkan masa untuk jumpa dengan diorang.
Unit Kekna pun tak terkecuali buat jamuan perpisahan.
Bos: You nak makan kat mana?
Kekna : Boat noodle.
Bos : Ok, kita buat majlis you dekat boat noodle KL Gateway.
Kekna pilih Boat Noodle sebab masa tu kat K.Trg takde Boat Noodle.
Kekna takmo la nanti teringat-ingat kat Yum Mama dia tu.
Kang tak memasal kena pergi KL selalu sebab teringin Yum Mama.
Tup-tup baru sebulan pindah ke KTrg, tetibe ada pulak Boat Noodle kat sini.
Dekat pulak tu dengar ofis. Hahahanat betol!
Kekna dah Puan Tuty.
Kawan baik Kekna dalam unit Corporate Investigation.
Dalam unit tu hanya Kekna dan Puan Tuty je bunga.
Yang lain semua kumbang...
Kumbang-kumbang tengah syok makan sampai dah tak pandang kiri kanan dah.
Masa ni dah start nangis-nangis dah.
Ucapan dari setiap staff CIU untuk Kekna.
Maunya tak meraung, ni la team yang paling best Kekna pernah dapat sepanjang bekerja kat Menara TM dulu.
Dia punya teamwork memang terbaik.
Tak banyak cekadak, tak rendah-rendahkan orang...
Ade la 2-3 ekor yang hati busuk tapi tak efek apepun.
Puan Tuty pun lawak.
Setiap kali dia bercakap, mesti menangis.
Sedih nau nak berpisah... Yela, kitorang berdua dah harung banyak benda yang tak boleh Kekna ceritakan kat sini.
Yang lawaknya masa diorang tanya Kekna nak hadiah ape, Kekna just cakap,
"Tak kisah tapi saya taknak pen."
Yela, bos Kekna suka nau bagi pen yang engraved tu kalau ada majlis perpisahan.
Takmo la pen tu. Berlambak lagi pen lain yang Kekna boleh beli sendiri.
Amboii kemain demand ye. Kekeke...
Tak sangka pulak diorang belikan handbag.
Puan Tuty lettew yang belikan senyap-senyap.
Pandai dia sorok dari Kekna...
Self note: Dari kiri - Mail, Nawi, Encik Amir, Puan Tuty, Kajol, Bos Zamri, Aznal, Encik Azhar, En. Rosman, Ezzat & Khairol.
Ummu dan Izy.
Ni kawan baik Kekna.
Bila weken je, Kekna kerap bermalam kat rumah Izy.
Dia stay sorang-sorang kat Desa Petaling.
So, Kekna temankan la dia on weken.
Dia pandai masak ohh... Dah la dia lawa.
Kitorang kuat makan jugak.
Setiap kali keluar bertiga, mesti ada acara terlajak makan sampai gemok.
Hihi..
Ini Geng Pantai Timur.
Wani, exec di Procurement. Orang Kelantan.
Puan Tuty pulak manager di CIU. Orang Terengganu.
Kitorang ni kalau bersembang ikut loghat masing-masing je.
Kalau food hunting, mesti cari masakan pantai timur...
Masa ni Puan Tuty yang belanja makan kat Selera Ramai Ikan Singgang.
Sohor benor laa makan ikan singgang kat KL ni oii.
Padahal kalau balik Terengganu, memang tak pandang langsung singgang tu. Ahakss..
Haa... Kekna rapat jugak dengan anak Puan Tuty tu.
Pai namanya.
Klako budaknya. Siap buat group whatsapp lagi.
Dalam group tu ada Kekna dengan dia je. Hahahah...
Kekna dan Wani.
Rindunya kat diorang ni....
Sekali lagi diorang belanja Kekna dinner kat Corus Hotel.
Syahdu sangat masa ni sebab dah tak lama dah Kekna nak balik ke KTrg.
Kawan-kawan secretary Kekna.
Mimy, Kak Shy dan Ika.
Diorang ni Kekna kenal masa kitorang duduk dalam unit audit.
Unit Corporate Investigation report bawah Group Audit since 2006 sebelum beralih report bawah Group LSIP pada Sept 2017.
Mimy tu kawan rapat Kekna jugak.
Kekadang dia ajak Kekna tido rumah dia.
Laki dia pulak jenis sekepala. Orang Kuala Berang.
Mimy tu masih tergagau lagi nak paham loghat Terengganu ni.
Kekadang dia tanya la Kekna apa yang laki dia cakap. Haahaha...
Kitorang berempat ni memang suka makan sushi.
Kalau keluar je memang akan pergi terjah restoran sushi.
Paling gemor Sushi King laa...
Kekna dan Ika.
Kekna kenal dia since Dec 2008 kalau tak silap.
Masa tu dia baru je masuk TM.
Kekna suka sangat dengan Takoyaki kat Sushi King.
Tako dia sedap gile...
Ini yang biasa Kekna order kat pergi ke Sushi King.
Salmon set.
Again, masa ni diorang belanja Kekna makan lagi kat Dolly Dimsum.
Sedap oihhh makanan kat Dolly ni.
Rege memang la mahal nauzubillah tapi berbaloi tau.
Ini pulak kawan-kawan terawal yang Kekna kenal masa mula-mula kerja kat Menara TM dulu.
Kak Norli dan Tuti.
Masa mula-mula kenal dulu, diorang kerja dalam unit Industrial Relation HR.
Sekarang ni Tuti jaga NUTE.
Kak Norli je yang masih setia dengan IR.
Masa ni diorang belanja Kekna makan kat Dolly Dimsum jugak.
Ini yang kitorang makan.
RM100 lebih jugak ni tau. Hahahah...
Lepas makan, kitorang menapau lagi.
Perempuan gaiss... perempuan memang macam ni.
Hehehe...
Ni antara hadiah-hadiah yang Kekna dapat sempena perpisahan dengan kawan-kawan di MTM :-
Ini antara sahaja.
Ada lagi yang lain. Mana ntah gambarnya dah tak jumpa....
Ada yang bagi kerongsang, skirt labuh, baju, tudung, barang perhiasan, buku...
Kekna hargai sangat-sangat...
Ada team audit yang sanggup amik cuti half day sebab nak ajak Kekna pergi karok ramai-ramai kat Red Box The Gardens.
Gambarnya ada tapi tak jumpa.
Ada yang ajak makan kat Gloria, San Francisco, Secret Recipe...
Masing-masing booking time sampai Kekna sendiri tak terkejar.
Bila diingatkan balik, syahdu wehh...
Syahdu sangat.
Susah nak tinggalkan kawan yang pernah kita kerja sama-sama, rapat, makan sama-sama, ada tu yang holiday sama-sama...
Rindu sangat saat tu.
Hubungan sahabat yang bukan saja kat ofis tapi tetap terbawa-bawa sampai ke luar pejabat.
Professional masa bekerja tapi boleh bertepuk tampar di luar pejabat...
Kawan-kawan yang tak pernah berkira duit langsung.
Kawan-kawan yang senang berkongsi ilmu dan pendapat.
Tak apalah.
Apa yang berlaku ni pun ada hikmahnya.
Kekna masih happy macam dulu.
Next entri nanti Kekna share pasal kerja Kekna kat TM Trg ni pulak ye.