19 April 2020

The World of the Married Couple

Salam readers...



Sape yang dah terjebak dengan drama siri Korea terbaru ni?
Kekna pun dah terjebak sekali uolss!!
Hahha...
Jarang-jarang sangat Kekna tengok citer Korea.
Last drama Korea yang Kekna layan adalah All About Eve lakonan Chae Rim dan Jang Dong Gun.
Pastu Kekna stop layan dah..
Letih kalau follow drama ni sebab nanti Kekna akan marathon sampai habis.
Pernah la dulu Kekna tak tido semalaman sebab nak marathon drama Korea.
Serik... Haha...

Tapi disebabkan drama TWOTMC ni viral sangat, Kekna try la tengok episod pertama.
Kononnya kalau episod pertama tu membosankan, Kekna takmo dah la tengok episod seterusnya.
Eh, tup-tup sedap pulak drama ni.
Dari episod pertama sampai kedua dan last sekali sampai episod ke-7 Kekna follow.
Haha...


Ok, drama ni sebenarnya lebih kurang je macam drama-drama kat tv3 dan astro prima tu...
Cuma yang buat drama ni best sebab garapan dan susunan cerita & kekuatan pelakon tu sendiri.
Susunan cerita dia tak meleret-leret.
Jadi, penonton tak sempat pun nak rasa bosan. Malah, penonton jadi tak sabar-sabar nak tahu scene seterusnya.

Apa yang Kekna tahu drama ni ditiru dari drama bersiri Hollywood iaitu Doctor Foster.
I watched both so automatically Kekna akan compare antara dua versi ni.
Bagi Kekna versi Korea lebih best.
Cerita Doctor Foster tu macam bosan sikitt.
Skrip pun tak best.

As of today, drama korea ni baru episod yang ke-7.
Kekna tak sure drama ni ada berapa episod.
Takdan lagi nak buat research.

Tapi kan, sepanjang Kekna tengok drama ni Kekna boleh rumuskan bahawa...

Ji Sun Woo ni sejenis perempuan yang sengaja cari penyakit..

Kenapa Kekna cakap macam tu?

Masa episod ke-5, si husband iaitu Lee Tae Oh dah sah-sah dah putus dengan skandal dia iaitu Yeo Da Kyung.
Tapi Sun Woo ni punya bodo tatau la pasal ape, dia pi gatal bawak laki dia dinner kat rumah mak ayah Yeo Da Kyung.
Untuk apa weh?
Dia nak buktikan apa?
Sepatutnya dia tolong la husband dia tu move on..
Tapi takk...
Hanya kerana dia nak pecahkan rahsia hubungan Da Kyung dengan tok laki dia dan nak bagitahu mak ayah Da Kyung pasal kehamilan skandal laki dia tu, dia boleh buat tindakan bodo ni..
Bagi Kekna kalau awal-awal dia berfikiran waras mungkin hubungan dia dan husband akan jadi baik seperti sediakala.

Dah la sebelum tu dia pi tido dengan Je Hyuk, laki kawan dia (Ko Ye Rim) hanya kerana nak balas dendam kat Ko Ye Rim sebab kawan dia tak bagitahu pasal laki dia curang.
Aihhh...
Doktor.. tapi bodo piang.
Hangin pulak hakak.. haha..



Lagi 1 pasal kebodohan Sun Woo ni adalah pasal anak dia, Joon Young.
Dia cuba nak jadi mak yang sporting tapi semua tu tak cukup sebab dia tak cuba memahami apa kesukaan dan kegemaran anak dia.
Sedangkan masa episod ke-6 tu terang-terang Joon Young dah cakap ayah dia lebih memahami dia.
Dan dalam episod yang ke-7 pun Joon Young mention benda yang sama.
Masih lagi Sun Woo ni tak belajar dari kesilapan.



Berbalik pulak dengan Yeo Da Kyung...
No wonder Lee Tae Oh ni jatuh cinta dengan minah muda ni sebab Da Kyung ni dah la cantik, lebih rasional pulak tu.
Walaupun dalam episod ke-7, Da Kyung ternampak Sun Woo keluar dari bilik tidur dia dan pada masa yang sama dia nampak Tae Oh turut berada dalam bilik yang sama tapi dia tak melenting.
Malah lepas habis je party, dia confront elok-elok dengan Tae Oh pasal benda tu dan semuanya settle dengan baik.





Berbeza pula dengan Sun Woo yang suka pendam perasaan walaupun dah macam-macam assumption yang dia buat dalam kepala dia tu.
Pastu mula la nak emosi sana-sini, termenung time kerja sampaikan pesakit tengah bercakap pun, kepala otak dia merewang ke lain.

Bagi Kekna, Da Kyung ni seorang gadis yang baik.
Cuma kesilapan dia adalah dia terjatuh cinta dengan suami orang dan dia tak kenal erti mengalah.
Tengok je dia concern sangat dengan Hyeon Seo.
Dia boleh je berkawan elok-elok dengan Hyeon Seo tanpa dia sedar yang Hyeon Seo tu adalah radio karat Sun Woo.
Dia takde pun nak bersangka buruk pada orang lain.
Berbeza dengan Sun Woo yang awal-awal dah bersangka buruk dengan Jang Mi Yun iaitu seorang janda yang bekerja sebagai assistant pejabat Tae Oh.

Cumanya sifat Da Kyung ni lebih pentingkan diri sendiri.
Dia taknak berkongsi Tae Oh dengan sesiapa pun hatta Joon Young sekalipun.
Dia seboleh-bolehnya nak hidup dengan Tae Oh dan anak dia Jenny saje.
Sikap ni yang Kekna tak suka pada Da Kyung.



Dari cerita ni boleh nampak tak, seorang yang bekerjaya hebat juga adalah manusia biasa yang boleh bersangka buruk kepada sesiapa saja dan  tak semestinya dia boleh mengawal emosi dengan baik.



Jadi, setakat episod ke-7 ni, banyak pengajaran yang kita semua boleh ambil.

1. Jangan pendam perasaan. Tak puas hati, terus lontarkan perasaan tu dengan cara yang baik. Jangan cepat melenting.
2. Jangan bersangka buruk pada orang lain.
3. Jangan berdendam. Sesungguhnya dendam itu boleh memudaratkan diri.
4. Jangan libatkan orang lain dalam permasalahan yang dihadapi.
5. Berfikiran rasional dan waras sebelum melakukan apa-apa. Bertindak dengan wajar.
6. Jangan terlalu percayakan orang-orang sekeliling.
7. Sentiasa memperbaiki kelemahan diri dan belajar dari kesilapan.

Ni je review Kekna setakat ni.
Tak sabar nak tengok episod-episod seterusnya...

Ada tak yang sependapat dengan Kekna?
Ke ada yang nak bangkang?
Sila tinggalkan komen ye... :)


03 January 2020

Kerana Ki rindukan Aryan

Salam readers...

29 & 30 Nov 2019, Kekna, Misha, mami dan daddy ke Kemaman.
Ni semua sebab daddy rindukan cucu dia, Baby Aryan.
Daddy ni takleh.... terbit je rasa rindu sikit kat cucu dia tu, dan2 tu jugak dia nak pergi jenguk.
K. Terengganu ke Kemaman tu bukannya dekat.
Jauh jugak.

Asalnya Kekna malas jugak nak ikut sebab minggu tu Kekna busy sangat dengan kerja.
Jadi Kekna ingatkan Kekna nak rehat weken tu.
Tapi bila teringatkan si kecik Baby Aryan tu, rasa cam rugi pulak tak pergi jumpa dia.
Kekna pun rindu nak main-main dengan dia.
Lagipun alang-alang dah ke Kemaman, kitorang plan nak pergi jalan-jalan ke Kuantan terus.
Bolehlah Kekna shopping raya kat sana.

Bertolak pukul 8:30 pagi, sampai Kemaman dalam pukul 12 tengahari.
Lambat sikit sampai sebab kitorang banyak menyinggah kat tepi jalan pergi breakfast la, beli bahulu laa..


Sampai je kat rumah Iwan di Gong Limau Kemaman, terus Kekna main-main dengan Baby Aryan.
Lepas rindu kat budak kecik tu...


Dah puas main, Kekna cuba tidokan Baby Aryan sebab Iwan kata dia dah berjaga lebih dari 3 jam.
Jap lagi kang nak pegi jalan-jalan, tak pasal-pasal dia tantrum kes tak cukup tido.

Tapiii dia tido sekejap je.
Mungkin excited kot orang ramai datang rumah dia.. haha...

Lepas Iwan balik dari solat Jumaat, kitorang terus bersiap-siap pergi ke Kuantan.


Dalam kereta Baby Aryan buat perangai sebab dia tak cukup tido.
Umi dia paksa dia tido, dia takmo.
Padahal mata memang mengantuk tuu...

Last2 Kekna amik, pastu peluk dia kemas-kemas sambil nyanyi-nyanyi.
Tak sampai 2 minit, dia terus tertido.
Haihhh... baby Aryan ni.. 
Saje je buat perangai.

Kat Kuantan, kitorang pergi jalan-jalan ke East Coast Mall..
Sempatlah Kekna shopping sikit-sikit untuk raya.


Macam biasa, Kekna la yang dukung Aryan ke sana sini.
Baby Aryan ni bagus sangat sebab dia jarang buat perangai time pergi jalan-jalan.
Dia diam je... ikut je mana yang orang nak bawak dia.

Dah settle shopping, kitorang balik semula ke Kemaman.
Sempatlah kitorang singgah makan malam kat Laguna Ikan Bakar kat area Geliga, Kemaman.
Memang recommended sangat restoran tu.
Bersih. Makanan pun sedap-sedap & harga berpatutan.
Next time kalau pegi Kemaman, bolehlah dinner kat sana lagi.

Sabtu, kitorang balik semula ke Terengganu dalam pukul 3 lebih petang.
Sampai ke Kuala Terengganu dalam pukul 6 petang.

Malam tu Kekna dapat call dari bf Kekna.
Dia buat satu kejutan besar.
Nak tahu apa dia?
Tunggu next entri ye. Heheheh...