03 January 2020

Kerana Ki rindukan Aryan

Salam readers...

29 & 30 Nov 2019, Kekna, Misha, mami dan daddy ke Kemaman.
Ni semua sebab daddy rindukan cucu dia, Baby Aryan.
Daddy ni takleh.... terbit je rasa rindu sikit kat cucu dia tu, dan2 tu jugak dia nak pergi jenguk.
K. Terengganu ke Kemaman tu bukannya dekat.
Jauh jugak.

Asalnya Kekna malas jugak nak ikut sebab minggu tu Kekna busy sangat dengan kerja.
Jadi Kekna ingatkan Kekna nak rehat weken tu.
Tapi bila teringatkan si kecik Baby Aryan tu, rasa cam rugi pulak tak pergi jumpa dia.
Kekna pun rindu nak main-main dengan dia.
Lagipun alang-alang dah ke Kemaman, kitorang plan nak pergi jalan-jalan ke Kuantan terus.
Bolehlah Kekna shopping raya kat sana.

Bertolak pukul 8:30 pagi, sampai Kemaman dalam pukul 12 tengahari.
Lambat sikit sampai sebab kitorang banyak menyinggah kat tepi jalan pergi breakfast la, beli bahulu laa..


Sampai je kat rumah Iwan di Gong Limau Kemaman, terus Kekna main-main dengan Baby Aryan.
Lepas rindu kat budak kecik tu...


Dah puas main, Kekna cuba tidokan Baby Aryan sebab Iwan kata dia dah berjaga lebih dari 3 jam.
Jap lagi kang nak pegi jalan-jalan, tak pasal-pasal dia tantrum kes tak cukup tido.

Tapiii dia tido sekejap je.
Mungkin excited kot orang ramai datang rumah dia.. haha...

Lepas Iwan balik dari solat Jumaat, kitorang terus bersiap-siap pergi ke Kuantan.


Dalam kereta Baby Aryan buat perangai sebab dia tak cukup tido.
Umi dia paksa dia tido, dia takmo.
Padahal mata memang mengantuk tuu...

Last2 Kekna amik, pastu peluk dia kemas-kemas sambil nyanyi-nyanyi.
Tak sampai 2 minit, dia terus tertido.
Haihhh... baby Aryan ni.. 
Saje je buat perangai.

Kat Kuantan, kitorang pergi jalan-jalan ke East Coast Mall..
Sempatlah Kekna shopping sikit-sikit untuk raya.


Macam biasa, Kekna la yang dukung Aryan ke sana sini.
Baby Aryan ni bagus sangat sebab dia jarang buat perangai time pergi jalan-jalan.
Dia diam je... ikut je mana yang orang nak bawak dia.

Dah settle shopping, kitorang balik semula ke Kemaman.
Sempatlah kitorang singgah makan malam kat Laguna Ikan Bakar kat area Geliga, Kemaman.
Memang recommended sangat restoran tu.
Bersih. Makanan pun sedap-sedap & harga berpatutan.
Next time kalau pegi Kemaman, bolehlah dinner kat sana lagi.

Sabtu, kitorang balik semula ke Terengganu dalam pukul 3 lebih petang.
Sampai ke Kuala Terengganu dalam pukul 6 petang.

Malam tu Kekna dapat call dari bf Kekna.
Dia buat satu kejutan besar.
Nak tahu apa dia?
Tunggu next entri ye. Heheheh...