Salam readers...
Sebut pasal jodoh ni memang buat Kekna rasa takut.
Maunya tak takut.
Umur dah masuk 33 tahun tapi still bujang.
Kalau orang zaman dulu ni, diorang dah panggil Kekna andartu tau!
Hari Jumaat lepas Kekna ada berjumpa dengan BFF Kekna; Syu & Eda.
Sama macam Kekna, Syu dan Eda jugak still bujang.
Bagi yang baru follow blog Kekna, mesti tak tahu siapa Syu dan Eda ni.
Ok, Syu adalah kawan baik Kekna since kitorang tadika lagi.
Dulu kitorang belajar di Tadika Perpaduan Teluk Lipat.
Lepas tu, kitorang sama-sama bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Dungun.
Then, kitorang terpisah sekejap masa sekolah menengah sebab Syu belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun.
Kekna pulak pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar.
Lepas tu kitorang lost contact.
Yela, masa tu manalah ada internet, facebook, whatsapp semua.
Kitorang jumpa balik masa kitorang sama-sama masa masuk ke UiTM cawangan Chendering.
Dah la masuk U yang sama, course pun sama jugak.
Kuatnya jodoh persahabatan kitorang ni.
Eda pulak kawan Kekna since Form 4.
Masa tu Kekna bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad.
Masa tu kitorang takdelah rapat sangat tapi berkawan laa...
Tegur-tegur. Pergi cc sama-sama.
Main MiRc. Hahaha..
Habis SPM, Eda ajak Kekna further study.
Asalnya Kekna refuse nak sambung belajar tu mengenangkan kos tinggi & Kekna taknak bebankan daddy.
Tapi mak Eda yang pujuk Kekna untuk sambung belajar sama-sama dengan anak dia.
Kekna akur laa dan bagitahu daddy yang Kekna nak sambung belajar.
Alhamdulillah daddy izinkan.
Kat situlah Eda kenal-kenal dengan Syu.
Dan kitorang rapat sampailah sekarang.
Belajar sama-sama, tido sama-sama, sekatil lagi uolss...
Grad sama-sama. Bujang terlajak pun sama-sama.
Kahkahkah...
Ok, back to the main story.
Masa kitorang jumpa tu, topik utama kitorang adalah berkisarkan tentang jodoh.
Yes, jodoh.
Disaat rakan sebaya dah happy dengan suami dan anak-anak yang makin membesar, kitorang bertiga masih lagi bujang tak tahu mana hala.
Takut oihhh... waktu dah nak expired dah ni.
Pompuan ni, makin tua makin tak laku.
Lain la macam lelaki. Makin tua makin laku & jadi pujaan ramai.
Tak adil sungguh hidup ni! Huhuh...
Bagi yang pernah follow blog lama Kekna dari tahun 2008 mungkin tahu Kekna cemana dulu.
Bf keliling pinggang tapi sorang pun tak lekat.
Tak lekat sebab semuanya tak berjenis.
Macam tak layak jadi laki orang pun.
Masa Kekna bercinta dengan seorang duda anak dua, family kedua-dua belah pihak dah bersetuju.
Tapi dah namanya lelaki kan... mana cukup dengan sorang.
Dia curang kat belakang Kekna dengan berpuluh-puluh perempuan lain.
Tak logik? Tak percaya?
Suka hati koranglah.
Dia kaya. Sangat kaya. Duit berkepuk-kepuk.
Sebab tu dia boleh bela pompuan lain di belakang Kekna.
Dia ingat dia boleh 'pegang' Kekna sebab dia kaya.
Kekna bukannya sejenis yang pandang harta sangat.
Duit berlambak tapi perangai tak senonoh pun tak guna jugak.
Sama jugak masa Kekna bercinta dengan FZ dulu.
Korang ingat tak FZ? Bagi followers blog lama Kekna mesti tahu siapa FZ.
Konon dialah cinta mati Kekna.
5 tahun bercinta, tup-tup dia curang dengan perempuan lain yang lagi tua dari Kekna.
Bila ditanya kat mana salah dan kurangnya Kekna, dia cakap tak ada.
Just hati dia je yang dah berpaling tadah.
Sebulan Kekna amik masa untuk betul-betul move on.
Lepas tu berbulan jugak Kekna single sampaikan Puan Tuty kenalkan Kekna dengan someone.
Konon nak kahwin dengan dia laa..
Dia duda jugak, anak dua.
Kekna ni sebenarnya tak kisah bujang atau duda.
Yang penting bukan suami orang, bukan tunang orang, bukan boifren orang.
Kekna taknak rampas hak orang.
Kekna bukannya spesis Husna tau!
Tup-tup dia tinggalkan Kekna just because body Kekna chubby.
Dia nak pompuan yang kurus kering sebab ex wife dia dulu kurus jugak.
Kalau boleh dia nak cari pompuan yang lebih kurus dari ex wife dia.
Once again, Kekna frust.
I was dumped because of my body!
Latest yang Kekna tahu pasal dia, dia dah kawin dengan janda yang memang kurus.
Baguslah impian dia tercapai.
Lepas tu Kekna nekad untuk tutup sekejap hati Kekna ni.
Penat.
Kekna sukakan komitmen.
Kalau Kekna sayangkan seseorang, memang Kekna sayang sepenuh hati.
Dunia Kekna memang untuk dia je.
Tapi lelaki.... mana reti nak hargai.
Sampai sekarang Kekna single.
Yes, Kekna happy macam ni.
Kekadang datang jugak rasa sunyi. Rasa jugak nak berteman.
Kekna dah bukakan hati untuk kenal dengan orang.
Baru-baru ni ada officemate Kekna nak kenalkan Kekna dengan someone.
Staff TM jugak & bujang.
Kekna ok je.
Sampai bila nak tutup hati tu kan...
Tapi sampai sekarang takde apa pun.
Senyap je.
Kekna dah tahu siapa orang tu. Tapi takkanlah Kekna yang nak mulakan?
Tak nak laa nanti Kekna ni dikatakan perigi mencari timba.
Malulah...
Kebetulan pulak sorang kawan ada nak kenalkan Kekna dengan someone jugak.
Yang ni Kekna tak tahu siapa dia sebab dia orang luar.
Kekna still menunggu yang staff TM tadi tapi at the same time Kekna terbuka untuk kenal dengan orang lain jugak since staff TM tadi tak bertindak apapun.
Kalau dia mesej ke, atau ajak keluar ke, barulah Kekna akan tumpukan kat dia je.
Kenalan kawan Kekna ni pun sama je macam staff TM tadi.
Tak bertindak apapun.
Eh, memang lelaki sekarang ni pemalu ke? Huh! -__-
Tengahari tadi mak kawan Kekna nama Cik Zah mesej Kekna.
Tetibe je dia nak carikan Kekna calon suami dari kalangan staff bomba.
Padahal Kekna tak pernah pun nak mintak tolong dia carikan orang ke apa.
Hahaha... klako pun ada.
Entahlah.
Bila dah terlalu ramai macam ni buat Kekna rasa takut pulak.
Kekna bukannya apa, takut tersalah pilih.
Tapi to be honest, priority Kekna memang pada staff TM tu.
Tapi itulah.... pemalu benor sampai susah sangat nak bertindak.
Nyampah aiii...
Haahaha...
Tetibe ramai pulak yang nak kenen-kenenkan.
Terbuka luas dah untuk cari jodoh ni.
Yela, nak harapkan Kekna cari sendiri memang susah.
Kekna ni pergi kerja, balik kerja.
Lepas tu memerap dalam rumah.
Weken tak keluar pun.
Kalau keluar pun, berdua dengan Eda lepak kat kedai makan mana-mana.
Pastu temankan Eda pergi jumpa boifren dia.
Tu je.
Kekna memang susah nak kenal dengan orang.
Kekna ramah & banyak cakap dengan orang yang Kekna kenal je.
Kalau dengan orang yang Kekna tak kenal, memang Kekna akan nampak sombong.
Actually Kekna dah penat frust.
Cinta tak kesampaian.
Menangis, melalak sorang-sorang... Kekna dah taknak harung semua ni dah.
Sakit tau tak.
Kekna nak cari orang yang boleh commit.
Yang bukan sekadar nak bercinta & buang masa.
Kekna dah taknak buang masa dah.
Umur pun bukannya muda lagi untuk main-main.
Kekna mohon gais...
Kekna mohon supaya korang doakan semoga jodoh Kekna dipermudahkan.
Pls.