06 August 2018

Corat coret

Salam readers...

Berjam-jam hoihh mikir nak letak tajuk apa untuk entri ni.
Nampak je remeh tapi sebenarnya bahagian tajuk laa yang paling susah sekali nak decide.

Btw, Kekna nak bagitahu entri sebelum ni yang tak bertajuk & ayat jiwang bawang tu bukan Kekna yang taip.
Itu kerja budak Mirul, exec kat ofis Kekna.
Dia tu memang suka betul usik Kekna.
Masa dia menaip tu, Kekna tengah busy sediakan dossier untuk aktiviti sales.
 Kekna memang tahu dia menaip something kat pc Kekna tapi Kekna memang tak sangka pulak dia betul-betul publish entri tu. Hahah..
Lawaknya, baru-baru ni dia terkena penyakit HFMD, pastu malu nak ngaku.
Memang dia tu spesies baby sangat sampaikan tua-tua pun terkena penyakit baby.
Hahah...
Semalam dia masuk ofis, mulalah kecoh ofis dia usik.
Dia tu memang jenis happy go lucky.

Hari ni dan esok Kekna bercuti.
Just duduk rumah, masak, rehat-rehat.
Kekna tak berapa sihat lately sebenarnya.
Minggu lepas 5 hari Kekna cerry berry.
Hari ni entah tatau kenapa belikat Kekna sakit sangat-sangat.
Tadi dah mintak Shazrin tekan belakang badan Kekna ni tapi tak jadi ape jugak.
Still sakit.
Kalau teruk sangat nanti Kekna nak pergi klinik la.
Nak check.
Dah tua-tua ni banyak nau sakitnya.

Inipun mujurlah parent Kekna takde for few days.
Daddy ada check up kat IJN.
Mami, Abang Yu dan Alyssa ikut sekali.
Kekna tak nak ikut sebab banyak kerja kat ofis.
Kang tak syok pulak nak bercuti lama-lama.

Kalau parent Kekna ada, mesti diorang risau.
Aritu masa Kekna cerry berry pun, Kekna tak bagitahu diaorang sebab Kekna tak nak diorang susah hati.

 Memandangkan parent Kekna takde, Keknalah yang kena masak.
Shazrin suka laa sebab dia tak payah risau pasal makan.
Biasanya kalau parent Kekna pergi KL, dia akan duduk sorang-sorang kat rumah.
Makan minum tak terjaga.
Sekarang ni Kekna ada kat sini, at least boleh la masakkan untuk dia.
Dia pulak jenis tak memilih makan.
Dia makan je apa yang Kekna masak.
Kekna ni pulak idok laa terror sangat masak tapi setakat nak kenyangkan perut sendiri tu bolehlah.
Hehehe...



Ini menu Kekna pada hari Jumaat baru-baru ni.
Nasi goreng udang dengan sotong goreng tepung.
 

Hari Sabtu, Kekna masak udang buttermilk, ayam goreng dan nasi goreng.

 
Kekna dah lama sangat tak makan lauk buttermilk ni.
Nak masak kang, takde sape pulak yang nak makan.
Tunggu time tak ada orang macam ni, barulah boleh masak.



Kekna sebenarnya tak pandai sangat masak nasi goreng.
Beratus kali dah try masak tapi ada je yang tak kena.
Tapi alhamdulillah, kali ni menjadi pulak nasi goreng Kekna tu.
Hehehe...


Semalam lepas balik kerja, Kekna pergi siram pokok-pokok mami kat lama rumah tu.
Pastu Kekna kemas rumah sikit.
Badan dah penat, Kekna plan nak order McDelivery je untuk makan malam.
Tapi mengenangkan kesian kat Shazrin yang nak makan nasi, Kekna tak jadi nak order.

Ku gigihkan kaki yang dah penat ni untuk masuk dapur.
Tengok udang, ikan, sotong, ayam semua keras kejung lagi.
Malas laa nak menunggu untuk defrost, Kekna decided buat lauk yang paaaling senang.
Telur mata masak tomato.
Pastu tanak nasi 1 cawan.
Cukup untuk makan 2 orang. Kenyang sungguh-sungguh.
Duit pun jimat.
Alhamdulillah.


Dan, hari ni Kekna buat masak lemak sawi dan sotong, udang masak tomato dengan telur dadar.
Kuah yang sangat senang nak buat.
Zupzap je dah siap.
 

Udang masak tomato.
Orang lain suka buat sambal udang kan tapi Kekna tak gemor sangat sambal udang.
 

Masak lemak sawi dan sotong ni pun favorite Kekna.
Letak carrot sikit untuk tambah warna.
Nasib baik Shazrin kata sedap.
Kalau tak, sentap mak nokss...

Ni tengah duk fikir esok nak masak ape pulak.
Parent Kekna balik esok ni.
Mungkin Kekna buat sambal udang dan masak lemak cili api sotong kot.
Itupun kalau badan Kekna larat laa...
Kalau tak, buat nasi lemak ikan bilis dan telur mata je la.
Huhu...



No comments: