17 November 2019

Pertemuan

Assalam readers..

Setelah berbulan-bulan Kekna struggle gile nak update blog ni.
Bukan ape, malas nak menaip sebenarnya.
Laptop memang bukak hari-hari sebab tengok movie dekat laman web fmovies.
Blog ni pun kekna jenguk je tapi nak menaip tu sumpah rasa malas.

Ok, ada ramai readers yang dah tahu kali ni Kekna nak post pasal ape.
Kepochi eh korang nak tahu love story Kekna.
Siap request lagi Kekna update belog supaya korang boleh tahu detail eh...
Cubit kang baru tahu... Heheh..

Ok, Kekna ringkaskan cerita ye.
Pertemuan pertama kitorang adalah on 16 Sept 2019 atas bantuan kawan baik Kekna nama Kak Ayu.
1st time kitorang jumpa dekat Restoran AMZ Seafood yang jaraknya hanya 250 meter je dari rumah Kekna.
Malam tu Kekna agak kekok nak bersembang.
Kekna biarkan Kak Ayu rancak bersembang dengan dia.
Kekna sampuk sikit-sikit je.

Malam tu kitorang share no masing-masing dan since that kitorang start kenal dengan lebih dekat.
Actually sebelum ni kitorang dah pernah mesej2 tapi memandangkan Kekna dah ada someone else, Kekna layan tak layan je dia ni.
End up, dia delete nombor Kekna. Kekna delete nombor dia.
Bila Kekna single balik, Kak Ayu beriya-iya kenalkan kitorang balik.

Kekna pun tak sangka lepas pertemuan malam tu kitorang berdua akan jadi makin rapat.
Hari-hari contact each other.
Kekna pun makin selesa dengan dia.
Dia pun makin berani ajak Kekna keluar after 2 weeks kitorang berkenalan.

And 1 day dia cakap dia nak kenal dengan parent Kekna.
That time Kekna dapat rasa yang dia mula serius dengan Kekna.
Tambah pulak pernah 1 masa tu Kekna up status pasal movie Maleficient 2 kat whatsapp dan FB.
Tetibe je dia belikan tiket dan sanggup temankan Kekna tengok movie tu sampai tertido-tido dia kat dalam wayang tu.
Sesetengah lelaki bukannya suka movie fantasy gitu.
Tapi disebabkan Kekna, dia sanggup temankan walaupun cerita tu bosan bagi dia.

Hari yang sama Kekna bawak dia jumpa Iwan, Amani & anak-anak sedara.
Kitorang pergi makan satay sama-sama dekat Restoran Lina.
Alhamdulillah semua approve dengan pilihan Kekna kali ni.

Dan paling mengejutkan, 9 Nov 2019 diam-diam dia plan nak kenalkan Kekna dengan family dia.
Asalnya anak sedara dia ajak datang rumah sebab ada program.
Dia ajak Kekna sekali.
Mula-mula Kekna ok je sebab ingatkan pergi berdua dengan dia.
Tup-tup sehari sebelum program, dia tanya boleh ke tak dia nak ajak mak dan anak dia.
Owh, lupa nak kabo.
Dia ni duda anak dua.
Anak sulung perempuan, dia jaga.
Anak bongsu lelaki, ex-wife dia jaga. Ex-wife pun dah kawin dah.
Tak sure dah ada anak lain ke tak.
Malas nak tanya.

Masa dia tanya boleh ajak mak dan anak ke tak, Kekna dah cuak.
Tapi Kekna ok je...
Takkan la nak halang, kan?

Dia janji nak ambil Kekna dalam pukul 2:30 petang.
Pukul 2:00 dia mesej lagi bagitahu ada sorang kakak dia nak tumpang jugak kat dalam kereta tu.
Kekna makin cuak...
Dah la mak dia dan anak dia ada dalam kereta tu.
Ni tambah pulak dengan kakak dia.

Bila dia fetch Kekna kat rumah, Kekna buat-buat cool je.
Takkan nak tunjuk kite tengah mengelabah kan? Heheh...

Kat dalam kereta mak dia memang banyak cakap.
Kakak dia pun sama tapi kakak dia lebih kepada soal siasat.
Kekna jawab je la apa yang ditanya.... nothing to hide, omputih kata.
Mihmihmih...

Owh, sebelum bertolak dia ada cakap tak ramai orang pun yang datang dekat rumah anak sedara dia nanti.
Tapiii.... bila dah sampai rumah anak sedara dia tu........
MasyaALLAH.... banyaknye selipar.

Kekna jadi makin cuak...
Dah la masa kitorang sampai tu, semua sedara mara dia sambut dekat pintu.
Budak-budak yang duk main dekat laman semua serbu nak bersalam dengan Kekna.
Dah macam retiss lagaknya.

Bila sedara mara dia tanya dia "Siapa ni Ayah Su?"...
Dia boleh cakap, "Ni la kawan Ayah Su..."
Masing-masing ucap Alhamdulillah.
Dan bermula saat itu, Kekna diusik.
Dia pulak melayan je bila orang usik.

Hari tu Kekna nampak bonding family diorang yang agak rapat.
Semuanya baik-baik.
Masing-masing ramah sangat dengan Kekna walaupun kitorang baru je jumpa.
Kekna nampak riak wajah mak dia yang happy.

Sikit-sikit mak dia pergi cuit orang itu ini sambil mintak doakan jodoh Kekna dan dia direstui dan dipermudahkan...
Terngiang-ngiang kat telinga Kekna bila Kekna terdengar mak dia bersembang dengan saudara yang lain,

"Moga-moga kali ni ALLAH swt bagi berpanjangan. Kita pakat doalah blake".

Ok, sumpah terharu.
Kekna dapat rasakan yang diorang terima kehadiran Kekna dalam family diorang.

Dan Kekna respek dengan family dia sebab bila tiba azan Asar, masing-masing diam tanda hormat.
Dan lepas dah habis program, yang lelaki keluar pergi ke surau untuk solat Asar, yang perempuan pulak bergilir-gilir solat kat dalam bilik.
Paling Kekna kagum, budak-budak kecik umur 4 tahun pun dah solat dan ada telekung sendiri.
Betapanya family diorang mementingkan solat...

Time balik, singgah rumah kakak dia yang nombor 4, Kak Nor.
Singgah sebab nak tumpang solat maghrib je.

Masing-masing bergilir-gilir solat.
Dia adalah orang yang last pergi solat.
Time dia solat, Kak Nor hidangkan air teh o kat Kekna.
Masa tu la saat-saat Kekna disoal siasat oleh mak dia, Kak Nor dan kakak dia yang sorang lagi, Kak Ani.
Fuhhh.... berpeluh jugak nak menjawab tu.
Tapi Kekna jawab sejujur yang mungkin sebab Kekna taknak tipu apa-apa.

Rupa-rupanya dalam diam dia dah cerita sikit-sikit pasal Kekna kat family dia.
Patutlah masa diorang duk tanya-tanya tu, diorang macam dah tahu family Kekna cemana, kerjaya Kekna, attitude Kekna...

Dah settle semua, dia pun hantar Kekna balik ke rumah.

Tengah malam, dia mesej Kekna.
Katanya semua orang setuju.
Mak dan kakak-kakak dia semua suruh buat cepat.
Siap mak dia dah plan nak buat majlis situ sini...
Maing-masing excited. Huhu..

2 hari lepas dia ada bagitahu, kakak2 ipar dia dah stalk fb Kekna dan diorang setuju 200% kalau kitorang kawin bulan depan..
Bulan depan ok... Bukan tahun depan. Hahahah...
Kekna tersenyum je la bila dia cakap camtu.

Now, Kekna dah tak perlu risaukan pasal family dia dah...
Kekna cuma risaukan family Kekna je.
Family Kekna ni tough sikit.
Kekna tengah cari masa yang sesuai nak kenalkan dia pada parent Kekna.
Kekna mohon sangat reader semua doakan yang baik-baik dan semoga urusan kami dipermudahkan.

Kekna bukannya apa...
Kekna tertarik dengan dia sebab dia lelaki yang baik.
Dia tak ramai kawan dan bukannya jenis yang suka melepak-lepak.
Dunia dia hanya kerja, part time job dan family dia je.
Kalau dia keluar rumah pun, dia pergi rumah adik beradik dia.
Itupun bawak mak dan anak dia sekali.
Jarang sangat dia keluar sorang-sorang.
Kalau dia keluar sorang-sorang pun sebab dia pergi pasar beli lauk setiap hari Jumaat atau Sabtu.

Lagipun apa lagi yang Kekna nak dari dia?
Dia pun dah ada semua.
Rumah, kereta, moto.
Dia pulak kalau nak buat apa-apa keputusan, dia akan berbincang dulu.
Kat situ Kekna dah tahu dah, dia takkan membelakangi Kekna dalam apa jua benda.
Hatta pernah Kak Ayu nak menyewa rumah dia, dia bagitahu Kak Ayu yang dia kena berbincang dulu.
Rupa-rupanya dia nak berbincang dengan Kekna.
Dia tanya pendapat Kekna sama ada Kekna setuju ke tak nak sewakan rumah tu kat Kak Ayu; sedangkan kalau diikutkan itu rumah dia dan Kekna belum ada hak apa-apa atas rumah tu.

Sekarang ni Kekna mencari kualiti..
Kualiti dari segi perangai yang menyenangkan.
Muka hensem tapi perangai ntah apa-apa, tak guna jugak.

Apepun, Kekna mohon kalian doakanlah yang baik-baik untuk Kekna.
Semoga ALLAH swt membalas jasa baik korang semua.
Aamiin,..

No comments: