Salam readers...
Its been a long time not writing something here. Not bcoz im not interested anymore but im too busy with my new life & work. Bayangkan last time Kekna update blog adalah pada 19 April 2020.
And hari ni dah 06 Feb 2022. Lagi 2 bulan kalau tak update, genap 2 tahun laa blog ni bersawang. That time Kekna pun tak kahwin lagi. Now Kekna dah kawin dan dah ada anak sorang dah pun. Alhamdulillah....
So.... where to start? Nak Kekna share gambar kahwin ke? 😃
Ok jap... nak kena pi cari folder dalam laptop ni dulu.
Yang kat atas ni semua gambar masa kenduri sebelah Kekna pada 30 Julai 2020. Buat kat rumah je. Senang. Masa ni buat kenduri 2 in 1. Majlis kahwin Kekna dan majlis sambut menantu adik ipar. Adik Kekna nak tumpang majlis dia sekali. Kekna on je asalkan bajet kongsi dua. Hahah..
Tapi majlis kawin ni Kekna buat biasa-biasa je. Jemputan pun dari kalangan keluarga & sedara mara terdekat. Sedara mara jauh sikit, Kekna tak jemput. Maklumlah masa ni kan PKPB. Takut jugak covid2 nih...
2 hari selepas kenduri kat rumah Kekna iaitu 1 Ogos 2020, berlangsunglah pulak majlis sambut menantu kat rumah husband. Jarak rumah Kekna dengan rumah mak husband dekat je... sebelah kampung. Dalam 2km camtu je.
Ni antara gambar-gambar yang ada. Selebihnya biarlah duk dalam album Kekna je.
Husband Kekna ni anak bongsu. Kakak2 dia semua umur taraf mami dah. Kadang2 kakak2 husband Kekna tersalah bahasakan diri dia Mak. Mak husband pulak umur dia taraf arwah nenek Kekna. Kekadang jujur Kekna cakap, Kekna ter-anggap mak mertua macam arwah nenek Kekna. Haha..
Di awal perkahwinan, Kekna stay dengan mak mertua. Yela, masa tu tak sampai hati pulak nak tinggalkan mak mertua sorang-sorang sebab sebelum ni mak mertua tinggal berdua dengan husband Kekna.
But, two queens should not stay under one roof. Untuk menyelamatkan keadaan, Kekna dan husband berpindah ke rumah husband. Mujurlah rumah husband tak jauh dari rumah mak dia. Jadi, kalau ada masa terluang kami pergilah jenguk2.
7 bulan selepas berkahwin, barulah Kekna diberi rezeki mengandung. Memang tak sangka langsung dan Kekna sebenarnya dah pasrah dah bila sebut bab anak. Sebab ada yang compare Kekna dengan ex-wife husband Kekna dulu yang bunting pelamin. Konon-konon Kekna ni tak subur laaa...
Well, ada aku kesah? Bab rezeki anak ni, semua kerja ALLAH swt. Dia nak bagi, kita terima. Kalau dia tak bagi pun, kita redha sajalah. Anak ni bukannya boleh dibeli kat Mydin atau Giant, kan? Kalau boleh beli, dah lama Kekna beli seketul dua.
Masa mengandung memang mencabar sungguh. Kekna sangkut GDM & darah tinggi. Mujur hb cantik.... Tak pasal2 Kekna kena kerap pergi ke klinik kesihatan untuk check up.
Betullah orang kata. Setiap kejadian, pasti ada hikmahnya. Sejak covid melanda negara kita ni, staff TM hanya bekerja dari rumah. Masuk ofis kalau ada benda urgent je. So, tak perlulah Kekna cuti banyak kali kalau kena checkup kat KK.
Due 29 Oktober 2021, tapi perancangan ALLAH swt lain pulak. Kekna bersalin pada 01.10.2021. Dapat pulak baby girl yang comel.
Tapiiii... Kekna berpantang tanpa baby disisi sebab baby kena tahan di wad SCN HSNZ kerana ada jangkitan kuman dalam otak. Pada 8.10.21, baby menjalani prosedur Lumbar Puncture iaitu ambil air tulang belakang untuk check sama ada confirm ke tak jangkitan dah sampai ke otak.
Kuman Klebsiella iaitu sejenis kuman ESBL dah menjangkiti baby dan baby kena on antibiotik dos tertinggi selama 21 hari.
Sepanjang tempoh berpantang tu, bagi Kekna sepanjang masa ibarat neraka. Dah la kena makan makanan tak best, rasa macam tak cukup zat, badan lesu, fikiran cepat rasa serabut, tambah pulak hari2 kena cucuk heparin... Hati tak tenang, fikiran duk ingat kat baby je... Sian baby sakit sorang2 kat hospital. Memang stress...
Setiap hari pukul 12:30 petang, Kekna akan call wad SCN untuk tanya khabar baby.
29.10.2021, baby dah boleh keluar hospital. Happy kemain masa tu...
Dan, yang kat bawah ni adalah gambar2 latest anak Kekna yang diberi nama Nur Kyra Aulia.
Leganya rasa hati bila tengok anak membesar depan mata. Tu pun Kekna rasa sendu sangat sebab start 9 Jan 2022 Kekna dah hantar dia ke taska. Tak sampai hati sebenarnya tapi tu laa... ini laa yang dinamakan pengorbanan ibu2 yang bekerjaya. Tawakkal je hantar anak bagi orang lain jaga. Kadang-kadang menangis juge teringatkan anak kat taska tu. Yela, dia baru umur 4 bulan kot. Sepatutnya ditatang, dipangku oleh mak ayah sentiasa..
Takpelah. Demi sebotol susu Frisolac tu, mami kuatkan hati mencari rezeki. Kita tak kaya. Jadi mami & abah kena usaha cari duit untuk kesenangan keluarga kita.
Semoga anak mami Nur Kyra Aulia dijauhkan dari perbuatan khianat manusia dan semoga anak mami sentiasa disayangi, dikasihi dan disenangi oleh semua orang disekeliling. Aamiin.
Inilah sedikit sebanyak cerita tentang hidup Kekna since last Kekna update blog hari tu. Nampak mudah sangat perjalanan hidup ni kan? Bujang, kawin, ada anak....
Tapi sebenarnya nak harung setiap stage tu, dah berapa banyak air mata mengalir. Tu laa asam garam kehidupan. Takde yang sempurna. Kita hanya mampu kuatkan semangat untuk harung semua cabaran yang datang. Sentiasa berpegang pada kata2, "I will survive!"... Kena ingat, ALLAH swt duga sebab DIA tahu kita boleh hadapi. DIA tahu kekuatan kita setara mana. Yang penting kita kena banyak berdoa. Jangan lupa solat. Jangan lupa doa. Ada masa, berzikir. InshaALLAH yang susah akan jadi lebih mudah. Yang sulit akan jadi lebih lapang.
So now, Kekna takleh janji bila lagi akan update new post. Esok ke, lusa ke, minggu depan ke, bulan depan ke, tahun depan ke.... dunno. Agak2 rajin nak menaip, nanti ade la post baru.
Hopefully blog ni masih ada yang sudi baca. Kekna tahu laa follower dah ramai lari. Adan ukeeee... sape suruh lama tak update kan? Hahah...
So, till we meet again in the next post. Babaiii... 💗💗💗
1 comment:
tahniah diana....awak layak bahagia
Post a Comment