31 December 2018

Hari Lahir

Salam readers...

Hari ni baru berkesempatan nak update blog.
Kebetulan ada masa dan ketabahan untuk edit gambar. Heheh..

Hari ni Kekna nak share pasal sambutan hari lahir Kekna bulan lepas.
13 November lepas, genap 33 tahun umur Kekna.
Dah tua hoihh... tapi tak kawin-kawin lagi.
Matiklah dah jadi andartu dah ni.
Panik jugak wehh...

Tapi kengkawan ofis selalu bagi kata semangat,
"Sabar. Nanti ada laa tu..."
T___T

Sehari sebelum birthday, memang ada beberapa tragedi yang berlaku pada Kekna.
Memang buat Kekna stress betul.
Salah satunya hal kerja.
Manager Kekna tahu apa yang staff dia buat tapi manager lain pulak sibuk duk mengata macam-macam pasal staff unit Kekna termasuklah Kekna sekali terkena.
Kekna ni pulak sejenis makhluk yang tak suka kacau orang.
Tapi once orang tu dah start kacau Kekna, mulalah Kekna naik angin.
Kekna tend to melawan.
Tak pasal-pasal hari tu Kekna boleh marah balik kat manager tu sampai terdiam dia.
Yela, sedap-sedap dia je underestimate orang.
Sakit jugak hati Kekna ni.

Teringat masa Kekna bekerja sebagai secretary kat Menara TM dulu.
GM pun Kekna melawan kalau Kekna rasa dia melampau sangat.
Yang kat sini setakat manager je, apalah sangat.
Kekna pantang betul bila orang cuba memperkotak-katikkan orang lain.

Petang sehari sebelum birthday, tetibe ada sorang officemate Kekna remove Kekna dari satu group whatsapp.
Group tu memang group aktif kitorang la..
 Kekna terkejut gak. Yela, tetibe kena remove kan.
Dalam hati duk cakap, ni mesti nak ngumpat pasal aku ni pasal kes melawan manager tu.
Hahahahah...

Balik rumah, Kekna jalankan kehidupan macam biasa.
Lagipun malam tu Wahida ada datang ke rumah hantarkan puding laici untuk Kekna.



Tenkiu Eda...
 
Sampailah pagi esoknya iaitu birthday Kekna.
Dalam pukul 9 pagi, Kekna tengah syok buat kerja kat workstation sambil balas-balas mesej wish birthday yang banyak gile kawan-kawan hantar.
Meriah handset Kekna aritu.

Tetibe semua orang dalam office tu nyanyi lagu Happy Birthday.
Kak Ja pulak duk pegang kek 2 slices dan ada lilin.
Allahu akbar....

Tak sangka diorang plan nak sambut birthday Kekna hari tu.
Patut la diorang remove Kekna dari group whatsapp tu petang semalam.
Rupa-rupanya diorang nak discuss pasal birthday party ni.

Terharu sungguh hati Kekna.
Tak sangka...

Memang banyak makanan yang diorang bawak hari tu.
Sikit pun Kekna tak sedar diorang duk susun makanan kat belakang.
Kekna pulak memang suka pakai earphone bila buat kerja.
Jadi memang Kekna tak tahu menahu pun pasal plan diorang ni.

Terima kasih sangat-sangat.
Effort diorang yang masak sendiri semua makanan ni memang Kekna hargai sangat-sangat.


Cheese tart


Kuih lipat inti ikan


Nasi goreng dan bihun goreng Singapore



Popia carbonara cheese

 

And kek birthday Kekna.


Antara yang datang



Orang-orang kuat majlis.
Hehehe...
Terima kasih kakak-kakak sayang...

Habis makan, Kekna duduk balik kat meja Kekna sambil sembang-sembang dengan orang ofis.
Tetibe terdengar pulak ada yang delivery boy sebut nama Kekna.


Eh... bunga coklat..

Ya ALLAH...
Dah la tadi terkejut pasal birthday party.
Ni datang lagi bunga coklat pulak.
 

Terima kasih banyak-banyak kepada pemberi.
Saya hargai sangat-sangat. <3

Petang hari yang sama, kitorang prepare sandwich tuna dan cocktail pulak.
Memang hari tu hari untuk makan je.
Heheh...
 


Kenyang untuk satu hari.
Kekna pulak memang dari pagi sampai petang rasa terharu.
Rasa disayangi sangat oleh rakan-rakan ofis.

Malam hari yang sama, Daddy pulak ajak 1 family makan di Mayang Sari, Losong Haji Su.
Gambar takde sebab tak sempat nak amik pun.
Takde kenangan birthday dengan family tahun ni. T___T

Beberapa hari lepas birthday, Dee pulak ajak Kekna keluar makan malam.
Kitorang pergi makan di CT Seafood, Losong.
Plan asal nak makan kat D'Perahu tapi restoran tu tutup pulak.
Takde rezeki.
 


Time balik, Dee hulurkan 1 paper bag.
Ada bantal dan coklat kat dalam tu.
Comel.....

Dee kata dia bagi Kekna bantal kucing sebab Kekna takut kucing.
Hehehe...
Sekarang, bantal ni la Kekna selalu peluk masa kat ofis.
Pergi meeting pun Kekna kelek jugak bantal ni.

 Betul cakap orang.
Kasih sayang tak semestinya datang dari seseorang yang bergelar kekasih sahaja.
Tapi kasih sayang juga datang dari keluarga dan rakan-rakan.
Malah, kasih sayang macam ni la lebih ikhlas.

Sebelum Kekna berpindah ke sini, memang Kekna takut kawan-kawan kat sini tak sama macam kawan-kawan kat KL.
Tapi sebenarnya kawan-kawan kat sini sama best dan supportive macam kawan-kawan kat KL jugak.
Ada ketika Kekna sedang bersedih dan ada ketika Kekna sedang gembira.

Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang mengingati birthday Kekna.
Seriously, sampai ke hari ni Kekna rasa terharu.
Terima kasih banyak-banyak.
Semoga ALLAH SWT merahmati kita semua. Aamiin.

01 December 2018

Setahun sudah

Salam readers...

Lamanya Kekna tak update kan?

Actually Kekna tak berapa sihat 2-3 hari ni & sebab tu tak berpeluang nak jenguk blog pun.
Usahkan nak menaip, blogwalking pun tak sempat.
Lagipun doc yang rawat Kekna mintak abaikan dulu socmed untuk seminggu dua until Kekna pulih macam biasa.
Tapi tahu je la Kekna ni, mana boleh idup kalau tak jenguk socmed.
Hahah... memang dasar degil kan?

Ok, hari ni dah 01 December 2018, which means genap setahun Kekna pindah ke Kuala Terengganu.
Esok 02 December 2018, genap setahun Kekna bekerja di TM Terengganu.
Sekejap aje masa berlalu.
Pejam celik pejam celik dah setahun dah.
Masih banyak benda yang Kekna kena belajar dan faham.
Tapi Kekna bersyukur sangat dapat teammates yang sangat supportive.

10 tahun Kekna bekerja sebagai secretary kat HQ.
Job scope Kekna lebih kepada admin matters dan jaga bos.
Benda-benda lain memang Kekna tak amik tahu.
Kekna taknak peningkan kepala dengan berfikir benda yang diluar job scope Kekna sebab kerja jaga bos ni bukannya senang tau.
Kekna pulak tak berapa nak bernasib baik sebab hampir semua bos Kekna jenis cerewet nak mateyy.
Bertabah je la yang mampu Kekna buat sepanjang 10 tahun tu.

After raya last year, Kekna mohon untuk berpindah ke Kuala Terengganu.
Kekna gunakan networking yang Kekna ada dengan a few GMs dan VPs supaya Kekna berjaya transfer ke Kuala Terengganu.
Alhamdulillah Kekna berjaya jugak transfer ke sini.
Syukur...
Guna kabel pun guna kabel laa...
Orang nak mengata, silakan. Kekna bukannya kisah pun.
Kalau tak guna kabel agaknya sampai sekarang Kekna terperuk dekat HQ tu buat secretarial work.
Gile bosan.

Dari seorang secretary kepada seorang yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti sales... memang Kekna datang ke K.Terengganu dengan ZERO ilmu.
Kekna langsung tak tahu menahu tentang produk TM.
Kekna tahu la TM ada jual streamyx dan unifi tapi Kekna tak tahu harga berapa, pakej ape yang ada etc.
Rupa-rupanya bila dah masuk line sales ni, barulah Kekna tahu TM bukannya jual pakej internet semata-mata.
TM ada jual pakej CCTV (serius Kekna memang recommend amik pakej CCTV dengan TM sebab memang hebat habisss), TM jugak ada jual instaweb, unifi mobile, etc.
Serius memang banyak rupanya produk TM.

Dalam tempoh setahun berada dan bekerja di Kuala Terengganu, memang Kekna tak nafikan Kekna ada banyak duit lebih setiap bulan.
Kalau dulu, akhir bulan je semput-semput je duit nak hidup tapi sejak duduk kat sini hujung bulan pun Kekna masih boleh shopping lagi.
Almaklumlah sewa rumah dah tak yah bayar.
Kat sini Kekna just kena tanggung bil-bil utilities rumah je.
Yela, dah duduk dengan parent takkanlah kita nak duduk free je kan...
Kekna sendiri yang volunteer untuk bayarkan bil-bil tu semua.
Plus duit untuk mami dan daddy pun Kekna dah naikkan sikit.
Kekna pun nak mencari berkat dari hasil kerja Kekna kat sini.

Liku-liku hidup memang banyak yang Kekna lalui sepanjang setahun Kekna duduk kat sini.
Dari hal kerja yang stress sampailah ke hal peribadi yang menyakitkan.
Tapi Kekna think positive.
Semua ni sebenarnya memberikan Kekna pengajaran.
Lagipun ALLAH SWT takkan menguji diluar kemampuan seseorang.
DIA tahu Kekna kuat, so dia uji Kekna macam ni.
Stress stress kije kat sini, stress lagi masa Kekna bekerja kat HQ dulu.
Bila datang ke state ni, Kekna rasa macam blessing in disguise pun ada.
Mula-mula memang takut takleh nak coop dengan kerja kat sini.
Rupa-rupanya lagi best kott... heheh..

Apapun Kekna tetap bersyukur sebab Kekna ada kawan-kawan yang supportive dan sayangkan Kekna..
Kekna jugak ada family yang selalu kasihkan Kekna.
Bahagia itu bukan datang hanya dari 1 hati tapi bahagia itu datang dari pelbagai segi.
Atas diri kita sendiri sama ada kita nak terima kenyataan ataupun tidak.

Setahun dah pun berlalu.
More years to come... more challenges and more dramas, confirm!
Doakan supaya perjalanan hidup Kekna dipermudahkan, jangan disulitkan.
Penat jugak kekadang nak hadap drama sinetron dan telenovela nih.
Haha...

28 September 2018

Celebrate birthday Mami - 07 Sept 2018 @ Hazlan Bistro

Salam readers...

Bulan July aritu kitorang celebrate birthday Daddy.
Bulan Ogos pulak celebrate wedding anniversary mami dan daddy.
Masuk bulan September, celebrate birthday mami pulak.
 Banyak betul celebration dalam setahun... hehe..

Kalau hari tu Kekna celebrate birthday daddy kat Seoul Garden, birthday mami takkan laa nak pergi tempat yang sama jugak kan?
Jenuh Kekna memikiorkan kedai makan mana nak diserbu untuk celebrate birthday mami ni.
Nak bawak makan western, mami tak berapa gemor sangat western.
Asik-asik makan chicken chop je.
Search mr.google & tanya kengkawan, masing-masing cakap pergi je kat Hazlan Bistro.
Kat situ masakan melayu ada, masakan mat saleh pun ada...

Ok, set!
Kita serbu Hazlan Bistro je.

 Kitorang keluar dengan 2 buah kereta.
Kekna, Abang Yu dan Kak Ejam keluar awal sebab kitorang nak pergi beli kek.
Mami pulak naik kereta berdua dengan daddy.


Birthday girl.
Tahun ni umur mami dah 65 tahun dah.
Alhamdulillah masih kuat, gagah, perkasa... hahah...

Mami tetap macam dulu.
Pepagi bangun solat Subuh, lepas tu dia terus buat kerja rumah.
Rumah idok la berdebu mana tapi hari-hari habis 1 rumah dia sapu.
Tak cukup dalam rumah, dia pegi sapu kat laman rumah pulak.
Itu tak campur lagi hari-hari cuci longkang rumah.
Haihh la... tatau la kat mana dia amik kudrat dia tuh.


Amboiii... sepadan kaler baju laki bini kali ni...

Yang daddy nye pulak blur...
Langsung tak ingat birthday bini.
Dan-dan tu jugak wish lepas Kekna bagitahu hari tu birthday mami.
 Hahahah...


Makanan favorite birthday girl... bihun bandung.


Kakak ipar Kekna, Kak Ejam.


Abang Yu.
Makin kurus keding dah dia ni.
Makan selalu tak habis.
Kekna suruh makan appeton, tak mau...


 Shazrin. Adik bongsu Kekna.
Dia sampai lambat sebab dia keluar dengan kengkawan dia dulu.


Ini makanan Kekna.
Memula Kekna order fish n chips tapi dah habis.
Kalau order pasta kang, macam kembang tekak la pulak.
So, Kekna order nasik macam-macam lauk ni.
Makan dengan takde perasaan sebab nafsu tekak just nak makan fish n chips je.
Huhu..


Bihun bandung mami yang banyak....
Jenuh mami nak perabihkan bihun bandung dia tu.


Abang Yu order chicken chop.
Abang yu kata sedap gak.


Kak Ejam pulak order chicken grill.
Dia kata biasa-biasa je...


Mami tak bagi beli kek besar-besar sebab nanti mesti tak habis.
So, Kekna beli 1 slice je la untuk mami.
Celebrate birthday tak best kalau takde kek, kan...

Happy birthday mami.
Semoga mami terus sihat, dipanjangkan umur & murah rezeki.
Kurangkan membebel ye. Nanti darah tinggi ... hahaha...

08 September 2018

Celebrate birthday Daddy 01 July 2018 @ Seoul Garden, PB Square K. Terengganu

Salam readers..

Sepatutnya dah 2 bulan lepas Kekna up entri ni tapi entah cemana boleh terlupa pulak.
Elok pulak entri ni tersadai je kat dalam draft.

01 July 1948, jatuh pada hari Khamis, adalah tarikh kelahiran Daddy.
Daddy adalah lelaki yang Kekna sanjung, yang Kekna respect dan Kekna sayang.
Walaupun kekadang Daddy ni kekadang ada peel dia, tapi dia tetap seorang ayah yang baik.
Dia dah provide macam-macam untuk family kitorang.

Baru-baru ini, 01 July 2018, Kekna plan dengan Abang Yu & Kak Ejam nak celebrate birthday Daddy.
Birthday Daddy jatuh pada hari Ahad.
Tapi kitorang plan nak celebrate hari Sabtu je sebab hari Ahad tu Kekna busy kena handle event.
Takut nanti rushing pulak.

Puas Kekna fikir apa plan nak buat.
Kononnya nak buat surprise laa...

Plannya Kekna bagitahu mami yang ada someone nak jumpa mami & daddy kat Seoul Garden.
Berkali-kali mami tanya, siapa yang nak jumpa.
Kekna cakap, rahsiaaaaaaa...
 Diorang duk speku Kekna ada boifren. Mihmihmih...

Ada sebab tau kenapa Kekna cakap macam tu...

Perangai Mami & Daddy ni sama je.
Dia tak suka makan kat tempat mahal-mahal sampai habis beratus ringgit untuk makan.
Membazir katanya.
Sedangkan bagi Kekna, tak salah pun sekali sekala perabih duit untuk makan.
Lagipun bukannya perabihkan untuk orang lain.
Untuk family sendiri jugak.
Kekna pulak jenis malas nak berkira dengan family sendiri.

So, bila Kekna cakap ada yang nak jumpa kat Seoul Garden, diorang berdua diam je la..
Diorang duk intai-intai je berapa RM sorang makan...
Tapi masa tu dalam kepala diorang mesti fikir ada orang lain yang belanja, which is 'orang' tu yang nak jumpa diorang.

Bila dah duduk kat meja, Kekna cakap, "kita tunggu sekejap. Nanti dia akan sampai."
Mami dah jeling-jeling dah masa tu...
Tak sampai 5 minit, Abang Yu muncul dengan Kak Ejam dan Alyssa.
Kak Ejam pegang kek yang Kekna minta dia beli kat Secret Recipe.

"Ha.... ni la orang yang nak jumpa mami & daddy..."

Mami dan Daddy terus gelak-gelak...

Kekna : Ingat nana nak bawak jumpa dengan boifren le tuu...
Mami : Yela....
Kekna : Nana kan cakap ada yang nak jumpa... Abang Yu, Kak Ejam dan Alyssa la yang nak jumpa mami & daddy...

Diorang gelak lagi.

Then, kitorang pun makan-makan...


Amboii... mak jemah ni kalau bab makan memang tak pernah tolak...
 

Kak Ejam, mami, Kekna, Daddy, & Alyssa.
Anak dara dah Alyssa tu.
Tahun ni dia dah 16 tahun dah. 
Sekejap je....




Alamak... gambar blur pulak..
 
 
 Birthday boy dan cucu.
Kemain atuk senyum leborr amik gambar dengan cucu.

Gambar Kek tak amik pulak.
Lupaa... kek tu kitorang makan kat rumah je sebab dah kenyang sangat makan kat Seoul Garden.

Balik rumah, nasib baik diorang tak membebel. Hahaha...
Selama ni mami & daddy duk kutuk-kutuk Kekna makan kat Seoul Garden.
Diorang cakap makanan tak sedap.
Dah makan sekali, baru diorang tahu...
Hehehehe...

By the way, daddy Kekna dah 70 tahun tau.
Alhamdulillah masih kuat dan masih larat berjalan ke sana sini.
Sebab tu laa dia tak melekat kat rumah.
Ada je alasan dia nak keluar rumah...
Huhuhu...


03 September 2018

Bubur orang demam dan resipinya

Salam readers...

Hari ni dah masuk hari keempat Kekna demam dan batuk.
Lambat sikit baiknya sebab Kekna tak makan ubat.
Family dan kawan-kawan memang dah tahu Kekna penakut makan ubat.
Huhuh...

Disebabkan Kekna ni tak makan ubat, Kekna amik inisiatif lain untuk cepat sembuh.
Sebagai contoh, Kekna akan makan buah oren which is boleh tingkatkan vitamin C dalam badan Kekna, minum air teh o panas untuk surutkan sakit tekak.
Owh, lupa nak bagi tahu.
Kekna ni kalau demam memang akan sangkut paut dengan sakit tekak.
Kekna ni ada tonsil.
Cuma demam kali ni tonsil tak bengkak. Kekna just sakit tekak je.
Tapi peritnya tu nauzubillah...!
Jadi, untuk redakan sakit tekak tu Kekna akan minum teh o panas banyak-banyak.
Tak tahu la kat mana relevannya kesembuhan sakit tekak dengan air teh o panas ni tapi memang mujarab dengan Kekna...
Bila tonsil membengkak pulak, Kekna akan makan 3-4 scoop aiskrim vanilla kosong.
Yang ini pun memang mujarab dengan Kekna.
Korang boleh try kot-kot menjadi jugak dengan korang.

Disebabkan demam melarat ni, Kekna jadi takde selera makan.
Tapi perut lapar. Kekna pulak ada penyakit gastrik.
So, nak tak nak kena telan jugak makanan.
Kang nanti demam tak kebah lagi, gastrik pulak yang datang.
Lagi bertambah-tambah sakitnya.

Tengahari kemarin mami ada buat nasi minyak gulai daging.
Favorite Kekna tuuu...
Kekna nak makan, tapi takut batuk makin teruk pulak.
Kalau tak makan kanggg, kempunan...
Campur pulak ada kengkawan datang melawat siap bawakkan Kekna teh ais.
Uihhh... menduga sungguh!

Maka, terpaksalah Kekna makan....
Terpaksa okeh! Alasan takleh blah kan? Haahahah...

Tapii.... lepas makan tu memang mendapat laaa...
Batuk tak henti-henti sampai muntah kahak.
Tapi Kekna suka muntah kahak sebab lepas muntah tu mesti tekak akan rasa lega.

Malam semalam memang Kekna tak berani makan nasi minyak tu walaupun teringin sangat-sangat.
Ku tahankan jebat!
So, Kekna dengan gigihnya walaupun tengah demam teruk pergi masuk dapur masak bubur.

Bubur simple dari orang yang tak reti sangat masak.
Ini kali pertama Kekna masak bubur guna resipi sendiri.
Tak google apepun, even tak tanya sape-sape pun.
Just main campak-campak je...

Nasib baik sedap wehh!
Sebijik rasa macam bubur nasi instant Knorr tu.
Sumpah tak tipu.


Dun judge a book by its cover ye.
Nampak aje simple macam ni tapi sedap ohhh....
Bubur ni sesuai jugak kalau nak bagi anak-anak kecik makan.
Tak pedas, simple tapi sedap.

Nak resipi?
Meh Kekna share.

Suku cawan beras
4-5 cawan air - tambah kalau beras masih keras
1 kiub ayam Knorr
Secukup rasa serbuk pati ikan bilis Knorr
Serbuk lada sulah
Garam
Bawang kecil dimayang*
Bawang putih dimayang*
Halia seinci - dimayang*
Daging ayam bahagian dada dipotong dadu

Mula-mula tumis bahan-bahan yang bertanda * dengan sedikit minyak kat dalam periuk.
Bila dah naik bau, masukkan beras yang dah dicuci.
Kalau nak tumbuk dulu beras sampai hancur sebelum masuk ke dalam periuk pun boleh.
Then, masukkan air dan ayam.
Kacau dan tutup periuk sehingga air beras mendidih.
Kalau nampak air beras mengering tetapi beras masih keras, tambah lagi air.
Agak-agak beras dah lembut, masukkan kiub ayam knorr, serbuk pati ikan bilis, lada sulah dan garam secukup rasa.
Kacau sampailah dah jadi bubur.
Then siap.

Ni bubur orang demam.
Kalau tak demam, boleh je goreng ikan bilis, goreng bawang putih sikit, potong cili api sikit then tabur atas bubur.
Perghh... sedap tu.
Kalau ada minyak bijan, boleh letak setitik dua atas bubur tu dan tambah pulak dengan hirisan daun bawang. Lagi sedap.

Korang cubalah resipi simple Kekna ni.
Confirm sedap.

02 September 2018

Kekna nak kurus & fit. Menjadikah?

Salam readers...

Kekna gemuk.
Dah bertahun-tahun Kekna gemuk.
Tahun 2015, Kekna kurus sekejap. Itupun sebab putus cinta.
Wakakakaka... ok, tak klako.

Masa tu sebulan Kekna tak makan.
 Kalau makan pun, sesuap dua je.
Itupun sebab kawan-kawan yang paksa.
Sebulan lepas tu, berat Kekna turun 10kilo... Gile hebat masa tu.
Pakai baju apapun, nampak lawa je.
Pakai selebet pun lawa. Voleyy?

Beberapa bulan lepas tu, Kekna gain weight balik.
Selera makan bertambah.
Banyak makan fast food pulak tu.
Tambah gemuk lepas Kekna pindah ke Sentul.
Balik kerja dah malas nak keluar rumah, so Kekna masak.
Hari-hari Kekna masak.
Makan memang berselera.

And now, Kekna dah balik ke kampung.
Mami pulak hari-hari masak.
Kang kalau tak makan, kecik pulak hati orang tua tu.
Nak tak nak, kenalah jamah pulak.
Pesen Kekna pulak tak reti nak jamah sikit-sikit.
Sepinggan penuh bedal lauk. Hahaha...
So, berat badan Kekna makin naik dan makin naik sampailah sekarang.

Kisahnya pulak, sekarang ni baru ada kesedaran.
Kekna gemuk....
Ya, memang Kekna gemuk.
Kekna tak malu pun nak mengaku yang Kekna ni gemuk.
Nak buat cemana, body kita kan?
Takkanlah nak benci body sendiri... ye dak?

Cuma sekarang ni Kekna dah start rasa body Kekna tak fit.
Lif dekat ofis tu selalu aje rosak.
Ofis Kekna duk tingkat 3 je. Sepatutnya takde masalah pun kalau naik tangga.
Tapi sekarang ni sampai je kat tingkat 3 tu, mengah dia macam marathon 5 kilometer tanpa henti tau.
Sampai darah naik kat kepala...
Nafas tercungap-cungap.

Officemates Kekna pun rasa benda yang sama.
Ramai yang umur lebih kurang macam Kekna.
Diorang pun rasa badan diorang tak fit.

So, kitorang berpakat untuk pergi zumba ramai-ramai. 
The more the merrier omputih kata.




Masa ni Kekna join zumba kat Gong Badak.
Walk in RM8 per sesi.
Setiap malam pukul 9 akan start kelas.
Tapi Kekna pergi sekali je zumba kat sini.
Bukan sebab tak best, tapi sebab bila dah balik rumah, rasa nak melepekk je sebab badan letih siang hari banyak kerja kat ofis.


Masa tu Kekna pergi dengan Dee dan Syira.
Gambar Syira takde pulak sebab dia tengah sibuk praktis sorang-sorang kat depan cermin.

Disebabkan susah nak datang  ke kelas zumba waktu malam, kitorang decided untuk buat waktu lunch hour je.
Seminggu dua kali.
Takleh kerap-kerap sangat takut nanti tak fokus dengan kerja ofis pulak.

Kitorang buat dekat dewan di UTC Kuala Terengganu.
Murah je. RM15/sejam.
Kalau pergi 5 orang, baru RM 3 sorang.
Dah la dewan ada aircond.
Barang-barang untuk zumba dan aerobik lengkap & baru.
Tapi sayang la gomen Terengganu ni. Tak reti nak promote langsung!

Hari tu kitorang dah lancarkan misi KURUS UNTUK FIT.
Berzumba lah kami di lunch hour.
Kemain lagi ni berkobar-kobar semangat buat zumba.



Ni gambar selepas settle zumba.
Kekna idok la amik gambar masa berzumba tu sebab tak elok pulak tengah berseksi-seksian...

Sebelum start, Kekna timbang dulu.
Selepas zumba pun Kekna timbang sekali lagi.
Berat turun wehhhh...
700gm! Gila banyak!
Makin berkobar-kobar la nak buat zumba sampai badan jadi fit.

Balik ofis...........

Jeng... jeng.... jengggg.....

Semangat nak fit tu tetibe hilang.

Kenapa?

Hahahahhaaha.... jangan marah naaa....







Dugaan terbesar kami!
Hahahahahah.....

Pukul 2:30 petang, kitorang ada majlis farewell.
Tetibe pulak makanan-makanan semuanya best!
Jadi, Kekna and geng-geng zumba ni kena buat pilihan sama ada maintain berat turun masa zumba tadi atau berat naik balik selepas makan makanan ni....

Then, kami memilih untuk.....

MAKAN!

Hahahaha...
Takleh la wehhh...
Rugi kalau tak makan.
Bila lagi nak makan makanan banyak-banyak macam ni? Huhuhu...

Tu pizza kat atas tu...
Pizza tu dari Pizza Lizza.
Gile sedap!
Roti dia gebu... tak lokek cheese... rasa pun kebabooommm!
Uihhhh, dia punya sedap tu boleh mengalir air mata wehh...

Donut tu pulak... gebu... sedap!
Spaghetti pun sedap.
Pendek kata semuanya sedap laa...

Pastu kitorang geng-geng zumba ni pakat gelak sesama sendiri.
Kemain tadi semangat berkobar-kobar nak body fit.
Bila tengok makanan, semua kalah. Hahhaha...

Takpe. Next time boleh pergi zumba lagi.
Masih ada peluang lagi untuk jadi kurus dan fit ni...
Kehkehkeh...

Doakan Kekna and the zumba gang berjaya ya uolsss!

01 September 2018

Happy anniversary mami & daddy (24 Ogos 1972 till present)

Salam readers...

Entri throwback seperti biasa.
Kekadang Kekna ni pasang je niat nak update belog hari-hari tapi gak selalu tak sempat.
Kerja ofis banyak, mulalah bila balik rumah badan jadi penat.
Nampak je katil, terus berkuak lentang kat situ.
Biar tilam dah reput pun... tapi kat situ jugak laa sedap nak landing.

Arini Kekna tak sihat pulak.
Dari semalam demam teruk dan sakit tekak.
Ingatkan semalam nak update belog.
Kemain lagi gigih bukak laptop tapi last last laptop je yang pandang Kekna.
Kekna dah terlentang depan laptop layan mimpi.
Malam ni tambah pulak sakit baru. Batuk dan selsema.
Dah lengkap dah pakej sakit tu... T__T
 
 Sakit-sakit pun, tangan tetap gatal nak menaip.
So, marilah baca Kekna punya merapu ye. Hihi...

24 Ogos 2018, genap 46 tahun usia perkahwinan Aziz @ Azmi Ahmad bersama-sama dengan Samsiah A. Bakar.
46 tahun tu dikira agak lama jugak laa...
Dekat separuh abad tuuu...

Tahun ini jugak umur daddy dah 70 tahun, dan umur mami hampir masuk ke 65 tahun.
Tapi alhamdulillah kedua-duanya masih lagi gagah.
Daddy je la yang duk sakit sikit-sikit.
Tua dah kan... biasa la tu.

Sebelum ni agak jarang laa anniversary diorang ni disambut.
Paling-paling pun anak-anak je yang wish kat dalam group whatsapp.

Tapi kali ni Kekna celebrate la secara kecil-kecilan.
Takleh celebrate over sangat. Lari bajet nanti.
Tengah bulan Sept ni birthday mami pulak.
Pastu Kekna nak pergi ke KL...
Kena kumpul duit sekarang ni. Takleh belanja banyak sangat!
Huhu...

Kebetulan iwan dan amani ada balik kampung.
Kekna suruh diorang je pergi beli kek dan ayam kepsi.
Daddy suka ayam kepsi.
Mami pun suka jugak.
Kan best kalau kat sini ada servis macam Comot-comot tu.
Order je nak makan shellout, dia akan sampai.
Sediakan duit je.

Seperti biasa, event-event family macam ni Kekna yang akan sponsor semuanya...
Tapi takpelah.
Nak buat semua orang happy kan...
Duit boleh cari. Nilai kekeluargaan tu yang penting.


Kekna dibeli kat Kedai Kek & Bakery Sweden.
Sedap gile kek ni.
Kek kat Sweden ni memang pilihan family Kekna dari dulu lagi.
 

Iwan beli lilin nombor 46 tanda usia perkahwinan mami & daddy.
Lilin tu kitorang simpan balik.
Boleh recycle celebrate birthday anak sedara umur 4 dan 6 tahun nanti. Hahha...
 

Ayam kepsi...
Nampak sedap lerr pulakss...
Krup krap je makan.
 

Ini pengantin perempuan.
Bila Kekna bagitahu usia mami 65 tahun, semua tak percaya.
Haa... memang la mami ni awet muda.
Dia takdenya makan benda-benda mengarut macam kita sekarang ni.
Dia tak makan megi, dia tak makan mee kuning.
Ais pun dia tak amik.
Dia minum air panas je. Bukan air panas yang suam-suam tu.
Tapi air panas yang baru menggelegak tu.
Kalau orang lain minum air panas tu, confirm melecur lidah.
Tapi mami ni wat lek wat peace minum air panas gitu.
Dan..... paling penting dia kurus dari Kekna.
Ai is jelesss.... -____-
 

 Ini pulak pengantin lelaki.
Hat ni memang susah sikit nak tengok kamera sekarang..
Hilang fokus sokmo.
Panggil dua tiga kali, baru dia pandang.
Daddy ni dah usia 70 tahun.
Tapi tabiat dia yang suka bab-bab lagho tu still dia takleh tinggalkan.
Hari-hari pergi karaoke. 
Tak cukup dia karaoke kat rumah, dia pergi karok kat pusat karaoke area Kg Tiong tu.
Pusat karaoke tu milik bekas pak sedara Kekna jugak tapi yelah, kan tak manis orang tua pergi tempat-tempat gitu.
Tatau la if kat KTrg ni ada kelab dangdut......huhu.

Apapun, Kekna tetap sanjung daddy.
Dari muda dia bekerja keras untuk sara keluarga.
Tujuh nyawa dia nak sara sorang-sorang.
Dah la setiap tahun kitorang sekeluarga akan shopping baju raya kat KL.
Kekna tak tahu la macam mana dia uruskan kewangan.

Sekarang ni dia dah puas hati sebab rumah besar dah ada, kereta pun ada.
Anak-anak pulak semua dah bekerja.
Alhamdulillah...
 

Anak-anak paksa pengantin veteran ni romantik-romantik sikit...
Kalau tak amik gambar tegak je...
Hahahah...
 

Yang dua ketul kat tepi tu memang suka menyelit sokmo.
Amani sekarang ni tengah mengandung 5 bulan...
Tapi tak nampak pun lagi perut dia.
Dia dah scan dah pun dan dah tahu jantina anak.
Iwan pulak dah start cari nama.
Tak sabo betul dia tu.... Hahaha...


Pengantin potong kek pulak...
Awat mami tu? Tak sabo nak tiup lilin ke tuuu? Mihmihmih...
 

Haa...  main suap-suap pulak.
Ni setahun sekali je ni main suap-suap gini.
Kalau takde event macam ni, haram diorang nak suap-suap.
 Masing-masing pepandai laa suap makanan kat mulut sendiri. 


Bukan senang nak maintain rumah tangga selama 46 tahun ni.
Kekna tahu kekadang ada konflik yang diorang hadapi tapi alhamdulillah diorang berjaya mengekalkan rumahtangga yang terbina.
Bab merajuk, marah, tak sependapat tu memang biasa terjadi depan mata Kekna.
Bila daddy marah, mami akan senyap.
Bila mami marah, daddy akan senyap.
Diorang akan bising pun kat belakang-belakang. Hahahah...

Tapi itulah cara terbaik untuk elakkan konflik.
Kalau shuben marah, wifey pun sama marah, takkan selesaikan masalah pun.
Api lawan dengan api, makin membara la jawabnya.
Betul tak? 

Apapun, semoga keluarga kami akan kekal bahagia selamanya.
Aminn....