Salam readers...
Entri throwback seperti biasa.
Kekadang Kekna ni pasang je niat nak update belog hari-hari tapi gak selalu tak sempat.
Kerja ofis banyak, mulalah bila balik rumah badan jadi penat.
Nampak je katil, terus berkuak lentang kat situ.
Biar tilam dah reput pun... tapi kat situ jugak laa sedap nak landing.
Arini Kekna tak sihat pulak.
Dari semalam demam teruk dan sakit tekak.
Ingatkan semalam nak update belog.
Kemain lagi gigih bukak laptop tapi last last laptop je yang pandang Kekna.
Kekna dah terlentang depan laptop layan mimpi.
Malam ni tambah pulak sakit baru. Batuk dan selsema.
Dah lengkap dah pakej sakit tu... T__T
Sakit-sakit pun, tangan tetap gatal nak menaip.
So, marilah baca Kekna punya merapu ye. Hihi...
24 Ogos 2018, genap 46 tahun usia perkahwinan Aziz @ Azmi Ahmad bersama-sama dengan Samsiah A. Bakar.
46 tahun tu dikira agak lama jugak laa...
Dekat separuh abad tuuu...
Tahun ini jugak umur daddy dah 70 tahun, dan umur mami hampir masuk ke 65 tahun.
Tapi alhamdulillah kedua-duanya masih lagi gagah.
Daddy je la yang duk sakit sikit-sikit.
Tua dah kan... biasa la tu.
Sebelum ni agak jarang laa anniversary diorang ni disambut.
Paling-paling pun anak-anak je yang wish kat dalam group whatsapp.
Tapi kali ni Kekna celebrate la secara kecil-kecilan.
Takleh celebrate over sangat. Lari bajet nanti.
Tengah bulan Sept ni birthday mami pulak.
Pastu Kekna nak pergi ke KL...
Kena kumpul duit sekarang ni. Takleh belanja banyak sangat!
Huhu...
Kebetulan iwan dan amani ada balik kampung.
Kekna suruh diorang je pergi beli kek dan ayam kepsi.
Daddy suka ayam kepsi.
Mami pun suka jugak.
Kan best kalau kat sini ada servis macam Comot-comot tu.
Order je nak makan shellout, dia akan sampai.
Sediakan duit je.
Seperti biasa, event-event family macam ni Kekna yang akan sponsor semuanya...
Tapi takpelah.
Nak buat semua orang happy kan...
Duit boleh cari. Nilai kekeluargaan tu yang penting.
Kekna dibeli kat Kedai Kek & Bakery Sweden.
Sedap gile kek ni.
Kek kat Sweden ni memang pilihan family Kekna dari dulu lagi.
Iwan beli lilin nombor 46 tanda usia perkahwinan mami & daddy.
Lilin tu kitorang simpan balik.
Boleh recycle celebrate birthday anak sedara umur 4 dan 6 tahun nanti. Hahha...
Ayam kepsi...
Nampak sedap lerr pulakss...
Krup krap je makan.
Ini pengantin perempuan.
Bila Kekna bagitahu usia mami 65 tahun, semua tak percaya.
Haa... memang la mami ni awet muda.
Dia takdenya makan benda-benda mengarut macam kita sekarang ni.
Dia tak makan megi, dia tak makan mee kuning.
Ais pun dia tak amik.
Dia minum air panas je. Bukan air panas yang suam-suam tu.
Tapi air panas yang baru menggelegak tu.
Kalau orang lain minum air panas tu, confirm melecur lidah.
Tapi mami ni wat lek wat peace minum air panas gitu.
Dan..... paling penting dia kurus dari Kekna.
Ai is jelesss.... -____-
Ini pulak pengantin lelaki.
Hat ni memang susah sikit nak tengok kamera sekarang..
Hilang fokus sokmo.
Panggil dua tiga kali, baru dia pandang.
Daddy ni dah usia 70 tahun.
Tapi tabiat dia yang suka bab-bab lagho tu still dia takleh tinggalkan.
Hari-hari pergi karaoke.
Tak cukup dia karaoke kat rumah, dia pergi karok kat pusat karaoke area Kg Tiong tu.
Pusat karaoke tu milik bekas pak sedara Kekna jugak tapi yelah, kan tak manis orang tua pergi tempat-tempat gitu.
Tatau la if kat KTrg ni ada kelab dangdut......huhu.
Apapun, Kekna tetap sanjung daddy.
Dari muda dia bekerja keras untuk sara keluarga.
Tujuh nyawa dia nak sara sorang-sorang.
Dah la setiap tahun kitorang sekeluarga akan shopping baju raya kat KL.
Kekna tak tahu la macam mana dia uruskan kewangan.
Sekarang ni dia dah puas hati sebab rumah besar dah ada, kereta pun ada.
Anak-anak pulak semua dah bekerja.
Alhamdulillah...
Anak-anak paksa pengantin veteran ni romantik-romantik sikit...
Kalau tak amik gambar tegak je...
Hahahah...
Yang dua ketul kat tepi tu memang suka menyelit sokmo.
Amani sekarang ni tengah mengandung 5 bulan...
Tapi tak nampak pun lagi perut dia.
Dia dah scan dah pun dan dah tahu jantina anak.
Iwan pulak dah start cari nama.
Tak sabo betul dia tu.... Hahaha...
Pengantin potong kek pulak...
Awat mami tu? Tak sabo nak tiup lilin ke tuuu? Mihmihmih...
Haa... main suap-suap pulak.
Ni setahun sekali je ni main suap-suap gini.
Kalau takde event macam ni, haram diorang nak suap-suap.
Masing-masing pepandai laa suap makanan kat mulut sendiri.
Bukan senang nak maintain rumah tangga selama 46 tahun ni.
Kekna tahu kekadang ada konflik yang diorang hadapi tapi alhamdulillah diorang berjaya mengekalkan rumahtangga yang terbina.
Bab merajuk, marah, tak sependapat tu memang biasa terjadi depan mata Kekna.
Bila daddy marah, mami akan senyap.
Bila mami marah, daddy akan senyap.
Diorang akan bising pun kat belakang-belakang. Hahahah...
Tapi itulah cara terbaik untuk elakkan konflik.
Kalau shuben marah, wifey pun sama marah, takkan selesaikan masalah pun.
Api lawan dengan api, makin membara la jawabnya.
Betul tak?
Apapun, semoga keluarga kami akan kekal bahagia selamanya.
Aminn....
No comments:
Post a Comment