16 August 2019

Kembali

Salam readers...

Just a 20¢ update merepek dari Kekna.
Yela.. ramai yang request Kekna buat entry. 
Kesian pulak kalau tak tunaikan.
Kebetulan malam ni takde apa yang Kekna nak buat.
Nak tengok movie kat fmovies tapi tatau dah nak tengok movie ape.
Setiap malam Kekna tengok movie dalam laman web tu sampai rasanya semua movie best Kekna dah tengok.
Padan duk tergolek je atas katil camni, tak best laa pulak.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa Kekna lama sangat tak update belog.
Bukan tak rindu nak menaip tapi Kekna malas la uolss!
Nak menaip kena ada mood.
Kalau takde mood, bahasa pun akan jadi tunggang langgang.

Ok, now.
Meh Kekna update sikit pasal diri Kekna.

Macam yang korang tahu, Kekna dah bekerja di Kuala Terengganu since Dec 2017.
Balik pun sebab daddy kena vertigo dan mami pujuk Kekna suruh balik kerja kat sini.
Then, Kekna berkorban.
Dari seorang secretary kat TM HQ, Kekna mintak transfer ke TM Trg.
Jadi laa staff sokongan biasa.
Kekna tak kisah pun sebenarnya sebab gaji tak berusik dan band (gred)  Kekna pun masih sama.

Hari ni 16 August 2019, maknanya dah 1 tahun 9 bulan Kekna bekerja kat sini.
So far so good.
Kekna happy kat sini.
Punyalah rasa happy tu sampai sanggup buat OT 2 minggu berturut-turut..
Sikit pun tak rasa lelah. Hihi

Btw, Kekna still single uolss!
Haha...
Tau dah.. benda ni yang korang ternanti-nanti Kekna update kan?
Hahahah..

Jodoh... manalah kita boleh tahu bila jodoh kita sampai dan siapa jodoh kite tu.
Jangan kata Kekna ni memilih.
Lempang kang!


Sebelum ni Kekna selalu update pasal Mr. Awak, kan?
Sorry banyak entri pasal dia yang Kekna dah hide.
Sape yang sempat baca tu, sempat laa..

Kekna dah putus dengan dia bulan Nov 2018.
Kenapa putus?
Dia sendiri yang nak.
Dan Kekna pun taknak dah dengan dia.
Baru 3 bulan dengan dia rasa macam terlalu menyeksakan.
Kalau dah hari-hari menangis, cinta amende camtu kan?


Kekna ni jenis yang loyal.
Kalau dah sayang, Kekna sayang betul-betul.
Kekna dah tak pandang orang lain.
Dan silap Kekna, Kekna expect dia pun sama.

A guy yang good looking & sweet talker macam dia memang agak mustahil untuk setia.
Ramai perempuan yang kejar dia dan dia layan semua.
Memang Kekna frust sampai tahap down nak buat kerja pun tak boleh.

Siapa yang tak frust bila boifren duk panggil perempuan lain 'dear'?
Tak cukup dengan tu, ajak keluar tengok wayang, dinner.
Walaupun kitorang jauh, itu bukan sebagai tiket untuk dia buat camtu.

Tapi Kekna boleh move on sekejap je dengan dia.
Sebab bagi Kekna tak worth it merana kerana dia.
Sebab dia takde apa-apa.
Dia duda anak dua.
Dia orang susah. Ada kerja tapi still ada masalah kewangan.
Setakat ada rupa, bukannya mengenyangkan pun.

Kekna bukannya jenis betina materialistik sangat tapi kita semua kena sedar yang duit sekarang ni memang penting.
Nak makan, keluar duit.
Nak pergi jalan-jalan, guna duit.
Nak beli barang-barang keperluan rumah, pakai duit.
Anak nak sekolah, minyak kereta, tol,.. etc...
Semuanya nak pakai duit.
Kalau takde duit, tak ke pening kepala?

So, Kekna fikir positif.
Bukan Kekna yang rugi bila hubungan kitorang tak menjadi.
Dia yang rugi sebab tak pandai menghargai.
Dan hubungan toxic macam ni yang Kekna taknak.
Takkan la sampai bila-bila nak hidup dalam sakit hati.
Ye tak?

Hikmah perkenalan Kekna dengan dia pun still Kekna tak nampak sampai sekarang.
Cumanya Kekna berhusnuzon, mungkin ALLAH swt nak uji kekuatan & ketabahan hati Kekna masa tu.
Alhamdulillah Kekna tak terfikir nak buat benda yang bukan-bukan.

Then, sebulan lepas putus dengan dia tu Kekna dah fully healed!
Masa tu Kekna dah start kenal dengan sorang laki bujang dari negeri jiran.

Jeng jeng!
Yang ni korang tunggu next entri k...


3 comments:

Anonymous said...

allahamdullilah. Allah swt lindung awk... insyallah moga dipertemukan dengan insan yang baik2.Amin

Anonymous said...

allahamdullilah. Moga Allah swt pertemukan akak dengan insan yang baik2. Insyallah

Anonymous said...

Well, now, there has been reconstruction in these services.
Last May 2018, YouTube revealed a completely new variation of
YouTube Songs. This new iteration has access to countless playlists, tunes, cds,
artists and also others, and also has fascinating functions such as the capacity to search for
tracks via ambiguous descriptions or verses. There is a complimentary version with ads, or you can pay $ 10 per month for YouTube Songs Premium,
which provides "history listening, downloads as well as an experience without marketing".