30 August 2019

Tentang dia yang memberi harapan palsu

Salam readers...

Hai gais...
Lama menunggu entri terbaru dari Kekna?
Sorry ye. 
Kekna busy sikit lately.

Kekna janji nak cerita pasal someone yang kononnya sedang terukir dalam hati Kekna kan?
Ok.. jom kita start (baca dalam nada Khairulming). Hehehe..

Perkenalan Kekna dengan dia yang Kekna namakan sebagai Zizie bermula pada akhir bulan Jun 2019.
Perkenalan yang tak disengajakan melalui dating apps kat dalam Facebook.
Katanya dia staff TM sama macam Kekna jugak.
Cuma Kekna di Kuala Terengganu, dia di Rawang.
Umur sebaya dengan Kekna tapi duda anak sorang.
Kekna tak kisah sangat status duda tu asalkan dia bukan boifren/ tunang atau suami orang.

Few times kitorang mesej, dia bagi no phone dia.
Dia kata mesej dekat whatsapp lagi best sebab dia tak layan sangat apps tu.
Masa tu Kekna tak bagi lagi nombor phone Kekna kat dia.
Takpe, kita jual mahal dulu.
Lagipun dia tak hensem dan bukan taste Kekna.
Jadi, no hal untuk Kekna hold dulu.

Tak lama lepas tu, Kekna terdetik nak mesej dia dekat whatsapp.
1st whatsapp, Kekna just ucap 'hi'.
And dia balas, 'Hi, orang TM'.
Terkejut jugak la sebab dia tahu siapa Kekna.

Since then, kitorang kerap mesej.
Kadang-kadang dia video call.
Pagi-pagi, dia temankan Kekna mekap nak pergi kerja sambil dia otw ke office.
Macam-macam kitorang sembang.

Awal pagi call, tengahari call, petang call, malam call...
Even time dia dekat rumah pun dia call Kekna.
Then, dia start add IG & FB Kekna pulak.
Kekna ada lah stalk acc dia tapi macam takde pulak yang mencurigakan.
Cumanya friendlist dia ni kebanyakannya perempuan.
Tapi takde pulak Kekna nampak dia reply komen-komen perempuan kat situ.
Gambar-gambar dia pun gambar sorang-sorang.
IG stories dia pun banyak dengan kawan-kawan lelaki.
So, Kekna yakin dia memang single father dan takde special girlfriend.

Tak lama lepas tu, dia mula start bercakap pasal kahwin.
Dia tanya time merisik Kekna nak apa, hantaran nak berapa..
Sejak tu conversation kitorang terarah kepada hal-hal kahwin.
Call je, cakap pasal kahwin.
Lepas tu cakap pasal job posting.
Dia kata dia willing nak pindah ke Kuala Terengganu lepas kitorang kahwin nanti.
Dia nak settledown dekat sini.
Kitorang plan nak beli rumah dekat sini.

Tup-tup dah 2 bulan kitorang kenal.
Sepanjang dua bulan tu, Kekna takdelah hati sangat dekat dia sebenarnya sebab kesan luka dengan lelaki sebelum ni masih ada.
Cuma Kekna ada cakap dengan dia, sebelum apa-apa Kekna nak dia jumpa parent Kekna dulu.
Kebetulan hujung bulan Ogos Kekna nak pergi ke Cameron.
So, dia kata dia akan jumpa parent Kekna kat situ.

Start dari tu, Kekna mula bukakan hati kat dia.
All went smooth until 1 day, dia kata dia tak sihat.
Biasanya Sabtu Ahad dia akan buat OT.
Tapi minggu tu dia cuti. Malas OT katanya.

Kekna pun ok je la..
Sometime Kekna mesej dia.. Lambat sangat dia reply.
Then Kekna video call, dia jawab macam biasa.
Dia mintak Kekna bagi ruang untuk dia rehat.
Dia tak nak diganggu sebab dia memang tak sihat sangat-sangat.
Dia just nak rehat, tergolek atas katil dan taknak keluar kemana-mana pun.

Kekna pun tak ganggulah dia sehari tu.
Kekna buatlah kerja ofis macam biasa.
Sampailah pukul 5 petang.
Kekna nampak dia post dekat ig story yang dia ada di Sogo tengah tengok buskers.
Kekna dah pelik masa tu.
Yela, tadi dia kata dia tak nak pergi kemana-mana.
Now, elok pulak dia pergi Sogo.
Sogo kott... tempat ramai orang.
Sakit-sakit pergi tempat ramai orang??

Kekna call dia, dia tak jawab.
Banyak kali Kekna call, last dia block.
Ok, something fishy!
Then, Kekna mesej. Dia bluetick.
Lepas tu mesej tinggal 1 tick je.
Ok, memang ada something wrong!

Kekna bertenang dulu dan balik ke rumah.
Sampai ke rumah, Kekna tengok dia reply mesej.
Dia kata dia tak nak gaduh sebab tu dia taknak jawab call Kekna tadi.
Kitorang gaduh tapi end up takde penyelesaian.

Perempuan kan ada sixth sense.
Kekna yakin dia keluar dengan perempuan lain tadi.
Kekna add few friends dia kat dalam ig.
Most of them approved tapi bila Kekna stalk, takde yang mencurigakan.

Until esok pagi, ada sorang kawan dia approve friend request Kekna.
Kekna tengok ig story perempuan tu.
Sogo!
Kekna stalk ig perempuan tu pulak.
Ok, most of the picture dekat ig perempuan tu sama tempat dengan gambar-gambar dalam ig Zizie.

ALLAH swt memang tolong Kekna.
Belum apa-apa lagi DIA dah tunjuk siapa Zizie yang sebenar.

Kekna pm perempuan tu..
Dia tua 5 tahun dari Kekna dan janda anak 4.
Rupa-rupanya dia dengan Zizie dah bercinta sejak tahun lepas.

Dan kakak tu cakap memang sejak Ogos, Zizie dah berubah dengan dia.
Dah takde morning call & late night call.
Contact pun jarang-jarang.
Dan based on ape yang kakak tu cakap, diorang dah nak kawin 02 Feb tahun depan.
Korang rasa???

Zizie pernah janji dengan Kekna yang dia akan kahwin dengan Kekna paling awal bulan 6 tahun depan atau bulan 12.
Katanya nak kumpul duit dulu.
Dia mampu kumpul RM500 je sebulan.
Kekna kata tak apa. Asalkan kumpul.
Tak cukup kita tampung sama-sama.

Kekna teringat semua harapan yang pernah dia tabur dekat Kekna sebelum ni.
Semuanya palsu!

Nasib baik Kekna tak sempat bawak dia jumpa mami dan daddy.
Kalau tak, mami & daddy pun diberi harapan palsu.

Surprisingly, Kekna tak rasa sedih langsung.
Menangis pun tak.
Kekna rasa nak tergelak.
Rasa macam drama kali ni drama bodoh sangat.

Yela, mungkin sebab Kekna baru je bukakan hati dekat dia.
Jadi takdelah rasa apa sangat.
Lagipun kitorang tak pernah jumpa lagi.
Setakat video call, mesej hari-hari je la...

Kekna tak tahu motif apa dia buat camni.
Dah ada girlfriend, tapi still cari perempuan lain.
Bagi harapan tinggi pulak tu.
Acah playboy sangat.
Memang lelaki muka sendu ni suka ajet-ajet playboy eh?

Tak sampai 1 hari pun, Kekna dah boleh move on.
Dah hilang semua perasaan sayang kat dia.
Ala... jawatan dia pun rendah dari Kekna.
So, takde hal la...
Bukan Kekna nak rendah-rendahkan dia ke ape.
Tapi bila dia buat camni, Kekna rasa Kekna tak rugi apa-apa pun.

Kekna terima kekurangan dan kelebihan dia.
Tapi dia yang sengaja cari pasal.
Kekna tak tahu siapa yang meninggalkan dan siapa yang ditinggalkan...
Sebabnya lepas dia kantoi tu, kitorang dah stop contact each other.
Dia ego? Dia tak tahu Kekna lagi ego.
Lagipun dia tu siapa untuk Kekna melulut merayu cinta dia?
Dia bukannya jutawan anak dato' ke apa.
Lebih baik Kekna pergi melutut merayu cinta Wan, budak muda anak dato kaya.
Dia berjawatan Managing Director dekat company oil & gas di Kerteh dan CEO company agro kat Kerteh jugak.
Lagi berbaloi walaupun Wan tu pun tak hensem. Manis tu ade la sikit bila dia senyum.

Kekna deserves better.
Ini yang Kekna pegang.
Kekna malas nak terlibat dengan drama tv3 pukul 7 tu.
Nak menangis merayu bagai untuk cinta lelaki yang awal-awal dah kantoi curang.

Lagipun benda ni bukannya kali pertama terjadi pada Kekna.
Banyak kali dah kot.
Dah tepu.
Dah terbiasa.

Sekarang ni kalau korang follow IG Kekna & kadang-kadang Kekna up story atau gambar Kekna keluar dengan lelaki, itu bukan bf baru Kekna.
Itu kawan adik Kekna yang Kekna rapat sekarang.
Lately dia kerap ajak Kekna keluar pergi jalan-jalan.
Dia single dan dia tahu sekarang ni Kekna pun tengah single.
Kalau ada apa-apa, memang Kekna luahkan kat dia je la.

Nak bercinta lagi?
Tunggulah dulu kot.



1 comment:

acikpurple said...

Sy solent reader blog kekna Dr dluuu hehe.sy setiap kali kekna cerita psl bf sy risau. Tah ke apa risau kalau kekna kena tipu lg.. Mungkin sy pun pernah lalui. Sy xnk nasihat kekna sbb sy xlyk.. Cuma sy sokong apa ygk kekna pgg kekna deserve better. Sblm sy kawen.. Sy kena tipu yg last lay kiranya. Masa tu sy dh xsedih. Sy pgg sy ptt bersyukur xjd kwen dgn org yg salah. Sy doa spesifik. Ya aallah bg sy kwen sebelum 30.ngam2 29thn Allah bg sy kawen. N sy naafkan semuaaaaa yg pernah tipu sy.