Salam readers...
Ok, kita sambung entri sebelum ni.
Takyah dah nak bermukadimah panjang-panjang.
Tau dah korang taknak baca punya. Hehhe...
Perkenalan Kekna dengan lelaki dari negeri jiran adalah melalui officemate Kekna yang jugak kawan baik Kekna.
Officemate Kekna ni namanya Mirol.
Mirol yang bagitahu dia ada sorang kawan bujang yang still takde girlfriend.
Kekna yang mulakan perkenalan dengan lelaki tu dan lama-lama Kekna jadi TERsuka dengan dia.
Berbunga-bunga balik dah hati masa ni.
Terus lupa Mr.Awak.
Dia exec di TM tempat dia tinggal.
Kekna suka dia bukan sebab jawatan dia exec.
Kekna suka dia sebab perwatakan dia yang jarang sangat ada dekat lelaki sekarang ni.
Weken duk rumah, solat tak tinggal, susah nak communicate dengan perempuan.
Sangat kontra dengan Mr. Awak.
Dan Kekna rasa tenang dengan dia.
Pernah dia pergi kursus dengan Mirol kat KL.
Malam-malam diorang takde pun nak keluar kemana-mana.
Just duduk dalam bilik hotel je.
Makan malam pun order kat foodpanda je.
Kekna tahu pun sebab Mirol selalu update kat Kekna.
Birthday dia bulan Feb, Kekna pergi jumpa dia untuk celebrate sekali.
Kekna hadiahkan dia jam tangan.
Dia refuse nak terima sebab dia tahu jam tu mahal tapi Kekna bagi ikhlas.
Takde pun nak mintak balasan ke ape.
And Kekna happy dia pun suka dengan jam tu.
Jam tu jam tangan kayu.
Belakang jam tu Kekna engrave nama Kekna.
Kotak jam tu pulak dari kayu jugak, ada gambar dia terukir atas kotak tu.
Memang rare.
Kisah kitorang berdua ni 1 ofis tahu termasuklah bos Kekna sendiri.
Semua orang support kitorang.
Semua orang mendoakan yang baik-baik.
Sebab lelaki tu baik & officemate pun tahu Kekna jenis setia camni.
Dan mami pun dah tahu pasal kitorang, cuma mami tak tahu serius tahap cemana kitorang ni.
1 day, parent Kekna pergi umrah.
Kekna kirim doa kat parent pasal kitorang berdua.
Mintak dikekalkan jodoh kitorang sampai bila-bila.
Minggu kedua parent Kekna ke Mekah, Kekna kat sini pergi benchmark ke Johor dengan officemates Kekna.
Masa tu la Kekna start rasa kitorang ni makin renggang.
3 hari Kekna kat Johor, 3 hari tu la Kekna tak tenang.
Dia kerap online whatsapp tapi dia tak mesej pun Kekna.
But still Kekna berhusnuzon.
Kekna fikir dia mungkin mesej pasal barang-barang vintage yang dia suka beli dengan kawan dia.
Sampailah malam Kekna balik dari Johor, Kekna call dia.
Biasanya dia jawab dan kitorang akan bergayut phone dari pukul 9 malam sampai 12 atau 1 pagi.
Everyday kitorang bergayut lama camtu.
Tapi malam tu, dia tak jawab call Kekna. 1st time ever!
Kekna dah start rasa lain.
Kekna check whatsapp dia, elok pulak dia online.
Malam tu Kekna tidur dalam keadaan tak tenang.
Ada something wrong somewhere dengan relationship kitorang.
Pompuan kan ada sixth sense.
Kekna dah mula fikir lain.
Hati Kekna kuat kata yang dia dah ada orang lain.
Esoknya pergi kerja, Kekna terus mengadu kat Mirol.
Mirol menafikan.
Mirol yakin lelaki tu takde sape-sape melainkan Kekna sebab lelaki tu selalu update Mirol semua.
Kekna start rasa lega balik.
Tapi hubungan Kekna dan lelaki tu tetap renggang.
Kitorang dah tak bergayut macam awal-awal perkenalan dulu.
Kalau mesej pun, lambat-lambat je dia reply.
Sampailah 1 masa tu Kekna tanya dia kot dia ada tertarik dengan mana-mana perempuan lain.
Mula-mula dia mengelak dan cakap Kekna ni baik dan caring.
Tapi Kekna desak minta dia mengaku.
Sebab Kekna rasa macam Kekna dah ready nak undur diri if betul dia dah ada orang lain.
Dia memang seorang yang jujur.
Dia mengaku dia kenal dengan orang lain jugak tapi tak anggap apa-apa.
Dia berkawan semua sebab nak kenal hati budi.
Danggg!!!
Again, heart broke!
Then dia cakap, Kekna ada kelebihan. Perempuan lain tu pun ada kelebihan jugak.
Dia cakap lagi Kekna ni dalam senarai pilihan dia jugak.
Allahu...
Kekna nangis.
Dari situ Kekna dah tahu dah yang Kekna ni option je bagi dia.
Dia tengah timbang tara untuk pilih siapa.
Dia dah tak nampak ape yang Kekna pernah buat kat dia selama ni.
Kekna selalu bagi sokongan kat dia time dia down pasal result KPI dia yang tak memuaskan.
Kekna selalu tolong dia buat kerja ofis.
Buat tutorial kat dia tentang sistem TM yang dia tak tahu.
Curahkan idea kat dia supaya dia dapat deliver kerja dengan baik.
Tapi semua tu macam takde makna langsung dah bagi dia.
Lepas tu Kekna amik keputusan untuk berundur.
Takpelah.
Dia pilihlah yang lain tu.
Masa tu Kekna dah terbayang-bayang dah muka setiap orang dalam ofis tu yang banyak mendoakan kami.
Paling Kekna sedih, daddy sanggup panjat Bukit Jabbal Rahmah pukul 3 pagi setiaphari sebab nak mendoakan Kekna dengan lelaki tu.
Allahu akbar!
Kekna nangis depan Mirol sampaikan Mirol terpaku tatau nak buat apa.
Since that, hari-hari Kekna nangis sebelum tido.
Ni salah satu sebab kenapa Kekna malasss sangat nak update blog.
Kekna lalui situasi yang sangat teruk sampaikan Kekna hampir-hampir jadi kemurungan.
Kat ofis Kekna terpaksa pura-pura happy sebab taknak officemates tahu pasal hubungan tak menjadi kitorang ni.
Tapi balik rumah, Kekna jadi macam sasau.
Menangis, termenung.
Sampailah Kekna mintak tolong bff Kekna nama Wahida untuk bawak Kekna jumpa ustazah.
Kekna nak berubat.
Kekna takleh terus-terusan murung camni.
Kekna selalu up status sedih kat fb dan ig.
Mungkin ada yang perasan sampaikan ramai yang pm bagi kata-kata semangat.
Masa tu Kekna sedar, bukan cinta lelaki sahaja yang membahagiakan.
Cinta dari kawan-kawan sekeliling pun sebenarnya dah cukup.
Kekna selalu up status sedih kat fb dan ig.
Mungkin ada yang perasan sampaikan ramai yang pm bagi kata-kata semangat.
Masa tu Kekna sedar, bukan cinta lelaki sahaja yang membahagiakan.
Cinta dari kawan-kawan sekeliling pun sebenarnya dah cukup.
Kekna mula dekatkan diri dengan ALLAH.
Setiap kali lepas solat Zohor, Maghrib dan Isyak, Kekna akan buat solat hajat mintak kekuatan.
Masa tu, setiap kali solat je mesti Kekna menangis.
Bukan menangis mengalir airmata je tau.
Tapi menangis teresak-esak.
Tak tahu la solat tu sah ke tak.
Masa tu memang sedih je manjang. Benda tu memang takleh control, kan...
Ada masa Kekna baca yassin walaupun kadang-kadang tak dapat habiskan pun.
Kekna pernah menangis dalam keadaan bersujud atas sejadah.
Tertido atas sejadah pun pernah sebab penat sangat menangis.
Dia punya down tu ALLAH je yang tahu.
Masa mami balik dari umrah, soalan pertama yang mami tanya bila bertentang mata dengan Kekna,
"Cane mu dengan dia?"
Mata mami penuh pengharapan masa tu.
Kekna tahu dia berharap sangat Kekna kahwin.
Soalan mami tu Kekna biar tak berjawab.
Kekna just sengih.
Kekna tahu Kekna susah nak move on kali ni.
Sebab hati Kekna yakin dia seorang lelaki yang takkan curang.
Lagipun kitorang happy je.
Takde pun gaduh ke ape.
Even sebelum pergi Johor tu, kitorang sembang macam biasa je.
Kekna jadi blurrr bila tiba-tiba dia buat macam ni.
Dia buat Kekna tertanya-tanya kat mana salah Kekna.
Nak kata mengongkong, tak.
Nak kata cakap lepas pun tak.
Kekna rasa Kekna dah buat yang terbaik dah.
Takde pun gaduh ke ape.
Even sebelum pergi Johor tu, kitorang sembang macam biasa je.
Kekna jadi blurrr bila tiba-tiba dia buat macam ni.
Dia buat Kekna tertanya-tanya kat mana salah Kekna.
Nak kata mengongkong, tak.
Nak kata cakap lepas pun tak.
Kekna rasa Kekna dah buat yang terbaik dah.
Bos Kekna pulak tak tahu apa-apa.
Dia ingat Kekna masih berkawan dengan lelaki tu.
Dia selalu forwardkan gambar lelaki tu kat whatsapp.
Setiap kali Kekna tengok gambar lelaki tu, hati Kekna jadi sayu.
Sayu sebab terkenangkan bukan nama Kekna yang ada kat dalam hati lelaki tu.
Lama-lama Kekna sedar yang dia bukanlah jodoh Kekna.
Doa mami dan daddy kat Jabbal Rahmah tu pun Tuhan tak boleh nak tunaikan sebab awal-awal lagi di Luh Mahfuz dah tertulis jodoh Kekna bukan dengan dia.
Sebab tu kitorang boleh renggang masa mami dan daddy pergi umrah.
Allah dah rancangkan benda lain untuk kitorang berdua.
Dia jumpa perempuan lain beberapa minggu selepas dia mengaku kat Kekna yang dia kenal dengan orang lain.
Nampak serasi dan sesuai.
Mungkin itu jodoh dia.
Kekna happy untuk dia.
Takde sekelumit dendam pun dalam hati Kekna pada dia.
Sebab dia baik.
Banyak kali dia mintak maaf sebab kecewakan Kekna.
Dah dia bukan jodoh Kekna, nak buat cemana.
Takkan sampai tahap nak berdendam pergi jumpa bomoh bagai, kan?
Bukan cara Kekna nak buat benda-benda tak berfaedah camtu.
Kekna tahu perkenalan Kekna dengan dia ada hikmahnya.
Cuma hikmah yang baik tu tak berpihak kepada Kekna tapi lebih kepada dia.
Hadirnya Kekna dalam hidup dia sebagai pemberi sokongan disaat dia down, tolong bagi dia idea cemana buat kerja efektif, tolong dia buat apa yang dia tak tahu...
Bila semuanya dah ok, Tuhan humbankan balik Kekna ke tempat asal.
Memang struggle nak lupakan dia.
Siap pernah bermimpi dia sebanyak 2 kali.
Memang dalam mimpi tu nampak jelas muka dia.
Takpelah. Sekarang ni, lepas beberapa bulan berlalu... Kekna dah redha dah.
Kekna tahu lepas ni memang susah Kekna nak terima orang lain.
Tapi tu laa....
Ni la yang orang cakap,
"Kita hanya merancang. ALLAH swt yang tentukan."
Tiba-tiba saja akhir bulan Jun 2019, Tuhan memperkenalkan Kekna dengan seorang lelaki.
Sorry gais!
Korang kena tunggu next entri untuk lelaki baru ni pulak ya!
Ahaksss!
1 comment:
Alaaaaaaaa cepat sambung tau hehe
Post a Comment