17 November 2019

Pertemuan

Assalam readers..

Setelah berbulan-bulan Kekna struggle gile nak update blog ni.
Bukan ape, malas nak menaip sebenarnya.
Laptop memang bukak hari-hari sebab tengok movie dekat laman web fmovies.
Blog ni pun kekna jenguk je tapi nak menaip tu sumpah rasa malas.

Ok, ada ramai readers yang dah tahu kali ni Kekna nak post pasal ape.
Kepochi eh korang nak tahu love story Kekna.
Siap request lagi Kekna update belog supaya korang boleh tahu detail eh...
Cubit kang baru tahu... Heheh..

Ok, Kekna ringkaskan cerita ye.
Pertemuan pertama kitorang adalah on 16 Sept 2019 atas bantuan kawan baik Kekna nama Kak Ayu.
1st time kitorang jumpa dekat Restoran AMZ Seafood yang jaraknya hanya 250 meter je dari rumah Kekna.
Malam tu Kekna agak kekok nak bersembang.
Kekna biarkan Kak Ayu rancak bersembang dengan dia.
Kekna sampuk sikit-sikit je.

Malam tu kitorang share no masing-masing dan since that kitorang start kenal dengan lebih dekat.
Actually sebelum ni kitorang dah pernah mesej2 tapi memandangkan Kekna dah ada someone else, Kekna layan tak layan je dia ni.
End up, dia delete nombor Kekna. Kekna delete nombor dia.
Bila Kekna single balik, Kak Ayu beriya-iya kenalkan kitorang balik.

Kekna pun tak sangka lepas pertemuan malam tu kitorang berdua akan jadi makin rapat.
Hari-hari contact each other.
Kekna pun makin selesa dengan dia.
Dia pun makin berani ajak Kekna keluar after 2 weeks kitorang berkenalan.

And 1 day dia cakap dia nak kenal dengan parent Kekna.
That time Kekna dapat rasa yang dia mula serius dengan Kekna.
Tambah pulak pernah 1 masa tu Kekna up status pasal movie Maleficient 2 kat whatsapp dan FB.
Tetibe je dia belikan tiket dan sanggup temankan Kekna tengok movie tu sampai tertido-tido dia kat dalam wayang tu.
Sesetengah lelaki bukannya suka movie fantasy gitu.
Tapi disebabkan Kekna, dia sanggup temankan walaupun cerita tu bosan bagi dia.

Hari yang sama Kekna bawak dia jumpa Iwan, Amani & anak-anak sedara.
Kitorang pergi makan satay sama-sama dekat Restoran Lina.
Alhamdulillah semua approve dengan pilihan Kekna kali ni.

Dan paling mengejutkan, 9 Nov 2019 diam-diam dia plan nak kenalkan Kekna dengan family dia.
Asalnya anak sedara dia ajak datang rumah sebab ada program.
Dia ajak Kekna sekali.
Mula-mula Kekna ok je sebab ingatkan pergi berdua dengan dia.
Tup-tup sehari sebelum program, dia tanya boleh ke tak dia nak ajak mak dan anak dia.
Owh, lupa nak kabo.
Dia ni duda anak dua.
Anak sulung perempuan, dia jaga.
Anak bongsu lelaki, ex-wife dia jaga. Ex-wife pun dah kawin dah.
Tak sure dah ada anak lain ke tak.
Malas nak tanya.

Masa dia tanya boleh ajak mak dan anak ke tak, Kekna dah cuak.
Tapi Kekna ok je...
Takkan la nak halang, kan?

Dia janji nak ambil Kekna dalam pukul 2:30 petang.
Pukul 2:00 dia mesej lagi bagitahu ada sorang kakak dia nak tumpang jugak kat dalam kereta tu.
Kekna makin cuak...
Dah la mak dia dan anak dia ada dalam kereta tu.
Ni tambah pulak dengan kakak dia.

Bila dia fetch Kekna kat rumah, Kekna buat-buat cool je.
Takkan nak tunjuk kite tengah mengelabah kan? Heheh...

Kat dalam kereta mak dia memang banyak cakap.
Kakak dia pun sama tapi kakak dia lebih kepada soal siasat.
Kekna jawab je la apa yang ditanya.... nothing to hide, omputih kata.
Mihmihmih...

Owh, sebelum bertolak dia ada cakap tak ramai orang pun yang datang dekat rumah anak sedara dia nanti.
Tapiii.... bila dah sampai rumah anak sedara dia tu........
MasyaALLAH.... banyaknye selipar.

Kekna jadi makin cuak...
Dah la masa kitorang sampai tu, semua sedara mara dia sambut dekat pintu.
Budak-budak yang duk main dekat laman semua serbu nak bersalam dengan Kekna.
Dah macam retiss lagaknya.

Bila sedara mara dia tanya dia "Siapa ni Ayah Su?"...
Dia boleh cakap, "Ni la kawan Ayah Su..."
Masing-masing ucap Alhamdulillah.
Dan bermula saat itu, Kekna diusik.
Dia pulak melayan je bila orang usik.

Hari tu Kekna nampak bonding family diorang yang agak rapat.
Semuanya baik-baik.
Masing-masing ramah sangat dengan Kekna walaupun kitorang baru je jumpa.
Kekna nampak riak wajah mak dia yang happy.

Sikit-sikit mak dia pergi cuit orang itu ini sambil mintak doakan jodoh Kekna dan dia direstui dan dipermudahkan...
Terngiang-ngiang kat telinga Kekna bila Kekna terdengar mak dia bersembang dengan saudara yang lain,

"Moga-moga kali ni ALLAH swt bagi berpanjangan. Kita pakat doalah blake".

Ok, sumpah terharu.
Kekna dapat rasakan yang diorang terima kehadiran Kekna dalam family diorang.

Dan Kekna respek dengan family dia sebab bila tiba azan Asar, masing-masing diam tanda hormat.
Dan lepas dah habis program, yang lelaki keluar pergi ke surau untuk solat Asar, yang perempuan pulak bergilir-gilir solat kat dalam bilik.
Paling Kekna kagum, budak-budak kecik umur 4 tahun pun dah solat dan ada telekung sendiri.
Betapanya family diorang mementingkan solat...

Time balik, singgah rumah kakak dia yang nombor 4, Kak Nor.
Singgah sebab nak tumpang solat maghrib je.

Masing-masing bergilir-gilir solat.
Dia adalah orang yang last pergi solat.
Time dia solat, Kak Nor hidangkan air teh o kat Kekna.
Masa tu la saat-saat Kekna disoal siasat oleh mak dia, Kak Nor dan kakak dia yang sorang lagi, Kak Ani.
Fuhhh.... berpeluh jugak nak menjawab tu.
Tapi Kekna jawab sejujur yang mungkin sebab Kekna taknak tipu apa-apa.

Rupa-rupanya dalam diam dia dah cerita sikit-sikit pasal Kekna kat family dia.
Patutlah masa diorang duk tanya-tanya tu, diorang macam dah tahu family Kekna cemana, kerjaya Kekna, attitude Kekna...

Dah settle semua, dia pun hantar Kekna balik ke rumah.

Tengah malam, dia mesej Kekna.
Katanya semua orang setuju.
Mak dan kakak-kakak dia semua suruh buat cepat.
Siap mak dia dah plan nak buat majlis situ sini...
Maing-masing excited. Huhu..

2 hari lepas dia ada bagitahu, kakak2 ipar dia dah stalk fb Kekna dan diorang setuju 200% kalau kitorang kawin bulan depan..
Bulan depan ok... Bukan tahun depan. Hahahah...
Kekna tersenyum je la bila dia cakap camtu.

Now, Kekna dah tak perlu risaukan pasal family dia dah...
Kekna cuma risaukan family Kekna je.
Family Kekna ni tough sikit.
Kekna tengah cari masa yang sesuai nak kenalkan dia pada parent Kekna.
Kekna mohon sangat reader semua doakan yang baik-baik dan semoga urusan kami dipermudahkan.

Kekna bukannya apa...
Kekna tertarik dengan dia sebab dia lelaki yang baik.
Dia tak ramai kawan dan bukannya jenis yang suka melepak-lepak.
Dunia dia hanya kerja, part time job dan family dia je.
Kalau dia keluar rumah pun, dia pergi rumah adik beradik dia.
Itupun bawak mak dan anak dia sekali.
Jarang sangat dia keluar sorang-sorang.
Kalau dia keluar sorang-sorang pun sebab dia pergi pasar beli lauk setiap hari Jumaat atau Sabtu.

Lagipun apa lagi yang Kekna nak dari dia?
Dia pun dah ada semua.
Rumah, kereta, moto.
Dia pulak kalau nak buat apa-apa keputusan, dia akan berbincang dulu.
Kat situ Kekna dah tahu dah, dia takkan membelakangi Kekna dalam apa jua benda.
Hatta pernah Kak Ayu nak menyewa rumah dia, dia bagitahu Kak Ayu yang dia kena berbincang dulu.
Rupa-rupanya dia nak berbincang dengan Kekna.
Dia tanya pendapat Kekna sama ada Kekna setuju ke tak nak sewakan rumah tu kat Kak Ayu; sedangkan kalau diikutkan itu rumah dia dan Kekna belum ada hak apa-apa atas rumah tu.

Sekarang ni Kekna mencari kualiti..
Kualiti dari segi perangai yang menyenangkan.
Muka hensem tapi perangai ntah apa-apa, tak guna jugak.

Apepun, Kekna mohon kalian doakanlah yang baik-baik untuk Kekna.
Semoga ALLAH swt membalas jasa baik korang semua.
Aamiin,..

19 September 2019

Dinner

Salam readers...

Dah banyak kali si bongsu ni tunjuk video beef steak kat dalam IG & FB.
Dia kata dia teringin nak makan tapi tak tahu kedai mana yang sedap.

Memandangkan selama ni Kekna dah banyak kali belanja family without dia (since dia bekerja shift dan selalu balik lewat malam), so Kekna decided untuk belanja dia makan time dia cuti.

Plan asal nak pegi ke Oliva sebab Kekna tengok review kat situ semuanya kata makanan sedap and worth it walaupun agak pricey.
Tapi by the time Kekna ke sana, ramai gile orang beratur nak makan kat situ.
So, tukar plan pergi ke Martion Steak House.

Dekat Martion pun ramai orang tapi tak seramai Oliva tadi.
Mungkin jugak sebab restoran Martion ni besar.
So, lebih banyak capacity customer yang boleh masuk.

Nasib baik ada meja kosong.
Kedai dia pun selesa dan bersih.

Time nak order, Kekna dah cakap kat adik.
Order je apa yang dia nak makan without tengok harga.
Sebab Kekna dah standby a lot of money untuk makan malam tu.
Yela, Kekna jarang belanja adik bongsu ni.
So, apa salahnya kalau Kekna belanja dia makan ape yang dia nak.

Knowing kedai yang jual steak ni, memang ada harga steak yang ratus-ratus dan ribu-ribu.
Banyak kali Kekna cakap, ambik je steak yang best.

Malam tu Kekna order aglio olio je.
Adik Kekna pulak pergi pilih steak yang dia nak kat dalam freezer.

"Adik pilih yang murah je.."

Ok, fine.
Ikut suka la dik.
Selamat sikit duit Kak Ngah. Hahah...


Ni la adik bongsu Kekna.
Shazrin namanya.
Adik yang tak pernah berkira langsung dengan Kak Ngah dia.






Seingat Kekna, Shazrin pilih T-Bone steak.
Harga lupa dah. 
Tapi tak sampai seratus pun.



Kekna ada rasa steak ni.
Sedap yakmattt uolls!

Sos dia sedap.
Steak pulak Shazrin request nak medium done dan memang sedap.
Lembut dan tak liat.
Memang berbaloi dan recommended.


Ni aglio olio seafood Kekna.
Biasa-biasa je.
Aglio olio Kekna lagi sedap kot.
Tapi boleh la makan.
3 out of 5 stars.


Kekna attach sekali menu dan harga makanan dekat sini untuk rujukan di masa akan datang.
Kot la lepas ni nak datang lagi, kan...
Boleh pilih sesiap makanan ape yang nak diorder.




















08 September 2019

Luah

Salam readers...

1st of all Kekna nak say thanks to those yang bagi komen positif kat posting Kekna sebelum ni.
Actually, ada yang komen, ada jugak yang pm tepi.
Thanks banyak-banyak.
At least Kekna tahu masih ada yang concern tentang Kekna.

Tatau la kenapa malam ni tangan Kekna ni gatal sangat nak menaip.
Tapi tak nak taip entri bergambar.
Padahal banyak je entri tertangguh.
Kisah anak sedara Kekna yang Kekna panggil Little Snowflake yang comel tu still tersadai kat dalam draft.
Sama jugak entri trip family ke Cameron Highlands.
Punnn tersadai kat dalam draft jugak.
Even, entri hari Merdeka pun terlupa nak update.
Malass nak sambung bercerita benda-benda tu.

Eh, kalau mood malas tu dah datang, jangan dipaksa itu ini.
Memang boo layan.

Tapi kan, usahkan entri bergambar... novel Kekna pun tak bergerak-gerak.
Duk la tersangkut kat babak ke lapan tu berbulan-bulan lamanya.
Takde mood nak mengarang.
Sampai kawan Kekna kat HQ tu bagitahu, berjanggut la tunggu novel Kekna di publish.
Hahha...

Jalan cerita confirm drama atau novel lain belum buat lagi.
Takde orang jahat tapi semuanya pasal kasih sayang.
Romantik, sedih, suspen,.. semua ada.
Perempuan jahat je yang tak ada.
Tapi tu la... bila bab kahwin je, mesti babak tu sangkut.
Kekna tak reti nak reka babak kahwin sebab Kekna sendiri pun belum pernah merasa alam perkahwinan.

Balik kerja dah penat.
Tak kuasa dah nak fikir panjang pasal babak dalam novel tu.
Nak dapat idea bukannya senang.
Kena perah otak bebetol.
Tengah-tengah malam time semua orang dah tido, time tu la idea mencurah-curah.
Kadang-kadang boleh pergi sampai 10 pages.
Tapi kalau time takde idea, nak dapat separuh page pun payah.

By the way, sebut pasal kerja la kan...
Lately memang Kekna bz bee like hell.
Jadual pack.
Weekend sukarela buat OT 3 weeks direct..
Cari duit lebih uolss..
Bukan sebab nak kahwin pun.
Tapi saje nak menyimpan untuk masa depan.

Lagipun Kekna tengah nak setup bisnes.
Insha ALLAH kalau takde aral melintang, paling awal bulan depan bisnes nak gerak atau paling lewat pun awal tahun depan.
Bisnes ape?
Kekna rahsiakan dulu ya.
Ini perancangan jangka masa panjang Kekna.
Dan Kekna tak run bisnes ni sorang-sorang.
Kekna ada bisnes partner lagi sorang.
Bab marketing dia memang power.
So kitorang berdua decided untuk lantik dia sebagai Chief Marketing & Sales dan Kekna pulak sebagai Chief Business Strategy and Product Branding.
Doakan semoga bisnes kitorang ni berjaya ye.

Even if bisnes ni berjaya, Kekna tak terfikir akan quit dari current job.
Sebab Kekna happy dengan kerja Kekna sekarang.
Walaupun agak busy, tapi Kekna tak rasa serabut.
Tapi Kekna lebih bersemangat nak buat kerja.
Mungkin sebab team Kekna sekarang ni best dan supportive.
Sayang nak lepaskan team camni.

Mesti korang fikir banyak betul plan Kekna, kan?
Novel la... bisnes laa... buat OT lagi...
Kekna ni tak reti penat ke ape?

Ok, plan Kekna senang je.
Selagi tak berlaki dan masih single dan belum terikat dengan sesiapa dan belum dikongkong sesiapa, lebih baik Kekna grab je peluang yang ada.
Manalah tahu hasil dari apa yang Kekna buat ni, Kekna boleh kumpul duit banyak-banyak dan lepas tu bolehlah Kekna mewahkan family Kekna dan tolong mana-mana adik beradik yang susah.
Tu motif Kekna dari dulu sampai sekarang.

Soal jodoh, Kekna dah pasrah.
Kalau ada, ada laa...
Kalau takde, entahlah. Mungkin Allah dah aturkan yang terbaik untuk Kekna.
Redha? Memang payah.
Dah fitrah manusia nak hidup berpasangan.
Tapi kalau cinta manusia yang bernama suami bukan milik Kekna, Kekna boleh buat apa?
Sekarang ni Kekna just mengharapkan ALLAH SWT membukakan rezeki seluas-luas alamNYA untuk Kekna supaya Kekna dapat tolong family Kekna.

Memang la family Kekna ni tak susah macam family lain.
Even kitorang ni dah terlebih makan dan terlebih pakai dah pun.
Tapi Kekna still tak puas nak mewahkan diorang.
Kekna nak jadi sampai tahap bila shopping tu dah takyah tengok tag harga.
Grab je apa yang diinginkan. Gituuuu...
Tinggi betul angan-angan ye.
Mentang-mentang la berangan tu free.. haha..

Btw, esok cuti.
So far Kekna takde plan apa-apa pun.
Duk rumah je la kot... kemas bilik, lipat baju, susun balik barang-barang dalam bilik.
Kekna sebenarnya takleh tengok barang-barang banyak.
Rimas.
Kalau barang banyak, kalau boleh semua tu Kekna nak sembunyikan kat mana-mana.
Nak buang, sayang.
Simpan, semak pulak mata ni menengoknya.
Jadi, lebih baik susun dan sorokkan kat mana-mana.
Yang penting, depan mata ni tak nampak semak.
Dah la most of the time Kekna melepak dalam bilik je.
Keluar bilik pun bila time masak, makan dan mandi je.
Korang ingat Kekna ni suka merayap sangat ke? Huh!

Korang plan ape pulak esok?
Duk rumah macam Kekna jugak ke?
Mihmihmih...



30 August 2019

Tentang dia yang memberi harapan palsu

Salam readers...

Hai gais...
Lama menunggu entri terbaru dari Kekna?
Sorry ye. 
Kekna busy sikit lately.

Kekna janji nak cerita pasal someone yang kononnya sedang terukir dalam hati Kekna kan?
Ok.. jom kita start (baca dalam nada Khairulming). Hehehe..

Perkenalan Kekna dengan dia yang Kekna namakan sebagai Zizie bermula pada akhir bulan Jun 2019.
Perkenalan yang tak disengajakan melalui dating apps kat dalam Facebook.
Katanya dia staff TM sama macam Kekna jugak.
Cuma Kekna di Kuala Terengganu, dia di Rawang.
Umur sebaya dengan Kekna tapi duda anak sorang.
Kekna tak kisah sangat status duda tu asalkan dia bukan boifren/ tunang atau suami orang.

Few times kitorang mesej, dia bagi no phone dia.
Dia kata mesej dekat whatsapp lagi best sebab dia tak layan sangat apps tu.
Masa tu Kekna tak bagi lagi nombor phone Kekna kat dia.
Takpe, kita jual mahal dulu.
Lagipun dia tak hensem dan bukan taste Kekna.
Jadi, no hal untuk Kekna hold dulu.

Tak lama lepas tu, Kekna terdetik nak mesej dia dekat whatsapp.
1st whatsapp, Kekna just ucap 'hi'.
And dia balas, 'Hi, orang TM'.
Terkejut jugak la sebab dia tahu siapa Kekna.

Since then, kitorang kerap mesej.
Kadang-kadang dia video call.
Pagi-pagi, dia temankan Kekna mekap nak pergi kerja sambil dia otw ke office.
Macam-macam kitorang sembang.

Awal pagi call, tengahari call, petang call, malam call...
Even time dia dekat rumah pun dia call Kekna.
Then, dia start add IG & FB Kekna pulak.
Kekna ada lah stalk acc dia tapi macam takde pulak yang mencurigakan.
Cumanya friendlist dia ni kebanyakannya perempuan.
Tapi takde pulak Kekna nampak dia reply komen-komen perempuan kat situ.
Gambar-gambar dia pun gambar sorang-sorang.
IG stories dia pun banyak dengan kawan-kawan lelaki.
So, Kekna yakin dia memang single father dan takde special girlfriend.

Tak lama lepas tu, dia mula start bercakap pasal kahwin.
Dia tanya time merisik Kekna nak apa, hantaran nak berapa..
Sejak tu conversation kitorang terarah kepada hal-hal kahwin.
Call je, cakap pasal kahwin.
Lepas tu cakap pasal job posting.
Dia kata dia willing nak pindah ke Kuala Terengganu lepas kitorang kahwin nanti.
Dia nak settledown dekat sini.
Kitorang plan nak beli rumah dekat sini.

Tup-tup dah 2 bulan kitorang kenal.
Sepanjang dua bulan tu, Kekna takdelah hati sangat dekat dia sebenarnya sebab kesan luka dengan lelaki sebelum ni masih ada.
Cuma Kekna ada cakap dengan dia, sebelum apa-apa Kekna nak dia jumpa parent Kekna dulu.
Kebetulan hujung bulan Ogos Kekna nak pergi ke Cameron.
So, dia kata dia akan jumpa parent Kekna kat situ.

Start dari tu, Kekna mula bukakan hati kat dia.
All went smooth until 1 day, dia kata dia tak sihat.
Biasanya Sabtu Ahad dia akan buat OT.
Tapi minggu tu dia cuti. Malas OT katanya.

Kekna pun ok je la..
Sometime Kekna mesej dia.. Lambat sangat dia reply.
Then Kekna video call, dia jawab macam biasa.
Dia mintak Kekna bagi ruang untuk dia rehat.
Dia tak nak diganggu sebab dia memang tak sihat sangat-sangat.
Dia just nak rehat, tergolek atas katil dan taknak keluar kemana-mana pun.

Kekna pun tak ganggulah dia sehari tu.
Kekna buatlah kerja ofis macam biasa.
Sampailah pukul 5 petang.
Kekna nampak dia post dekat ig story yang dia ada di Sogo tengah tengok buskers.
Kekna dah pelik masa tu.
Yela, tadi dia kata dia tak nak pergi kemana-mana.
Now, elok pulak dia pergi Sogo.
Sogo kott... tempat ramai orang.
Sakit-sakit pergi tempat ramai orang??

Kekna call dia, dia tak jawab.
Banyak kali Kekna call, last dia block.
Ok, something fishy!
Then, Kekna mesej. Dia bluetick.
Lepas tu mesej tinggal 1 tick je.
Ok, memang ada something wrong!

Kekna bertenang dulu dan balik ke rumah.
Sampai ke rumah, Kekna tengok dia reply mesej.
Dia kata dia tak nak gaduh sebab tu dia taknak jawab call Kekna tadi.
Kitorang gaduh tapi end up takde penyelesaian.

Perempuan kan ada sixth sense.
Kekna yakin dia keluar dengan perempuan lain tadi.
Kekna add few friends dia kat dalam ig.
Most of them approved tapi bila Kekna stalk, takde yang mencurigakan.

Until esok pagi, ada sorang kawan dia approve friend request Kekna.
Kekna tengok ig story perempuan tu.
Sogo!
Kekna stalk ig perempuan tu pulak.
Ok, most of the picture dekat ig perempuan tu sama tempat dengan gambar-gambar dalam ig Zizie.

ALLAH swt memang tolong Kekna.
Belum apa-apa lagi DIA dah tunjuk siapa Zizie yang sebenar.

Kekna pm perempuan tu..
Dia tua 5 tahun dari Kekna dan janda anak 4.
Rupa-rupanya dia dengan Zizie dah bercinta sejak tahun lepas.

Dan kakak tu cakap memang sejak Ogos, Zizie dah berubah dengan dia.
Dah takde morning call & late night call.
Contact pun jarang-jarang.
Dan based on ape yang kakak tu cakap, diorang dah nak kawin 02 Feb tahun depan.
Korang rasa???

Zizie pernah janji dengan Kekna yang dia akan kahwin dengan Kekna paling awal bulan 6 tahun depan atau bulan 12.
Katanya nak kumpul duit dulu.
Dia mampu kumpul RM500 je sebulan.
Kekna kata tak apa. Asalkan kumpul.
Tak cukup kita tampung sama-sama.

Kekna teringat semua harapan yang pernah dia tabur dekat Kekna sebelum ni.
Semuanya palsu!

Nasib baik Kekna tak sempat bawak dia jumpa mami dan daddy.
Kalau tak, mami & daddy pun diberi harapan palsu.

Surprisingly, Kekna tak rasa sedih langsung.
Menangis pun tak.
Kekna rasa nak tergelak.
Rasa macam drama kali ni drama bodoh sangat.

Yela, mungkin sebab Kekna baru je bukakan hati dekat dia.
Jadi takdelah rasa apa sangat.
Lagipun kitorang tak pernah jumpa lagi.
Setakat video call, mesej hari-hari je la...

Kekna tak tahu motif apa dia buat camni.
Dah ada girlfriend, tapi still cari perempuan lain.
Bagi harapan tinggi pulak tu.
Acah playboy sangat.
Memang lelaki muka sendu ni suka ajet-ajet playboy eh?

Tak sampai 1 hari pun, Kekna dah boleh move on.
Dah hilang semua perasaan sayang kat dia.
Ala... jawatan dia pun rendah dari Kekna.
So, takde hal la...
Bukan Kekna nak rendah-rendahkan dia ke ape.
Tapi bila dia buat camni, Kekna rasa Kekna tak rugi apa-apa pun.

Kekna terima kekurangan dan kelebihan dia.
Tapi dia yang sengaja cari pasal.
Kekna tak tahu siapa yang meninggalkan dan siapa yang ditinggalkan...
Sebabnya lepas dia kantoi tu, kitorang dah stop contact each other.
Dia ego? Dia tak tahu Kekna lagi ego.
Lagipun dia tu siapa untuk Kekna melulut merayu cinta dia?
Dia bukannya jutawan anak dato' ke apa.
Lebih baik Kekna pergi melutut merayu cinta Wan, budak muda anak dato kaya.
Dia berjawatan Managing Director dekat company oil & gas di Kerteh dan CEO company agro kat Kerteh jugak.
Lagi berbaloi walaupun Wan tu pun tak hensem. Manis tu ade la sikit bila dia senyum.

Kekna deserves better.
Ini yang Kekna pegang.
Kekna malas nak terlibat dengan drama tv3 pukul 7 tu.
Nak menangis merayu bagai untuk cinta lelaki yang awal-awal dah kantoi curang.

Lagipun benda ni bukannya kali pertama terjadi pada Kekna.
Banyak kali dah kot.
Dah tepu.
Dah terbiasa.

Sekarang ni kalau korang follow IG Kekna & kadang-kadang Kekna up story atau gambar Kekna keluar dengan lelaki, itu bukan bf baru Kekna.
Itu kawan adik Kekna yang Kekna rapat sekarang.
Lately dia kerap ajak Kekna keluar pergi jalan-jalan.
Dia single dan dia tahu sekarang ni Kekna pun tengah single.
Kalau ada apa-apa, memang Kekna luahkan kat dia je la.

Nak bercinta lagi?
Tunggulah dulu kot.



16 August 2019

Siapa dia?

Salam readers...

Ok, kita sambung entri sebelum ni.
Takyah dah nak bermukadimah panjang-panjang.
Tau dah korang taknak baca punya. Hehhe...

Perkenalan Kekna dengan lelaki dari negeri jiran adalah melalui officemate Kekna yang jugak kawan baik Kekna.
Officemate Kekna ni namanya Mirol.

Mirol yang bagitahu dia ada sorang kawan bujang yang still takde girlfriend.
Kekna yang mulakan perkenalan dengan lelaki tu dan lama-lama Kekna jadi TERsuka dengan dia.
Berbunga-bunga balik dah hati masa ni.
Terus lupa Mr.Awak.

Dia exec di TM tempat dia tinggal.
Kekna suka dia bukan sebab jawatan dia exec.
Kekna suka dia sebab perwatakan dia yang jarang sangat ada dekat lelaki sekarang ni.

Weken duk rumah, solat tak tinggal, susah nak communicate dengan perempuan.
Sangat kontra dengan Mr. Awak.
Dan Kekna rasa tenang dengan dia.

Pernah dia pergi kursus dengan Mirol kat KL.
Malam-malam diorang takde pun nak keluar kemana-mana.
Just duduk dalam bilik hotel je.
Makan malam pun order kat foodpanda je.
Kekna tahu pun sebab Mirol selalu update kat Kekna.

Birthday dia bulan Feb, Kekna pergi jumpa dia untuk celebrate sekali.
Kekna hadiahkan dia jam tangan.
Dia refuse nak terima sebab dia tahu jam tu mahal tapi Kekna bagi ikhlas.
Takde pun nak mintak balasan ke ape.

And Kekna happy dia pun suka dengan jam tu.
Jam tu jam tangan kayu.
Belakang jam tu Kekna engrave nama Kekna.
Kotak jam tu pulak dari kayu jugak, ada gambar dia terukir atas kotak tu.
Memang rare.

Kisah kitorang berdua ni 1 ofis tahu termasuklah bos Kekna sendiri.
Semua orang support kitorang.
Semua orang mendoakan yang baik-baik.
Sebab lelaki tu baik & officemate pun tahu Kekna jenis setia camni.
Dan mami pun dah tahu pasal kitorang, cuma mami tak tahu serius tahap cemana kitorang ni.

1 day, parent Kekna pergi umrah.
Kekna kirim doa kat parent pasal kitorang berdua.
Mintak dikekalkan jodoh kitorang sampai bila-bila.
Minggu kedua parent Kekna ke Mekah, Kekna kat sini pergi benchmark ke Johor dengan officemates Kekna.

Masa tu la Kekna start rasa kitorang ni makin renggang.
3 hari Kekna kat Johor, 3 hari tu la Kekna tak tenang.
Dia kerap online whatsapp tapi dia tak mesej pun Kekna.
But still Kekna berhusnuzon.
Kekna fikir dia mungkin mesej pasal barang-barang vintage yang dia suka beli dengan kawan dia.

Sampailah malam Kekna balik dari Johor, Kekna call dia.
Biasanya dia jawab dan kitorang akan bergayut phone dari pukul 9 malam sampai 12 atau 1 pagi.
Everyday kitorang bergayut lama camtu.
Tapi malam tu, dia tak jawab call Kekna. 1st time ever!
Kekna dah start rasa lain.
Kekna check whatsapp dia, elok pulak dia online.
Malam tu Kekna tidur dalam keadaan tak tenang.
Ada something wrong somewhere dengan relationship kitorang.
Pompuan kan ada sixth sense. 
Kekna dah mula fikir lain.
Hati Kekna kuat kata yang dia dah ada orang lain.

Esoknya pergi kerja, Kekna terus mengadu kat Mirol.
Mirol menafikan.
Mirol yakin lelaki tu takde sape-sape melainkan Kekna sebab lelaki tu selalu update Mirol semua.
Kekna start rasa lega balik.

Tapi hubungan Kekna dan lelaki tu tetap renggang.
Kitorang dah tak bergayut macam awal-awal perkenalan dulu.
Kalau mesej pun, lambat-lambat je dia reply.

Sampailah 1 masa tu Kekna tanya dia kot dia ada tertarik dengan mana-mana perempuan lain.
Mula-mula dia mengelak dan cakap Kekna ni baik dan caring.
Tapi Kekna desak minta dia mengaku.
Sebab Kekna rasa macam Kekna dah ready nak undur diri if betul dia dah ada orang lain.

Dia memang seorang yang jujur.
Dia mengaku dia kenal dengan orang lain jugak tapi tak anggap apa-apa.
Dia berkawan semua sebab nak kenal hati budi.

Danggg!!!
Again, heart broke!


Then dia cakap, Kekna ada kelebihan. Perempuan lain tu pun ada kelebihan jugak.
Dia cakap lagi Kekna ni dalam senarai pilihan dia jugak.

Allahu...
Kekna nangis. 
Dari situ Kekna dah tahu dah yang Kekna ni option je bagi dia.
Dia tengah timbang tara untuk pilih siapa.

Dia dah tak nampak ape yang Kekna pernah buat kat dia selama ni.

Kekna selalu bagi sokongan kat dia time dia down pasal result KPI dia yang tak memuaskan.
Kekna selalu tolong dia buat kerja ofis.
Buat tutorial kat dia tentang sistem TM yang dia tak tahu.
Curahkan idea kat dia supaya dia dapat deliver kerja dengan baik.

Tapi semua tu macam takde makna langsung dah bagi dia.

Lepas tu Kekna amik keputusan untuk berundur.
Takpelah.
Dia pilihlah yang lain tu.

Masa tu Kekna dah terbayang-bayang dah muka setiap orang dalam ofis tu yang banyak mendoakan kami.

Paling Kekna sedih, daddy sanggup panjat Bukit Jabbal Rahmah pukul 3 pagi setiaphari sebab nak mendoakan Kekna dengan lelaki tu.
Allahu akbar!

Kekna nangis depan Mirol sampaikan Mirol terpaku tatau nak buat apa.
Since that, hari-hari Kekna nangis sebelum tido.

Ni salah satu sebab kenapa Kekna malasss sangat nak update blog.
Kekna lalui situasi yang sangat teruk sampaikan Kekna hampir-hampir jadi kemurungan.

Kat ofis Kekna terpaksa pura-pura happy sebab taknak officemates tahu pasal hubungan tak menjadi kitorang ni.
Tapi balik rumah, Kekna jadi macam sasau.
Menangis, termenung.


Sampailah Kekna mintak tolong bff Kekna nama Wahida untuk bawak Kekna jumpa ustazah.
Kekna nak berubat.
Kekna takleh terus-terusan murung camni.

Kekna selalu up status sedih kat fb dan ig.
Mungkin ada yang perasan sampaikan ramai yang pm bagi kata-kata semangat.
Masa tu Kekna sedar, bukan cinta lelaki sahaja yang membahagiakan.
Cinta dari kawan-kawan sekeliling pun sebenarnya dah cukup.

Kekna mula dekatkan diri dengan ALLAH.
Setiap kali lepas solat Zohor, Maghrib dan Isyak, Kekna akan buat solat hajat mintak kekuatan.
Masa tu, setiap kali solat je mesti Kekna menangis.
Bukan menangis mengalir airmata je tau.
Tapi menangis teresak-esak.
Tak tahu la solat tu sah ke tak.
Masa tu memang sedih je manjang. Benda tu memang takleh control, kan...
Ada masa Kekna baca yassin walaupun kadang-kadang tak dapat habiskan pun.

Kekna pernah menangis dalam keadaan bersujud atas sejadah.
Tertido atas sejadah pun pernah sebab penat sangat menangis.
Dia punya down tu ALLAH je yang tahu.


Masa mami balik dari umrah, soalan pertama yang mami tanya bila bertentang mata dengan Kekna,

"Cane mu dengan dia?"

Mata mami penuh pengharapan masa tu.
Kekna tahu dia berharap sangat Kekna kahwin.
Soalan mami tu Kekna biar tak berjawab.
Kekna just sengih.

Kekna tahu Kekna susah nak move on kali ni.
Sebab hati Kekna yakin dia seorang lelaki yang takkan curang.
Lagipun kitorang happy je.
Takde pun gaduh ke ape.
Even sebelum pergi Johor tu, kitorang sembang macam biasa je.
Kekna jadi blurrr bila tiba-tiba dia buat macam ni.
Dia buat Kekna tertanya-tanya kat mana salah Kekna.
Nak kata mengongkong, tak.
Nak kata cakap lepas pun tak.
Kekna rasa Kekna dah buat yang terbaik dah.

Bos Kekna pulak tak tahu apa-apa.
Dia ingat Kekna masih berkawan dengan lelaki tu.
Dia selalu forwardkan gambar lelaki tu kat whatsapp.
Setiap kali Kekna tengok gambar lelaki tu, hati Kekna jadi sayu.
Sayu sebab terkenangkan bukan nama Kekna yang ada kat dalam hati lelaki tu.

Lama-lama Kekna sedar yang dia bukanlah jodoh Kekna.
Doa mami dan daddy kat Jabbal Rahmah tu pun Tuhan tak boleh nak tunaikan sebab awal-awal lagi di Luh Mahfuz dah tertulis jodoh Kekna bukan dengan dia.
Sebab tu kitorang boleh renggang masa mami dan daddy pergi umrah.
Allah dah rancangkan benda lain untuk kitorang berdua.

Dia jumpa perempuan lain beberapa minggu selepas dia mengaku kat Kekna yang dia kenal dengan orang lain.
Nampak serasi dan sesuai.
Mungkin itu jodoh dia.
Kekna happy untuk dia. 
Takde sekelumit dendam pun dalam hati Kekna pada dia.
Sebab dia baik. 
Banyak kali dia mintak maaf sebab kecewakan Kekna.
Dan Kekna dah maafkan dia.


Dah dia bukan jodoh Kekna, nak buat cemana.
Takkan sampai tahap nak berdendam pergi jumpa bomoh bagai, kan?
Bukan cara Kekna nak buat benda-benda tak berfaedah camtu.

Kekna tahu perkenalan Kekna dengan dia ada hikmahnya.
Cuma hikmah yang baik tu tak berpihak kepada Kekna tapi lebih kepada dia.
Hadirnya Kekna dalam hidup dia sebagai pemberi sokongan disaat dia down, tolong bagi dia idea cemana buat kerja efektif, tolong dia buat apa yang dia tak tahu...

Bila semuanya dah ok, Tuhan humbankan balik Kekna ke tempat asal.

Memang struggle nak lupakan dia.
Siap pernah bermimpi dia sebanyak 2 kali.
Memang dalam mimpi tu nampak jelas muka dia.

Takpelah. Sekarang ni, lepas beberapa bulan berlalu... Kekna dah redha dah.
Kekna tahu lepas ni memang susah Kekna nak terima orang lain.
Tapi tu laa....
Ni la yang orang cakap,

"Kita hanya merancang. ALLAH swt yang tentukan."

Tiba-tiba saja akhir bulan Jun 2019, Tuhan memperkenalkan Kekna dengan seorang lelaki.
Lelaki yang sekarang ni nama dia terukir dalam hati Kekna.


Sorry gais!
Korang kena tunggu next entri untuk lelaki baru ni pulak ya!
Ahaksss!




Kembali

Salam readers...

Just a 20¢ update merepek dari Kekna.
Yela.. ramai yang request Kekna buat entry. 
Kesian pulak kalau tak tunaikan.
Kebetulan malam ni takde apa yang Kekna nak buat.
Nak tengok movie kat fmovies tapi tatau dah nak tengok movie ape.
Setiap malam Kekna tengok movie dalam laman web tu sampai rasanya semua movie best Kekna dah tengok.
Padan duk tergolek je atas katil camni, tak best laa pulak.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa Kekna lama sangat tak update belog.
Bukan tak rindu nak menaip tapi Kekna malas la uolss!
Nak menaip kena ada mood.
Kalau takde mood, bahasa pun akan jadi tunggang langgang.

Ok, now.
Meh Kekna update sikit pasal diri Kekna.

Macam yang korang tahu, Kekna dah bekerja di Kuala Terengganu since Dec 2017.
Balik pun sebab daddy kena vertigo dan mami pujuk Kekna suruh balik kerja kat sini.
Then, Kekna berkorban.
Dari seorang secretary kat TM HQ, Kekna mintak transfer ke TM Trg.
Jadi laa staff sokongan biasa.
Kekna tak kisah pun sebenarnya sebab gaji tak berusik dan band (gred)  Kekna pun masih sama.

Hari ni 16 August 2019, maknanya dah 1 tahun 9 bulan Kekna bekerja kat sini.
So far so good.
Kekna happy kat sini.
Punyalah rasa happy tu sampai sanggup buat OT 2 minggu berturut-turut..
Sikit pun tak rasa lelah. Hihi

Btw, Kekna still single uolss!
Haha...
Tau dah.. benda ni yang korang ternanti-nanti Kekna update kan?
Hahahah..

Jodoh... manalah kita boleh tahu bila jodoh kita sampai dan siapa jodoh kite tu.
Jangan kata Kekna ni memilih.
Lempang kang!


Sebelum ni Kekna selalu update pasal Mr. Awak, kan?
Sorry banyak entri pasal dia yang Kekna dah hide.
Sape yang sempat baca tu, sempat laa..

Kekna dah putus dengan dia bulan Nov 2018.
Kenapa putus?
Dia sendiri yang nak.
Dan Kekna pun taknak dah dengan dia.
Baru 3 bulan dengan dia rasa macam terlalu menyeksakan.
Kalau dah hari-hari menangis, cinta amende camtu kan?


Kekna ni jenis yang loyal.
Kalau dah sayang, Kekna sayang betul-betul.
Kekna dah tak pandang orang lain.
Dan silap Kekna, Kekna expect dia pun sama.

A guy yang good looking & sweet talker macam dia memang agak mustahil untuk setia.
Ramai perempuan yang kejar dia dan dia layan semua.
Memang Kekna frust sampai tahap down nak buat kerja pun tak boleh.

Siapa yang tak frust bila boifren duk panggil perempuan lain 'dear'?
Tak cukup dengan tu, ajak keluar tengok wayang, dinner.
Walaupun kitorang jauh, itu bukan sebagai tiket untuk dia buat camtu.

Tapi Kekna boleh move on sekejap je dengan dia.
Sebab bagi Kekna tak worth it merana kerana dia.
Sebab dia takde apa-apa.
Dia duda anak dua.
Dia orang susah. Ada kerja tapi still ada masalah kewangan.
Setakat ada rupa, bukannya mengenyangkan pun.

Kekna bukannya jenis betina materialistik sangat tapi kita semua kena sedar yang duit sekarang ni memang penting.
Nak makan, keluar duit.
Nak pergi jalan-jalan, guna duit.
Nak beli barang-barang keperluan rumah, pakai duit.
Anak nak sekolah, minyak kereta, tol,.. etc...
Semuanya nak pakai duit.
Kalau takde duit, tak ke pening kepala?

So, Kekna fikir positif.
Bukan Kekna yang rugi bila hubungan kitorang tak menjadi.
Dia yang rugi sebab tak pandai menghargai.
Dan hubungan toxic macam ni yang Kekna taknak.
Takkan la sampai bila-bila nak hidup dalam sakit hati.
Ye tak?

Hikmah perkenalan Kekna dengan dia pun still Kekna tak nampak sampai sekarang.
Cumanya Kekna berhusnuzon, mungkin ALLAH swt nak uji kekuatan & ketabahan hati Kekna masa tu.
Alhamdulillah Kekna tak terfikir nak buat benda yang bukan-bukan.

Then, sebulan lepas putus dengan dia tu Kekna dah fully healed!
Masa tu Kekna dah start kenal dengan sorang laki bujang dari negeri jiran.

Jeng jeng!
Yang ni korang tunggu next entri k...