30 June 2018

Janji Melayu

Salam readers...

Melayu dan menepati masa seolah-olah satu sifat yang berlawanan.
Orang Melayu sekarang macam takde sense of urgency.
Kekna perasan memang susahhh sangat nak jumpa orang-orang yang tahu menepati masa melainkan ahli keluarga Kekna.

Serius wehh..
Kekna kenot brain kenapa ramai orang Melayu bersifat macam ni.
Macam susahhh benor nak menepati masa.

Mujurlah sejak kecik lagi daddy memang dah ajar kekna dan adik beradik untuk menepati masa.
Kalau orang nak jumpa pukul 2pm, paling lewat pukul 1:55pm Kekna dah terpacak kat tempat nak berjumpa tu.
Jangan biar orang menunggu. Kita tunggu, tak apa.
Gitu kekdahnya.

Teringat masa hari Kekna dirisik dulu.
Disclaimer : Kekna share cerita ni bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi just to share my experience dengan orang yang tak menepati masa.
Masa hari Kekna dirisik beberapa tahun lepas.
Belah lelaki kata nak datang lepas Zohor dalam pukul 2 macam tu.
Menunggulah Kekna dan family kat rumah.
Mami siap masak nasi ayam special kat diorang kononnya nak lunch sesama.
Dari pukul 2 tunggu, tak sampai-sampai.
Pukul 3 pun tak sampai jugak lagi.
Kekna mesej, pastu bakal tunang (sekarang ni dah jadi bekas tunang) bagitahu dah otw.
Pukul 4 pun tak sampai lagi.
Kekna dah pelik kenapa tak sampai lagi? Kata dah otw tadi.
Takkan la jauh benor Bukit Payung tu dengan Losong ni.
Masa tu mami dah start tanya, kat mana belah lelaki ni? Kenapa tak sampai lagi?
Jadi datang ke tak?
Kekna tak mampu nak jawab apa-apa.
Daddy dah start lapar sebab tak makan tengahari lagi.
Orang lain pun sama. Kekna pun lapar jugak sebab belum lunch.
Perut ni dah hampir-hampir nak gastrik dah.
Masa tu memang hati dah bengkak.
Menyampah pun ada.
Dah janji pukul 2, datang la pukul 2!
Dah la melibatkan family Kekna. Kalau Kekna sorang tak melibatkan orang lain, takpelah.
Tapi Kekna sabar je.
Dekat Asar barulah diorang sampai dalam pukul 4:30 macam tu.

Rupa-rupanya memang la pukul 2 tu belah lelaki dah otw.
Tapi bukannya otw ke rumah Kekna.
Diorang pergi ke bandar untuk beli kek & buah.
Time tu jugaklah nak gubah semua.
Lorhhh.... sehari sebelum tu buat apa??
Kalau tak sempat beli kemarin, kenapa tak keluar pergi beli pagi tadi?
Kenapa perlu keluar pukul 2 tu??
Siyes kenot brain sungguh masa tu.
Same goes masa kitorang plan nak balik dari KT ke KL sama-sama.
Masa tu kitorang berdua still kerja kat KL.
Time tu pulak beberapa hari selepas raya cina.
Dia janji nak datang amik Kekna pukul 8 pagi.
Kekna pun setuju kitorang balik awal sebab takut jalan jem.
Tut-tup pukul 2 petang barulah dia datang fetch Kekna kat rumah.
Alasan dia, pagi tadi adik dia sibuk ke pasar.
Adik dia pulak nak tumpang balik ke UPM sekali.
Kepantangan Kekna kalau orang lambat tapi tak bagitahu sepatah pun.
Bayangkan Kekna tunggu dari pukul 8 pagi tapi pukul 2 petang baru Kekna nampak batang hidung dia.
6 jam kot bodo bodo je menunggu.
Tu tak kire lagi Kekna kena bersengkang mata bangun awal. 
Disebabkan bertolak lambat tu la, Kekna sampai kat rumah Kekna @ Bangsar tu pukul 3 pagi.
Bayangkan laaa dari KTrg pukul 2 petang, pukul 3pagi baru boleh tergolek kat rumah sebab jalan jem dan dia pulak bawak slow motion je.
13 jam perjalanan! Kematu bontot wehh duduk dalam kereta.
Dah la esok nak bekerja pulak.
Last last esoknya Kekna amik EL sebab badan sakit-sakit.
Tapi dengan bekas tunang dulu memang Kekna tak cakap banyak.
Langsung tak bising sebab Kekna respek dia sebagai tunang Kekna.
Uihh... sabar betul Kekna masa tu.

Itu kes dengan bekas tunang.
Dengan sesama rakan ofis pun ada jugak.
Meeting start pukul 10 pagi.
Pukul 9:55 pagi barulah terhegeh-hegeh nak pergi toilet la, nak kemas tudung la...
Sepatutnya pukul 9:55 pagi tu dah terpacak kat dalam bilik meeting kot.
Masa tu Kekna jadi secretary of coz la berdebar kalau staff tak masuk dalam bilik meeting lagi sedangkan bos dah terpacak kat dalam bilik meeting tu.
Yela, kalau bos marah, dia akan marah kat secretary dulu.
Tak pepasal Kekna kena marah disebabkan orang lain.
Weh, kat mana rasa tanggungjawab korang terhadap kerja?

Kalau dengan kawan-kawan pulak, janji nak jumpa pukul 5 petang.
Tapi pukul 5 petang, barulah si kawan tu terhegeh-hegeh nak keluar rumah.
Belum lagi campur jalan jem ke ape.
Kekna yang sampai awal ni terpaksalah menunggu sejam dua.

Fuhhh... bila sebut pasal ON TIME ni, orang Melayu memang fail lah!
Jarang sangat nak jumpa orang Melayu yang tahu menepati masa.
Susah sangat nak jumpa orang Melayu yang faham sense of urgency.
Urgency ni bukan saja bila ada sesuatu emergency tetapi semua benda pun kena ada urgency.
Macam mana melayu nak maju kalau asyik lembab je.
Sampai bila melayu nak jadi Layu?
Kekna pun pelik kenapa susah sangat Melayu nak menepati masa?
Adakah mati kalau menepati masa tu?
Ke boleh jadi koma atau stroke kalau menepati masa?

Tak rasa ke masa itu emas?
Tak rasa bersalah ke buat orang lain menunggu?
Tak rasa loser ke membazirkan masa orang lain?
Tak rasa ke diri tu melampau sebab buat orang ternanti-nanti?
Tak rasa diri tu bodoh ke benda senang seperti menepati masa tu pun gagal untuk diamalkan?
Acu explain sikit... 


25 June 2018

Kesah Aidilfitri - Day 4

Salam readers...

Sekejap je dah masuk raya keempat.
Cepat nau masa berlalu.
Raya keempat ada 3 buah rumah terbuka yang Kekna pergi.
1st rumah uncle Kekna sebelah daddy, Pak Alang.
Rumah Pak Alang ni tak jauh dari rumah family Kekna. 
Dalam 2km gitu je.
Sebab itulah kitorang ke sana dulu sebelum pergi rumah lain.


Masa ni sebenarnya Kekna dah start demam & selsema.
Mula-mula taknak pergi jalan-jalan tapi kesian pulak kat anak-anak Abang Yu.
Kak Ejam dah start bekerja, jadi Kekna yang gantikan tempat Kak Ejam untuk temankan Alyssa & Amisha beraya.

Demam-demam pun Kekna tetap berselera makan kat rumah Pak Alang tu.
Pak Alang buat nasi beriyani, bihun soto dan bihun goreng. 
Sedap!
Bebudak ni duk membahan Kekna je hari tu.
Dia kata baju Kekna tu penyapu lantai...
Hoiiii.... baju vogue macam ni dia boleh kata penyapu lantai??

Mana taknye, labuh nau.
Memang baju tu labuh. Takdan nak pergi upah potong.
Tukang jahit dah taknak terima upah potong time dekat nak raya sebab diorang dah sibuk fokus nak siapkan tempahan baju raya orang je.
Nak tak nak, punyalah nak berflora sangat aritu, Kekna pakai je la baju ni.
Bebudak yang jumpa Kekna aritu semua puji cantiknya baju....
Heyy, budak-budak tak pandai menipu tau!
Tapiii.... baju je la yang cantik. Tuannya takde orang puji ponggg...  -__-

Rumah kedua, kitorang serbu ke rumah sepupu Kekna nama Lieya.
Lieya ni pemilik kedai Maryam Sofea Kosmetik kat Bangunan Paya Keladi.
Kat rumah Lieya ni sempat la Kekna bergambar sekeping dua.
Nak bergambar dengan tuan rumah, tak sempat sebab tuan rumah sibuk dekat dapur.







Haa... mana satu pilihan hati?
Hehehehe...

Balik dari rumah Lieya, Kekna sempat bergambar di Muzium Negeri Terengganu dan buaian Taman Tamadun Islam.
Dah lama tak jejak kaki ke Muzium ni.
Demam-demam pun Kekna gagahkan jugak berphotoshoot kat tengah panas.
Ate cam-whore. Hehehe...






Ada banyak sebenarnya gambar tapi malas nak edit. Hehehe...
Pergi follow IG Kekna : nuradiana.aziz, dan/atau
FB Kekna : Nuradiana Aziz
Kat situ cepat sikit Kekna upload gambar.
 Gambar lain pun masih banyak yang Abang Yu tak forward kat Kekna lagi.

Dalam pukul 5 petang, kitorang ke rumah mak sedara Kekna sebelah mami pulak, Cik Ton.
Cik Ton pun duduk dekat flat Hiliran tu je.

Disebabkan bergambar tengah panas dekat Muzium dan Taman Tamadun Islam tadi, badan Kekna jadi makin lemah.
Cik Ton hidangkan mee dan bihun bandung.
Lepas makan, Kekna mintak izin Cik Ton untuk baring kat dalam bilik.
Kekna sendiri pun tak sedar bila Kekna terlelap.

Family Kekna memang rapat dengan sedara mara sebelah mami.
Sebab tu kitorang tak kisah sangat nak tergolek terlentang pun.


Kekna sempat snap gambar mami dengan Ma dan Cik Ton.
Cik Ton yang duk tengah pakai baju merah tu.
Ma pulak yang pakai baju kuning.
Ma tu la mak sedara Kekna tauke Maimai Carpet kat Pasir Panjang tu.

Ini pun tak cukup korum adik beradik mami.
Ada 2 orang yang tak cukup.
Cik Rus balik Kelantan ikut laki dia balik kampung sebelah sana.
Ayah Su Mat pulak dah datang awal.
Time orang lain sampai, dia dah pun balik.
Cenggitu la adik beradik bila dah kahwin.
Susah dah nak berkumpul jumpa ramai-ramai...
Yela, masing-masing ada urusan sendiri.
Harap-harap Kekna dan adik beradik nanti taklah jadi macam ni.

Dah malam, barulah balik ke rumah.
Yela, masing-masing pakat tengok cerita pukul 7 tv3 tu sama-sama.
Hahahahah...
Seronok jugak tengok tv ramai-ramai ni.

Raya keempat ni adalah raya terakhir Kekna tahun ni.
Masuk je raya kelima, Kekna dah tak larat sangat dah.
Memang terbongkang je tido kat rumah sedangkan orang lain masih sibuk attend open house sana sini...
Nanti Kekna share cerita kat next entri ya...




24 June 2018

Kesah Aidilfitri - Day 3

Salam readers...

Kekna sebenarnya takde banyak gambar raya ketiga ni.
Time pakai baju lawa, kemain datang perasaan malas nak amik gambar.
 Padahal baju raya ketiga ni la yang Kekna ternanti-nanti nak pakai.
Sebab bajunya murah je Kekna beli tapi lawa.


Raja dan Ratu hati Kekna.
Walaupun Kekna suka melawan cakap kekadang, tapi diorang tetap priority Kekna.
Sebarang keputusan yang Kekna buat, Kekna akan fikirkan diorang dulu.
Kalau Kekna makan sedap-sedap, next mesti Kekna akan bawak diorang pergi makan kat situ jugak.
Kalau Kekna nak pergi ke mana-mana, Kekna akan bawak balik buah tangan kat diorang walaupun buah tangan tu murah-murah je.
Kekna balik ke KT ni pun sebab diorang jugak.



Caya tak kalau Kekna cakap baju Kekna ni harganya RM75 je sehelai?
Bajunya RM35, skirt pulak RM40.
Kain moss crepe uolls.
Dah la design cantik & moden.  Baju peplum.
 Cuma disebabkan bajunya plain je, Kekna beli beads masa jualan kat Stadium Negeri KT.
RM12 je satu set
Kekna beli 3 set RM36.
So, total 1 set baju ni baru RM111.
Murah kan?
Berbaloi sangat.
Beads tu Kekna tampal kat bahagian depan pinggang.
Terus nampak vogue the vass gitu kan?

Raya ketiga Kekna just pergi 2 tempat je.
Kekna dan family keluar pun dah tengahari dah masa tu.
Pergi rumah terbuka sepupu Kekna sebelah daddy di Padang Midin.

Pergi dalam keadaan lapar sebab tak breakfast pun.
Bila sampai je rumah Kak Nor, ternampak bihun goreng Singapore dia.
Apelagi, terus serbu bihun je la... Ate perut tengah lapo.
Dapat pulak bihun sedap cenggini....👍👍👍
Kak Nor memang pandai buat bihun Singapore.
Dia ada amik tempahan.
Kalau nak tempah dengan dia, pm Kekna.
Nanti Kekna bagi nombor phone dia.

Lepas makan bihun, Kekna makan pulak kek lapis.
Raya kali ni asyik serbu kek lapis je.
Jangan la lepas ni perut jadi berlapis-lapis pulak. Heheeh...

Masa raya ketiga ni Kekna rasa lemau sikit sebab dah start rasa tak sedap badan. 
Mungkin sebab penat buat open house raya kedua tu tak hilang lagi.
Kekna ni pun sejenis tak boleh penat melampau.
Mesti akan demam lepas tu.
Kalau demam sikit-sikit takpelah jugak.
Ini kalau melibatkan tonsil, melepekk je la jawabnya.

So, masa hari raya ketiga tu Kekna dah start selsema dan badan panas on off.
Lepas balik dari rumah Kak Nor, kitorang 1 family pakat berkumpul di rumah Abang Yu kat Hiliran.
Abang Yu belanja pizza hut.
Gambar kat rumah Abang Yu pun takde sebab Kekna duk tergolek je dalam bilik.
Orang lain sibuk tengok tv.
Abang Yu bukak movie KL Polis Evo.
Kemain memasing enjoy tengok cerita tu ramai-ramai.

Malam barulah balik ke rumah Losong.
Dah sampai kat rumah, Kekna buat game pulak.
Game tikam duit raya.

Masa bulan puasa aritu, Kekna ada tukar banyak duit raya.
Jadinya masa buat open house tu, Kekna dah bagi duit raya kat semua yang layak.
Amboiii... siap yang layak tu.... hehehehe...
Yela, yang besor besor tak dapat la duit raya tu.
Bagi yang kecik-kecik je.

Kekna tengok ada banyak lebihan duit yang Kekna tukar aritu.
Sebab tu datang idea Kekna untuk buat game tikam ni.
Semua orang terlibat dengan game ni.
Daddy, mami sampailah anak-anak sedara.
Kak Long, Abang Yu dan ipar duai semua join.
 Yang No.1 tu grand prize.
Mula-mula Kekna nak buat 5 keping ada duit, 6 keping lagi 'Sila cuba lagi tahun depan'.
Tapi tak sampai hati pulak.
So, Kekna buat semua orang akan dapat duit berlainan amount.
Cumanya ada 6 keping yang dapat RM1. Heheheh...

Game ni Kekna buat cenggini.
Kekna koyakkan kertas kecik-kecik.
Setiap kertas tu ada nombor masing-masing. No.1 sampai no.11.
Kemudian, kertas-kertas tu Kekna gulung satu-satu.

Lepas tu Kekna amik sampul duit.
Kat dalam sampul duit tu Kekna tulis amaun yang si tikam tu akan dapat.
Duit akan ditebus dengan Kekna lepas habis game.
Takleh letak duit terus kat dalam sampul ni sebab nanti orang akan dapat detect sampul mana yang tebal.
Bijak tak? Heheheh...

Then, 1 family Kekna berkumpul kat tengah-tengah ruang tamu.
Then Kekna baling kertas-kertas yang Kekna gulung tadi.
Berebut la masing-masing.
Masa ni memang kelakar sebab kecoh kan... Hahahah...

Dah dapat nombor masing-masing, diorang cabut la sampul duit yang Kekna tampal atas kertas keras tu.
Masing-masing pakat gelak bila tengok amaun yang diorang dapat.
Ada yang dapat RM10, ada yang dapat RM8, RM5, RM2.
Yang dapat RM1 memang kena bantai gelak. Hahaha...
Grand prize Kekna bagi RM15.
Lepas tu, diorang pakat redeem dengan Kekna duit tu.
Amisha yang dapat grand prize.
Rezeki dia la kot sebab dia yang tolong Kekna gulungkan kertas.
Dia cakap dia berdebar sebab sampul no.1 tu lain dari yang lain.
Dia ingat dia sorang je yang takkan dapat duit tu.
Menjerit dia bila dia dapat RM15. Hahahaha...

Sumpah happening bila buat game macam ni.
Rasanya setiap tahun kot Kekna nak buat game macam ni.
Kalau tak, raya rasa macam hambar je kan...

22 June 2018

Kesah Aidilfitri - Day 2

Salam readers...

Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba.
Kenapa Kekna kate hari yang ditunggu-tunggu?
Sebab pada hari raya kedua inilah buat kali pertamanya family Kekna buat open house sekali harung.
Mesti korang tak faham maksud Kekna kan?

Ok, meh sini Kekna explain.
Sebelum sebelum ni family Kekna selalunya tak buat open house.
Kalau buat pun hanya orang-orang tertentu je yang diajak.
Bukannya sebab nak pilih kasih ke ape.
Bajet tak cukup uolss..
Yela sedara mara Kekna ni ramai.
Beratus-ratus orang.
Kalau buat makan, maunya beratus-ratus ringgit nak menanggung.

Selama ni kalau ajak pun sebelah mami je.
Itupun dah bermacam-macam request yang diorang mintak.
Dihidang air sejuk, nak air panas pulak.
Dihidang nasi, nak keropok pulak.
 Letih memang la letih. Kekadang tu annoying jugak.
Tapinya semangat hari raya tu menutup semua kekurangan.
Happy sebab berkumpul ramai-ramai.
Bergosip, bersembang...

Kali ni Kekna nak elak benda-benda merepek tu berlaku lagi.
Disebabkan jugak raya kali ni adalah raya kali pertama Kekna menetap sepenuhnya di kampung, kebetulan pulak Kekna memang ada duit lebih, Kekna decide untuk buat open house ni sekali harung.
Panggil semua sedara mara sebelah mami & daddy dan kawan-kawan pejabat.
Senang.

Plan asal Kekna nak tempah nasi minyak je.
Tapi bila mami dan daddy Kekna pergi survey, diorang kata mahal.
Segantang nasi minyak RM380. 
Itu kalau beras biasa.
Kalau nak beras basmathi, RM420 segantang.
Kekna sebenarnya tak kisah pun sebab memang Kekna dah allocate duit sesiap untuk open house ni.
Masa bincang nak buat open house aritu, adik beradik Kekna yang SENANG semua buat diam, buat tatau je bila Kekna cakap masing-masing kena contribute sikit.
Kekna malas nak cakap banyak.
Kalau kau memang susah takde duit, faham la jugak. 
Ini kau ada duit kot.
Kau tak nak contribute, takpe.
Next time giliran kau nak buat apa-apa, aku takyah contribute apa-apa jugak.
 Kalau benda kecik macam ni pun taknak sepakat, susah laa...

Sebab tu la masa hari majlis tu, orang tanya guna modal siapa buat majlis ni, Kekna jawab je,
"Saya 100%. Saya tak guna sesen pun duit orang lain".
Jujur la kan...

Ok, berbalik pada cerita awal.
Mami rasa harga untuk tempah nasi minyak tu terlalu mahal.
Sayang duit katanya.
So, dia decided untuk masak nasi ayam sendiri.
Kekna cakap jugak kang penat nak masak sebab bukannya masak sikit-sikit ni.
Dia kata takpe. Dia nak masak jugak.
Jimat sikit.

Dah mami kata macam tu, Kekna okey je la.
Benda yang bukan Kekna paksa tapi dia yang nak buat sendiri.
Beberapa hari sebelum raya kitorang dah start beli barang sikit-sikit.
Raya hari Jumaat kan?
 2 hari sebelum raya Kekna dah start cuti. Hari Rabu.
Pagi hari Rabu tu mami pergi ke Giant dengan daddy beli 12 ekor ayam.
Pagi tu jugak Kekna tolong mami dan Kak Ejam siang ayam-ayam tu.
 Penat toksah cakap laa...

Hari raya kedua, memasing bangun awal.
Kekna celik mata je, terus masuk dapur tolong apa-apa yang patut.
Kekadang Kekna berlari ke luar laman sebab nak tengok susunan kerusi dan meja.
Penat wehhh...
Maunya tak penat... sikit-sikit orang duk memanggil-manggil nama Kekna..

"Kak Ngah, ce pegi tengok kerusi dengan meja kat luar tu. Ok tak?"
Kak Ngah, kat sini kita nak letak apa dulu?"
"Kak Ngah, yang menu sampingan tu mana satu kita nak keluarkan dulu?"
"Kak Ngah, meja nak letak kuih raya tu kita nak amik meja mana?"

Semuanya Kak Ngah....! Waaaa.... T___T

Masa menjemput aritu, Kekna bagitahu majlis start pukul 11 pagi.
Nasib baik tetamu tak datang on time.
Sebab pukul 11 pagi tu Kekna baru nak mandi dan bersiap-siap.
Ngam-ngam lepas bersiap, tetamu datang serbu ramai-ramai.

Menu hari tu kitaorang 1 family decided untuk buat:

Nasi ayam
Cocktail buah
Congo bars
Kek marble
Epal hijau asam boi
Puding trifle

Nasi ayam tu mami dan Kak Ejam yang handle.
Tapi bab potong ayam, potong sayur, tomato semua, Kekna dan Amani yang buat.

Cocktail buah Amani yang buat. 
Kekna just provide bahan-bahan je macam buah dalam tin, sumi, susu cair, yada yada yada.
Memang laku keras cocktail dia ni.
Kitorang buat 3 mangkuk besar.
Nasib baik kitorang ni cerdik jugak.
Kitorang keluarkan sikit-sikit cocktail tu.
Kalau tak, kesian orang yang datang lambat tak sempat nak merasa cocktail.

Congo bars Kekna yang buat.
Laku keras jugak ni.
Ramai yang puji sedap.
Heheheh..
Lega tengok bila makanan habis.
Kalau tak habis, nampak sangat tak sedap.
Sentap mak nokss!

Kek marble Kak Long yang belikan.
Tak tahu dia beli kat mana.

Puding trifle pun Kak Ejam yang buat malam hari raya pertama.
Buat dua bekas, dua-dua tu habis.
Alhamdulillah.
Epal hijau asam boi Kak Ejam yang buat sebab Kekna tak sempat langsung nak prepare.
Kekna just provide kan bahan-bahan je.
Yang ni pun laku keras.
Siap ada sepupu Kekna request nak tapau sikit bawak balik.

Nak resipi epal hijau asam boi?
Senang je.
Beli epal hijau. Berapa banyak tu ikut masing-masing punya keperluan.
Macam aritu Kekna beli dalam 10 bijik je.
Beli jugak asam boi warna putih.
Tapi make sure asam boi tu  memang jenis masin dan masam melampau.
Kalu yang jenis masin gitu-gitu je tak menjadi nanti. Tawar.
Lepas tu beli cili padi merah.
Cili padi ye. Bukan cili hidup yang besor tu.
Amik 1 bijik epal, then potong 4. Lepas epal tu dipotong 4, potong pulak ikut saiz half moon nipis-nipis.
Makan nipis-nipis barulah sedap.
Makan tebal-tebal macam jambu tu tak sedap.
Letak potongan epal tu kat dalam bekas yang bertutup.
Then, asam boi tu terpulang korang la nak letak sebijik sebijik ke ape.
Kalau Kekna, Kekna racik halus-halus asam boi tu. Bijik asam boi tu dibuang.
Then asam boi yang diracik tadi ditabur atas epal yang dah dipotong tadi.
Lepas tu potong halus cili padi pulak.
Jangan banyak sangat. Nanti pedas sangat tak syok pulak.
Cukup sekadar nak bagi rasa pedas sikit.
Tabur atas epal tadi jugak.
Gaul semua dalam bekas tu sampai sebati, then letakkan dalam peti ais.
Nikmat wehh makan time sejuk.

Gambar menu takde sebab Kekna tak snap pun.
Photog pun tak snap jugak gambar menu.
Dia duk tangkap gambar tetamu je.












Ni antara gambar tetamu yang ada. 
Cuaca hari tu memang agak panas.
Nasib baik masa bulan puasa aritu Kekna ada borong kipas berkaki 2 bijik terus.
Memang plan nak letak kat tempat orang makan kipas-kipas tu semua.
Idok la kepanasan para tetamu nak makan.


 Makdik Nab


Ini family sebelah Kak Ejam.
Orang Teluk Pasu, Manir.

Ini anak sepupu Kekna.
Lemah lembut je budaknya.
Ekk tidak, orkk pun tidak.
Suka jangok ni.

Ini mak sedara Kekna, adik mami.
Hajjah Zaiton.
Bekas guru.

Yang ni pulak Hilmi. Kawan baik Shahril dari sekolah lagi.
Sekarang ni dia berniaga kasut kat pasar malam ShahBandar.

Ini pulak Ayah Su Mat, ayah sedara Kekna merangkap adik bongsu mami.
Mami ada 5 beradik je.
Ayah Su Mat ni satu-satunya adik lelaki.
Mungkin ada yang cam muka dia sebab kerap jugak dia masuk dalam newspaper.
Dia berniaga kedai makan kat belakang Pasaraya Hock Kee Seng Tanjung.
Kedai dia laku jugak pagi-pagi.
Dia jual macam-macam.
Nasi goreng ikan, nasi minyak, nasi lemak...

Ini pulak Mak Su, wife Ayah Su Mat.
Masih bergetah uolss walaupun dah ada 2 orang cucu.

Ini sepupu Kekna, Rina.
Jangok sokmo dia ni. Heheheh...

Ini pun sepupu Kekna jugak.
Lawa dia kan. Muka baby face padahal umur dah 20 rasanya.

Yang sebelah kiri tu Rini, kakak Rina.
Rini tu pandai buat kek lapis.
Terjamin kebersihan & kesedapan kek lapis dia.
Baru-baru ni masa beraya kat rumah dia, sempat jugak la Kekna merasa kek lapis dia serba satu.
Next raya Kekna nak tempah dengan dia la..


Masa ni Kekna dah berlengas dah.
Make up pun dah hilang.
Penat tau... kitalah yang angkut makanan bila makanan dah nak habis, kitalah yang tukang bancuh air sirap, kitalah tukang lap meja kotor... kitalah serba serbi.
Huh!

Abang Zam pun nampak penat.
Dialah tukang jaga ais. Hahaha...



Nasib baik Kekna ada adik-adik yang boleh diharap.
Masa ais dah nak habis, cepat-cepat Shahril dan Shazrin merempit pegi beli ais kat kedai berhampiran.


Mami...
Disebabkan dia dah busy buat nasi ayam, so masa tetamu tengah serbu, dia just layan tetamu je.

Abang Yu pun penat.
Tengok badan dia pun dah tahu tenaga dia setakat mana.
Dia dah start risau dah tu sebab semua orang tegur dia makin kurus.
Selama ni Kekna tegur, dia tak nak caya. -___-

Lepas raya ni Kekna plan nak kerapkan keluar makan tengahari dengan dia.
Tak pun belikan dia burger mcd hari-hari.
Biar dia jadi gemuk sikit.

Ni pun orang terpenting jugak ni.
Busy jugak ke sana sini.


Haaa.... yang pakai baju putih ni pun penting jugak.
Penting sebab dia la tukang buat kecoh.
Nasik punyalah banyak lagi kat dalam bekas, dia boleh memanggil-manggil orang suruh topup kan nasik kat dalam bekas tu.
Pastu ade satu masa tu, dia panggil Kekna sambil pegang pinggan berisi ayam.
Kebetulan masa tu Kekna tengah layan kawan-kawan ofis yang datang.
Muka dia tegang kemain.
Kekna tanya kenapa.
Dia dengan garangnya bagitahu, "ayam semua dah habis."
Masa tu Kekna relax je sebab Kekna tahu ada 2 ekor lagi ayam yang tak digoreng.
Masa tu pulak mami dan Kak Ejam memang dah ada kat dapur untuk goreng ayam lagi.

Daddy : Ayam semua dah habis.
Kekna : Ada lagi laa 2 ekor.
Daddy : Mana ada! Pergilah letak kat dalam pinggan tu... *dengan muka kelat.

Haihhh... geram je Kekna dalam hati.
Kekna tahu la sebab Kekna yang arrange semua.
Daddy duk kalut ayam dah habis, ayam dah habis...
Dia tu masa orang tengah busy prepare itu ini, dia duk sibuk berlawa depan cermin siap inaikan rambut.
Pastu bila jadi macam ni, kalut tak tahu ke benda.

 Memang gitu daddy Kekna ni dari dulu lagi.
Kalut & menggelabah.
Kalau buat majlis, memang tak sah kalau dia tak buat kalut.
Kekna lupa nak pesan kat dia awal-awal jangan buat kalut.
Daddy ni sejenis yang kena pesan satu-satu.
Kalau tak, ade je benda pelik dia nak buat. Hahahaha...
Fenin mak noks!

Dulu-dulu setiap kali orang ramai datang ke rumah, dia sibuk nak main piano.
Sampaikan setiap kali raya, mami letak piano tu kat dalam bilik berkunci.
Hahhaha... lawak betul bila dikenang balik... wakakakaka...
Lepas tu dia buat perangai berkaraoke pulak bila orang datang beraya kat rumah.
Sampaikan 1 hari tu Kekna warning awal-awal bagitahu jangan nak berkaraoke.
Kekna siap sembunyikan mic lagi. Hahahahah...
Bising & bingit orang nak bersembang, dia pulak sibuk nak menyanyi.
Tahu la darah seni tapi agak-agakla...

Sekarang ni dia buat kalut pulak.
Sumpah Kekna lupa nak pesan.
Lepas ni kena mintak dia layan tetamu je.
Benda lain dia takyah sibuk-sibuk nak amik tahu.
Nasik habis ke, sayur habis ke.... dia takyah amik tahu dah.
Haihhh... daddy ku oh daddy ku!


Dia ni kalau tak amik gambar bajet hensem memang tak sah.. -__-

 Sama jugak dengan yang ni.
Tugas dia tolong angkat benda-benda berat.
Itupun kekadang je sebab dia sibuk jadi photog.

Gambar orang yang takde dalam entri ni adalah gambar orang yang tak penting.
Bukan tak penting apepun... tak penting sebab takde fungsi sepanjang majlis berjalan.
Anak-anak sedara pun duk sibuk nak berselfie je manjang.
Bebudak millenium ni, cenggitu la kan.
Haih, pening ibunda ni. 

Majlis habis pukul 3 sebenarnya tapi sampai pukul 5 petang masih ada yang datang.
Mujurlah makanan masih ada.
Bila semua tetamu dah balik, sesi mengemas pulak.
Kekna takdan nak tangkap gambar sebab sibuk cuci periuk belanga dengan Kak Ejam.

Mami dah serik dah buat majlis masak sendiri.
Dia kata penat sungguh. Hahahahah...
Tau pun!
Kekna nak tempah, takmo.
Rela nak masak sendiri. Sayang duit kononnye.
Haa... sekarang rasaiin!
Hahahahah...

Lepas ni kalau nak buat majlis lagi, memang kena tempah je.
Senang.
Takyah susah-susah nak masak sendiri walaupun memang kalau masak sendiri jimat senggoti.
Tak sampai RM500 pun untuk buat semua menu yang Kekna cakap tadi.


Apapun, setiap majlis memang takde yang perfect.
Cumanya Kekna bersyukur sebab majlis kali pertama ni berjalan dengan lancar.
Makanan tak membazir, cukup-cukup untuk tetamu.
Sedap-sedap pulak tu.
Kiranya dapat pujian dari tetamu laa...
Alhamdulillah... alhamdulillah...

Terima kasih buat ahli keluarga yang membantu sama-sama membanting tulang bagi menjayakan open house ni.
Kali pertama kan buat besar gini, kelam kabut la sikit jadinya.
Terima kasih juga buat saudara mara dan teman-teman yang sudi hadir.
Maaf andai ada kekurangan sana sini.
Next time saya akan baiki lagi.