Salam readers...
Malam ni barulah Kekna boleh online sekejap menjenguk belog baru yang tetibe dah bersawang ni.
Maklumlah time time raya ni nak bukak laptop pun malas.
Acaner tuh?
Asik main hp je manjang.
Sekejap bukak IG, sekejap bukak whatsapp, sekejap bukak fesbuk.
Gitu la kehidupan seorang bujang terlajak.
Takde anak yang perlu diuruskan.
Yang ada pun anak-anak sedara yang sibuk meengendeng.
Ini pun rasa tenang kejap sebab tadi sempat Kekna buat nasi goreng special kat diorang.
Dah kenyang, diorang terlentang pulak depan tv.
Kekna cecepat masuk dalam bilik layan internet. Kihkihkih...
Ok, Kekna dah janji nak sambung entri pasal photoshoot raya team Kekna aritu.
Kat dalam ofis, Kekna adalah organizer bagi sebarang aktiviti keraian.
Penat hoiii nak arrange. Hahah...
Disebabkan unit lain dah buat photoshoot raya, maka team Kekna pun taknak laa kalah.
Lokasi pilihan kitorang untuk berphotoshoot adalah di Masjid Kristal.
Kekna bagi arahan supaya staff lelaki wajib pakaian baju melayu siap bersampin dan bersongkok.
Takmo kopiah sebab kopiah tak lawa kalau bergambar. Huhu...
Yang perempuan pulak berpakaian hari raya yang sopan.
Nasib baiklah semuanya jenis menurut perintah.
Kalau tak, mesti beta murka.
Dah janji dengan seorang staff ZBC untuk tolong jadi photographer.
Photoshoot dijadualkan bermula pada pukul 8:30pagi.
Tup-tup pukul 9pagi baru start.
Hoiihh... beta dah start murka dah ni. Waaaaaaa....
Photographer pulak tak sampai-sampai.
Matiklahhh...
Sebagai organizer, of course la rasa menggelabah.
Nak pengsan pun ade ni.
Dah la cuaca pagi tu boleh tahan panas.
Make up dah mula cair. Badan pulak dah start berpeluh ni.
So, Kekna brainstorming.
Kena ada backup plan since photog tak sampai-sampai.
Call banyak kali pun tak berjawab.
Sah photog tengah syok tido lagi.
Tetibe dari kejauhan nampak staff kat kaunter zakat di Masjid Kristal tu.
Dengan tebal muka, Kekna pi mintak tolong diorang untuk jadi photographer kitorang.
Alhamdulillah, diorang willing nak tolong.
Lega hoihhh....
Tobat lillah rasa lega... hahahah...
Korang tengok sendiri la betapa huru haranya photoshoot kali ni.
Hahahah....
Yela, masing-masing kepanasan kot. kena berdiri berposing tengah panas.
Next year kena pilih tempat beraircond sikit laa...
Kekna plan tahun depan buat deko meriah sikit kat depan pintu masuk office kitorang tu & snap kat situ je.
Insha ALLAH kalau ada umur panjang.
Yang ni ok sikit.
Edit-edit sikit then terus jadi official picture untuk raya kitorang tahun ni.
Berdiri dari kiri : Nor, Tasha, Kak Zai, Kajol Mukherjee
Duduk dari kiri : Kak Ayu, Kak Ja, Syida
Gambar-gambar di atas hanyalah antara gambar-gambar yang ada.
Malas aihh Kekna nak edit letak watermark satu-satu.
Photoshoot settle pukul 9:45 pagi.
Dah settle, cepat-cepat Kekna balik ke ofis sebab pukul 10 pagi Kekna ada briefing sikit dengan team reseller.
Terkejar-kejar oihh...
Memang penat sungguh!
Yang photog tak datang tadi tu ada mesej Kekna dalam pukul 10 lebih.
Kemain mintak maaf. Heheheh...
Kekna tak simpan dalam hati pun sebab benda dah lepas dan dah settle dah pun.
Namanya pun mintak tolong.
Lagipun dia tak sengaja sebab Kekna faham malam-malam di bulan puasa dia ber-iktikaf dan ber-qiamulail.
Mestilah dia penat....
Apepun, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Settle kerja untuk 1 hari tu.
Ohhh, alang-alang dah update belog ni, Kekna nak ucapkan,
Selamat Hari Raya kepada semua readers yang tersayang.
Tetap nak wish walaupun hari ni dah masuk raya keenam kan? Lewat nau wish raya. Huhu..
Better late than never kata omputih.. Heheheh...
No comments:
Post a Comment