24 June 2018

Kesah Aidilfitri - Day 3

Salam readers...

Kekna sebenarnya takde banyak gambar raya ketiga ni.
Time pakai baju lawa, kemain datang perasaan malas nak amik gambar.
 Padahal baju raya ketiga ni la yang Kekna ternanti-nanti nak pakai.
Sebab bajunya murah je Kekna beli tapi lawa.


Raja dan Ratu hati Kekna.
Walaupun Kekna suka melawan cakap kekadang, tapi diorang tetap priority Kekna.
Sebarang keputusan yang Kekna buat, Kekna akan fikirkan diorang dulu.
Kalau Kekna makan sedap-sedap, next mesti Kekna akan bawak diorang pergi makan kat situ jugak.
Kalau Kekna nak pergi ke mana-mana, Kekna akan bawak balik buah tangan kat diorang walaupun buah tangan tu murah-murah je.
Kekna balik ke KT ni pun sebab diorang jugak.



Caya tak kalau Kekna cakap baju Kekna ni harganya RM75 je sehelai?
Bajunya RM35, skirt pulak RM40.
Kain moss crepe uolls.
Dah la design cantik & moden.  Baju peplum.
 Cuma disebabkan bajunya plain je, Kekna beli beads masa jualan kat Stadium Negeri KT.
RM12 je satu set
Kekna beli 3 set RM36.
So, total 1 set baju ni baru RM111.
Murah kan?
Berbaloi sangat.
Beads tu Kekna tampal kat bahagian depan pinggang.
Terus nampak vogue the vass gitu kan?

Raya ketiga Kekna just pergi 2 tempat je.
Kekna dan family keluar pun dah tengahari dah masa tu.
Pergi rumah terbuka sepupu Kekna sebelah daddy di Padang Midin.

Pergi dalam keadaan lapar sebab tak breakfast pun.
Bila sampai je rumah Kak Nor, ternampak bihun goreng Singapore dia.
Apelagi, terus serbu bihun je la... Ate perut tengah lapo.
Dapat pulak bihun sedap cenggini....👍👍👍
Kak Nor memang pandai buat bihun Singapore.
Dia ada amik tempahan.
Kalau nak tempah dengan dia, pm Kekna.
Nanti Kekna bagi nombor phone dia.

Lepas makan bihun, Kekna makan pulak kek lapis.
Raya kali ni asyik serbu kek lapis je.
Jangan la lepas ni perut jadi berlapis-lapis pulak. Heheeh...

Masa raya ketiga ni Kekna rasa lemau sikit sebab dah start rasa tak sedap badan. 
Mungkin sebab penat buat open house raya kedua tu tak hilang lagi.
Kekna ni pun sejenis tak boleh penat melampau.
Mesti akan demam lepas tu.
Kalau demam sikit-sikit takpelah jugak.
Ini kalau melibatkan tonsil, melepekk je la jawabnya.

So, masa hari raya ketiga tu Kekna dah start selsema dan badan panas on off.
Lepas balik dari rumah Kak Nor, kitorang 1 family pakat berkumpul di rumah Abang Yu kat Hiliran.
Abang Yu belanja pizza hut.
Gambar kat rumah Abang Yu pun takde sebab Kekna duk tergolek je dalam bilik.
Orang lain sibuk tengok tv.
Abang Yu bukak movie KL Polis Evo.
Kemain memasing enjoy tengok cerita tu ramai-ramai.

Malam barulah balik ke rumah Losong.
Dah sampai kat rumah, Kekna buat game pulak.
Game tikam duit raya.

Masa bulan puasa aritu, Kekna ada tukar banyak duit raya.
Jadinya masa buat open house tu, Kekna dah bagi duit raya kat semua yang layak.
Amboiii... siap yang layak tu.... hehehehe...
Yela, yang besor besor tak dapat la duit raya tu.
Bagi yang kecik-kecik je.

Kekna tengok ada banyak lebihan duit yang Kekna tukar aritu.
Sebab tu datang idea Kekna untuk buat game tikam ni.
Semua orang terlibat dengan game ni.
Daddy, mami sampailah anak-anak sedara.
Kak Long, Abang Yu dan ipar duai semua join.
 Yang No.1 tu grand prize.
Mula-mula Kekna nak buat 5 keping ada duit, 6 keping lagi 'Sila cuba lagi tahun depan'.
Tapi tak sampai hati pulak.
So, Kekna buat semua orang akan dapat duit berlainan amount.
Cumanya ada 6 keping yang dapat RM1. Heheheh...

Game ni Kekna buat cenggini.
Kekna koyakkan kertas kecik-kecik.
Setiap kertas tu ada nombor masing-masing. No.1 sampai no.11.
Kemudian, kertas-kertas tu Kekna gulung satu-satu.

Lepas tu Kekna amik sampul duit.
Kat dalam sampul duit tu Kekna tulis amaun yang si tikam tu akan dapat.
Duit akan ditebus dengan Kekna lepas habis game.
Takleh letak duit terus kat dalam sampul ni sebab nanti orang akan dapat detect sampul mana yang tebal.
Bijak tak? Heheheh...

Then, 1 family Kekna berkumpul kat tengah-tengah ruang tamu.
Then Kekna baling kertas-kertas yang Kekna gulung tadi.
Berebut la masing-masing.
Masa ni memang kelakar sebab kecoh kan... Hahahah...

Dah dapat nombor masing-masing, diorang cabut la sampul duit yang Kekna tampal atas kertas keras tu.
Masing-masing pakat gelak bila tengok amaun yang diorang dapat.
Ada yang dapat RM10, ada yang dapat RM8, RM5, RM2.
Yang dapat RM1 memang kena bantai gelak. Hahaha...
Grand prize Kekna bagi RM15.
Lepas tu, diorang pakat redeem dengan Kekna duit tu.
Amisha yang dapat grand prize.
Rezeki dia la kot sebab dia yang tolong Kekna gulungkan kertas.
Dia cakap dia berdebar sebab sampul no.1 tu lain dari yang lain.
Dia ingat dia sorang je yang takkan dapat duit tu.
Menjerit dia bila dia dapat RM15. Hahahaha...

Sumpah happening bila buat game macam ni.
Rasanya setiap tahun kot Kekna nak buat game macam ni.
Kalau tak, raya rasa macam hambar je kan...

No comments: