01 June 2018

Genap 10 tahun

Salam readers...

Hari ni 1 Jun 2018.
Ramai nau yang happy hari ni kan....
Amboi...amboiii... korang ni!
Mentang-mentang la GST dah dihapuskan, terus serbu shopping mall untuk shopping raya.
Terima kasih kerajaan Malaysia yang baru.
Salam takziah buat GST.
Bersemadilah dikau dengan aman.
Jangan muncul balik je sudah la ye.

Hari ni jugak bermakna dah 10 tahun Kekna berkhidmat dengan TM.
Wahh... pejam celik pejam celik dah 10 tahun uolss!
Banyaknya pancaroba yang Kekna lalui sepanjang 10 tahun ni.
Bila dikenang balik rasa cam hairan cemanalah Kekna boleh jadi sekuat itu.

 10 tahun yang lalu, kali pertama Kekna mula bekerja di Menara TM sebagai secretary.
Masa tu Kekna kena report duty di Tingkat 51.
Masa mula-mula tu, Kekna pening. Pening nak naik lif yang mana satu.
Menara TM tu banyak lif okeh!
Nak tanya orang, tak berani.
Dulu-dulu Kekna ni jenis malu-malu alah gitu.
So, Kekna decided untuk ikut orang je...

Tukar lif itu, tukar lif ini, rupa-rupanya lif yang Kekna patut naik adalah lif yang paling depan sekali.
Lif tu adalah lif VIP. 
Lif tu hanya bergerak ke tingkat 50 hingga 55 je.
Dah sampai ofis, Kekna disambut oleh seorang perempuan.
Kak Haslina Ishak.
Dia PA dekat situ. Kekna yang akan gantikan tempat dia dan dia akan bertukar ke unit lain.
Dia baik sangat-sangat!
Tak lokek ilmu. Cakap pun lembut je.
Perempuan Melayu terakhir betul ni...

Seminggu ofis tu takde orang sebab semua staff ada kerja luar.
Seminggu jugaklah Kak Ina temankan Kekna makan dan solat.
Lepas seminggu, barulah bos Kekna masuk.
Masuk tu jantung dupdapdupdapp toksah katelah...
Nak gugur jantung masa jumpa bos kali pertama.

Khadzar Yusof namanya.
Badan besar. Tinggi. Kepala separuh botak.
Memang nampak garang sungguh...
Tapi jangkaan Kekna salah.
Dia baik sangat-sangat. Kelakar.
Dia layan Kekna macam anak dia.
Buat kerja cepat sikit, dapat upah duit lunch.
Kalau musim hujan, dia akan hantar Kekna balik sampai ke rumah.
Kekna seronok bekerja dengan dia.
Banyak sangat benda yang Kekna belajar dari dia.
Kerana dia jugaklah Kekna dijadikan staff permanent.
Alhamdulillah...
Sampai sekarang Kekna still contact dengan dia.

Bos kedua Kekna dalah Dato' Norazlan.
Yang ni memang garang nauzubillah!
Menangis Kekna nak pergi kerja hari-hari.
Maki hamun tu makanan hari-hari Kekna dan staff lain.
Tapi walaupun dia macam tu, dia sangat efficient.
Semua kerja teratur dan siap on time.
Kerana dialah, hati Kekna mula jadi keras.
Orang buat la apapun kat Kekna, Kekna boleh relax je.

Bos ketiga Kekna adalah Encik Saiful.
Rasanya baru-baru ni dia dapat pangkat Dato' dah kot.
Dia ni jenis easy going.
Senang bekerja dengan dia.
Punyalah tak berkira sampaikan dia sponsor peti ais & microwave untuk unit kitorang.
Dia jugak la punca semua staff muak dengan kek chocolate indulgence Secret Recipe.
Setiap minggu kot duk beli kek tu.
Hahaha...

Bos keempat Kekna adalah Dato' Ramli.
Sekejap je Kekna jaga dia. 9 bulan.
Yang lain tu semua 2 tahun. Ada yang sampai 3 tahun.
Masa ni unit Kekna ada konflik dalaman apabila ada 2 ketul makhluk Allah dah mula tunjukkan ketamakan dan gila kuasa.

Bos kelima Kekna, Encik Zamri.
Ni bos terakhir yang Kekna jaga.
Dia ni susah nak describe. Sekejap ok, sekejap tak.
Kekna banyak buat muka toya depan dia. Hahaha... 
Dan disebabkan dia jugaklah kekna terlalu stress sampai diserang asthma.
Kekadang dalam seminggu tu 2 kali Kekna amik neb.
Disebabkan 2 ketul makhluk Allah tadi masih ada kat dalam unit tu, Encik Zamri jadi 'rosak' seperti Dato' Ramli.
Konflik terbesar berlaku masa ni sampaikan Kekna dan manager Kekna, Puan Tuty kena incharge untuk pindahkan ofis kitorang dari Tingkat 51 ke Tingkat 9 dalam masa 3 hari sahaja!

Tak lama Kekna jaga Encik Zamri, Kekna dapat surat transfer ke Kuala Terengganu.
Blessing in disguise sebenarnya sebab Kekna memang sayangkan unit lama tu.
Memang sayang nak tinggalkan jawatan secretary, nak tinggalkan kawan-kawan...
Tapi perpindahan ni buat Kekna jauh dari anasir-anasir jahat di sana.

Datang ke TM Trg, Kekna bukan lagi seorang secretary tapi seorang pegawai biasa.
Pegawai yang kena keluar sana sini buat sales, cari customer, jual pakej unifi dan broadband. Generate income untuk TM.
Sebelum ni kerja secretary asik terperuk je dalam ofis tapi bila dapat kerja luar ni rasa macam best sangat-sangat.
Baru Kekna nampak dunia.
Jumpa orang ramai.
Communicate dengan orang yang kita tak kenal.
Paling best bila kita promote dan ada yang berminat untuk melanggan.
Perasaan tu best gile wehh.
Dah siap proses, dapat pulak komisyen.
Tak memasal ada duit lebih. Hehehe...
 
Tapi baru-baru ni ada group re-alignment pulak.
Kekna dah tak buat sales tapi Kekna kena buat training, jaga resellers, jadi frontliner untuk resellers & master info product.

Kalau dulu Kekna nak shopping time lunch, kena amik grabcar ke Mid Valley.
Tu shopping mall yang terdekat sebelum wujudnya KL Gateway.
Sekarang ni kat ofis baru, nak shopping takyah amik grabcar.
Pasaraya duk sebelah ofis je.
Tak sampai 2 minit dah sampai. Hahaha...

Ofis duk tengah bandar ni memang buat duit tu mengalir laju je.
Ada je benda nak beli.
Ada je benda nak makan. Access makanan kat sini senang.
Banyak choice.

Lagi satu, yang bestnya kat sini tak ada makhluk-makhluk jahat macam 2 ketul tadi tu.
2 ketul tu bukan je jahat, tapi hati iblis.
Tak cukup merendah-rendahkan ability dan credibility orang, diorang menfitnah dan menjatuhkan orang lain jugak.
Kekna dan Puan Tuty antara mangsa fitnah makhluk 2 ketul tu.
Tapi selagi Kekna tahu Kekna dan Puan Tuty dipihak betul, kitorang lawan je sampaikan diorang pun tak terlawan dah.
Kawan-kawan Kekna yang lain yang turut jadi mangsa malas nak amik port sampai decide untuk bertukar unit dan menjauhkan diri dari 2 ketul tu.
Semoga ALLAH swt memberikan pengajaran yang setimpal kepada mereka berdua.
Amin....

 Walau apapun, Kekna bersyukur Kekna still ada pekerjaan dan pendapatan tetap.
Disaat kawan-kawan Kekna masih struggle untuk cari kerja, Kekna dah boleh senang lenang hulur duit dan belanja family setakat yang Kekna mampu.
Syukur alhamdulillah...
Apa yang dah berlaku, itu sebahagian daripada pengalaman bekerja Kekna.
Bukan semua orang ada pengalaman macam ni kan.


Bulan-bulan puasa ni rindu pulak dengan suasana kat Menara TM tu.
Ada macam-macam jualan.
 Paling best shopping kuih raya dan baju raya.
Ada sorang akak tu jual baju dan seluar murah.
Jeans pun harga RM35 camtu je sehelai.
Boleh la nak buat jangoks kekadang.
Bukannya orang tahu pun tu seluar murah. Heheh..


Ini ofis baru Kekna.
Duk tengah-tengah bandar.
Bangunan putih rendah kat sebelah tu la pasaraya yang Kekna cerita tadi.
Nak shopping barang dapur, pakaian, semua ada...
Seronok.
Paling seronok, team sekarang ni memang terbaekk!
Tolong-menolong, sekepala dan tak berkira...
Alhamdulillah...
 


No comments: