30 June 2018

Janji Melayu

Salam readers...

Melayu dan menepati masa seolah-olah satu sifat yang berlawanan.
Orang Melayu sekarang macam takde sense of urgency.
Kekna perasan memang susahhh sangat nak jumpa orang-orang yang tahu menepati masa melainkan ahli keluarga Kekna.

Serius wehh..
Kekna kenot brain kenapa ramai orang Melayu bersifat macam ni.
Macam susahhh benor nak menepati masa.

Mujurlah sejak kecik lagi daddy memang dah ajar kekna dan adik beradik untuk menepati masa.
Kalau orang nak jumpa pukul 2pm, paling lewat pukul 1:55pm Kekna dah terpacak kat tempat nak berjumpa tu.
Jangan biar orang menunggu. Kita tunggu, tak apa.
Gitu kekdahnya.

Teringat masa hari Kekna dirisik dulu.
Disclaimer : Kekna share cerita ni bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi just to share my experience dengan orang yang tak menepati masa.
Masa hari Kekna dirisik beberapa tahun lepas.
Belah lelaki kata nak datang lepas Zohor dalam pukul 2 macam tu.
Menunggulah Kekna dan family kat rumah.
Mami siap masak nasi ayam special kat diorang kononnya nak lunch sesama.
Dari pukul 2 tunggu, tak sampai-sampai.
Pukul 3 pun tak sampai jugak lagi.
Kekna mesej, pastu bakal tunang (sekarang ni dah jadi bekas tunang) bagitahu dah otw.
Pukul 4 pun tak sampai lagi.
Kekna dah pelik kenapa tak sampai lagi? Kata dah otw tadi.
Takkan la jauh benor Bukit Payung tu dengan Losong ni.
Masa tu mami dah start tanya, kat mana belah lelaki ni? Kenapa tak sampai lagi?
Jadi datang ke tak?
Kekna tak mampu nak jawab apa-apa.
Daddy dah start lapar sebab tak makan tengahari lagi.
Orang lain pun sama. Kekna pun lapar jugak sebab belum lunch.
Perut ni dah hampir-hampir nak gastrik dah.
Masa tu memang hati dah bengkak.
Menyampah pun ada.
Dah janji pukul 2, datang la pukul 2!
Dah la melibatkan family Kekna. Kalau Kekna sorang tak melibatkan orang lain, takpelah.
Tapi Kekna sabar je.
Dekat Asar barulah diorang sampai dalam pukul 4:30 macam tu.

Rupa-rupanya memang la pukul 2 tu belah lelaki dah otw.
Tapi bukannya otw ke rumah Kekna.
Diorang pergi ke bandar untuk beli kek & buah.
Time tu jugaklah nak gubah semua.
Lorhhh.... sehari sebelum tu buat apa??
Kalau tak sempat beli kemarin, kenapa tak keluar pergi beli pagi tadi?
Kenapa perlu keluar pukul 2 tu??
Siyes kenot brain sungguh masa tu.
Same goes masa kitorang plan nak balik dari KT ke KL sama-sama.
Masa tu kitorang berdua still kerja kat KL.
Time tu pulak beberapa hari selepas raya cina.
Dia janji nak datang amik Kekna pukul 8 pagi.
Kekna pun setuju kitorang balik awal sebab takut jalan jem.
Tut-tup pukul 2 petang barulah dia datang fetch Kekna kat rumah.
Alasan dia, pagi tadi adik dia sibuk ke pasar.
Adik dia pulak nak tumpang balik ke UPM sekali.
Kepantangan Kekna kalau orang lambat tapi tak bagitahu sepatah pun.
Bayangkan Kekna tunggu dari pukul 8 pagi tapi pukul 2 petang baru Kekna nampak batang hidung dia.
6 jam kot bodo bodo je menunggu.
Tu tak kire lagi Kekna kena bersengkang mata bangun awal. 
Disebabkan bertolak lambat tu la, Kekna sampai kat rumah Kekna @ Bangsar tu pukul 3 pagi.
Bayangkan laaa dari KTrg pukul 2 petang, pukul 3pagi baru boleh tergolek kat rumah sebab jalan jem dan dia pulak bawak slow motion je.
13 jam perjalanan! Kematu bontot wehh duduk dalam kereta.
Dah la esok nak bekerja pulak.
Last last esoknya Kekna amik EL sebab badan sakit-sakit.
Tapi dengan bekas tunang dulu memang Kekna tak cakap banyak.
Langsung tak bising sebab Kekna respek dia sebagai tunang Kekna.
Uihh... sabar betul Kekna masa tu.

Itu kes dengan bekas tunang.
Dengan sesama rakan ofis pun ada jugak.
Meeting start pukul 10 pagi.
Pukul 9:55 pagi barulah terhegeh-hegeh nak pergi toilet la, nak kemas tudung la...
Sepatutnya pukul 9:55 pagi tu dah terpacak kat dalam bilik meeting kot.
Masa tu Kekna jadi secretary of coz la berdebar kalau staff tak masuk dalam bilik meeting lagi sedangkan bos dah terpacak kat dalam bilik meeting tu.
Yela, kalau bos marah, dia akan marah kat secretary dulu.
Tak pepasal Kekna kena marah disebabkan orang lain.
Weh, kat mana rasa tanggungjawab korang terhadap kerja?

Kalau dengan kawan-kawan pulak, janji nak jumpa pukul 5 petang.
Tapi pukul 5 petang, barulah si kawan tu terhegeh-hegeh nak keluar rumah.
Belum lagi campur jalan jem ke ape.
Kekna yang sampai awal ni terpaksalah menunggu sejam dua.

Fuhhh... bila sebut pasal ON TIME ni, orang Melayu memang fail lah!
Jarang sangat nak jumpa orang Melayu yang tahu menepati masa.
Susah sangat nak jumpa orang Melayu yang faham sense of urgency.
Urgency ni bukan saja bila ada sesuatu emergency tetapi semua benda pun kena ada urgency.
Macam mana melayu nak maju kalau asyik lembab je.
Sampai bila melayu nak jadi Layu?
Kekna pun pelik kenapa susah sangat Melayu nak menepati masa?
Adakah mati kalau menepati masa tu?
Ke boleh jadi koma atau stroke kalau menepati masa?

Tak rasa ke masa itu emas?
Tak rasa bersalah ke buat orang lain menunggu?
Tak rasa loser ke membazirkan masa orang lain?
Tak rasa ke diri tu melampau sebab buat orang ternanti-nanti?
Tak rasa diri tu bodoh ke benda senang seperti menepati masa tu pun gagal untuk diamalkan?
Acu explain sikit... 


No comments: