Salam readers...
Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba.
Kenapa Kekna kate hari yang ditunggu-tunggu?
Sebab pada hari raya kedua inilah buat kali pertamanya family Kekna buat open house sekali harung.
Mesti korang tak faham maksud Kekna kan?
Ok, meh sini Kekna explain.
Sebelum sebelum ni family Kekna selalunya tak buat open house.
Kalau buat pun hanya orang-orang tertentu je yang diajak.
Bukannya sebab nak pilih kasih ke ape.
Bajet tak cukup uolss..
Yela sedara mara Kekna ni ramai.
Beratus-ratus orang.
Kalau buat makan, maunya beratus-ratus ringgit nak menanggung.
Selama ni kalau ajak pun sebelah mami je.
Itupun dah bermacam-macam request yang diorang mintak.
Dihidang air sejuk, nak air panas pulak.
Dihidang nasi, nak keropok pulak.
Letih memang la letih. Kekadang tu annoying jugak.
Tapinya semangat hari raya tu menutup semua kekurangan.
Happy sebab berkumpul ramai-ramai.
Bergosip, bersembang...
Kali ni Kekna nak elak benda-benda merepek tu berlaku lagi.
Disebabkan jugak raya kali ni adalah raya kali pertama Kekna menetap sepenuhnya di kampung, kebetulan pulak Kekna memang ada duit lebih, Kekna decide untuk buat open house ni sekali harung.
Panggil semua sedara mara sebelah mami & daddy dan kawan-kawan pejabat.
Senang.
Plan asal Kekna nak tempah nasi minyak je.
Tapi bila mami dan daddy Kekna pergi survey, diorang kata mahal.
Segantang nasi minyak RM380.
Itu kalau beras biasa.
Kalau nak beras basmathi, RM420 segantang.
Kekna sebenarnya tak kisah pun sebab memang Kekna dah allocate duit sesiap untuk open house ni.
Masa bincang nak buat open house aritu, adik beradik Kekna yang SENANG semua buat diam, buat tatau je bila Kekna cakap masing-masing kena contribute sikit.
Kekna malas nak cakap banyak.
Kalau kau memang susah takde duit, faham la jugak.
Ini kau ada duit kot.
Kau tak nak contribute, takpe.
Next time giliran kau nak buat apa-apa, aku takyah contribute apa-apa jugak.
Kalau benda kecik macam ni pun taknak sepakat, susah laa...
Sebab tu la masa hari majlis tu, orang tanya guna modal siapa buat majlis ni, Kekna jawab je,
"Saya 100%. Saya tak guna sesen pun duit orang lain".
Jujur la kan...
Ok, berbalik pada cerita awal.
Mami rasa harga untuk tempah nasi minyak tu terlalu mahal.
Sayang duit katanya.
So, dia decided untuk masak nasi ayam sendiri.
Kekna cakap jugak kang penat nak masak sebab bukannya masak sikit-sikit ni.
Dia kata takpe. Dia nak masak jugak.
Jimat sikit.
Dah mami kata macam tu, Kekna okey je la.
Benda yang bukan Kekna paksa tapi dia yang nak buat sendiri.
Beberapa hari sebelum raya kitorang dah start beli barang sikit-sikit.
Raya hari Jumaat kan?
2 hari sebelum raya Kekna dah start cuti. Hari Rabu.
Pagi hari Rabu tu mami pergi ke Giant dengan daddy beli 12 ekor ayam.
Pagi tu jugak Kekna tolong mami dan Kak Ejam siang ayam-ayam tu.
Penat toksah cakap laa...
Hari raya kedua, memasing bangun awal.
Kekna celik mata je, terus masuk dapur tolong apa-apa yang patut.
Kekadang Kekna berlari ke luar laman sebab nak tengok susunan kerusi dan meja.
Penat wehhh...
Maunya tak penat... sikit-sikit orang duk memanggil-manggil nama Kekna..
"Kak Ngah, ce pegi tengok kerusi dengan meja kat luar tu. Ok tak?"
Kak Ngah, kat sini kita nak letak apa dulu?"
"Kak Ngah, yang menu sampingan tu mana satu kita nak keluarkan dulu?"
"Kak Ngah, meja nak letak kuih raya tu kita nak amik meja mana?"
Semuanya Kak Ngah....! Waaaa.... T___T
Masa menjemput aritu, Kekna bagitahu majlis start pukul 11 pagi.
Nasib baik tetamu tak datang on time.
Sebab pukul 11 pagi tu Kekna baru nak mandi dan bersiap-siap.
Ngam-ngam lepas bersiap, tetamu datang serbu ramai-ramai.
Menu hari tu kitaorang 1 family decided untuk buat:
Nasi ayam
Cocktail buah
Congo bars
Kek marble
Epal hijau asam boi
Puding trifle
Nasi ayam tu mami dan Kak Ejam yang handle.
Tapi bab potong ayam, potong sayur, tomato semua, Kekna dan Amani yang buat.
Cocktail buah Amani yang buat.
Kekna just provide bahan-bahan je macam buah dalam tin, sumi, susu cair, yada yada yada.
Memang laku keras cocktail dia ni.
Kitorang buat 3 mangkuk besar.
Nasib baik kitorang ni cerdik jugak.
Kitorang keluarkan sikit-sikit cocktail tu.
Kalau tak, kesian orang yang datang lambat tak sempat nak merasa cocktail.
Congo bars Kekna yang buat.
Laku keras jugak ni.
Ramai yang puji sedap.
Heheheh..
Lega tengok bila makanan habis.
Kalau tak habis, nampak sangat tak sedap.
Sentap mak nokss!
Kek marble Kak Long yang belikan.
Tak tahu dia beli kat mana.
Puding trifle pun Kak Ejam yang buat malam hari raya pertama.
Buat dua bekas, dua-dua tu habis.
Alhamdulillah.
Epal hijau asam boi Kak Ejam yang buat sebab Kekna tak sempat langsung nak prepare.
Kekna just provide kan bahan-bahan je.
Yang ni pun laku keras.
Siap ada sepupu Kekna request nak tapau sikit bawak balik.
Nak resipi epal hijau asam boi?
Senang je.
Beli epal hijau. Berapa banyak tu ikut masing-masing punya keperluan.
Macam aritu Kekna beli dalam 10 bijik je.
Beli jugak asam boi warna putih.
Tapi make sure asam boi tu memang jenis masin dan masam melampau.
Kalu yang jenis masin gitu-gitu je tak menjadi nanti. Tawar.
Lepas tu beli cili padi merah.
Cili padi ye. Bukan cili hidup yang besor tu.
Amik 1 bijik epal, then potong 4. Lepas epal tu dipotong 4, potong pulak ikut saiz half moon nipis-nipis.
Makan nipis-nipis barulah sedap.
Makan tebal-tebal macam jambu tu tak sedap.
Letak potongan epal tu kat dalam bekas yang bertutup.
Then, asam boi tu terpulang korang la nak letak sebijik sebijik ke ape.
Kalau Kekna, Kekna racik halus-halus asam boi tu. Bijik asam boi tu dibuang.
Then asam boi yang diracik tadi ditabur atas epal yang dah dipotong tadi.
Lepas tu potong halus cili padi pulak.
Jangan banyak sangat. Nanti pedas sangat tak syok pulak.
Cukup sekadar nak bagi rasa pedas sikit.
Tabur atas epal tadi jugak.
Gaul semua dalam bekas tu sampai sebati, then letakkan dalam peti ais.
Nikmat wehh makan time sejuk.
Gambar menu takde sebab Kekna tak snap pun.
Photog pun tak snap jugak gambar menu.
Dia duk tangkap gambar tetamu je.
Ni antara gambar tetamu yang ada.
Cuaca hari tu memang agak panas.
Nasib baik masa bulan puasa aritu Kekna ada borong kipas berkaki 2 bijik terus.
Memang plan nak letak kat tempat orang makan kipas-kipas tu semua.
Idok la kepanasan para tetamu nak makan.
Makdik Nab
Ini family sebelah Kak Ejam.
Orang Teluk Pasu, Manir.
Ini anak sepupu Kekna.
Lemah lembut je budaknya.
Ekk tidak, orkk pun tidak.
Suka jangok ni.
Ini mak sedara Kekna, adik mami.
Hajjah Zaiton.
Bekas guru.
Yang ni pulak Hilmi. Kawan baik Shahril dari sekolah lagi.
Sekarang ni dia berniaga kasut kat pasar malam ShahBandar.
Ini pulak Ayah Su Mat, ayah sedara Kekna merangkap adik bongsu mami.
Mami ada 5 beradik je.
Ayah Su Mat ni satu-satunya adik lelaki.
Mungkin ada yang cam muka dia sebab kerap jugak dia masuk dalam newspaper.
Dia berniaga kedai makan kat belakang Pasaraya Hock Kee Seng Tanjung.
Kedai dia laku jugak pagi-pagi.
Dia jual macam-macam.
Nasi goreng ikan, nasi minyak, nasi lemak...
Ini pulak Mak Su, wife Ayah Su Mat.
Masih bergetah uolss walaupun dah ada 2 orang cucu.
Ini sepupu Kekna, Rina.
Jangok sokmo dia ni. Heheheh...
Ini pun sepupu Kekna jugak.
Lawa dia kan. Muka baby face padahal umur dah 20 rasanya.
Yang sebelah kiri tu Rini, kakak Rina.
Rini tu pandai buat kek lapis.
Terjamin kebersihan & kesedapan kek lapis dia.
Baru-baru ni masa beraya kat rumah dia, sempat jugak la Kekna merasa kek lapis dia serba satu.
Next raya Kekna nak tempah dengan dia la..
Masa ni Kekna dah berlengas dah.
Make up pun dah hilang.
Penat tau... kitalah yang angkut makanan bila makanan dah nak habis, kitalah yang tukang bancuh air sirap, kitalah tukang lap meja kotor... kitalah serba serbi.
Huh!
Abang Zam pun nampak penat.
Dialah tukang jaga ais. Hahaha...
Nasib baik Kekna ada adik-adik yang boleh diharap.
Masa ais dah nak habis, cepat-cepat Shahril dan Shazrin merempit pegi beli ais kat kedai berhampiran.
Mami...
Disebabkan dia dah busy buat nasi ayam, so masa tetamu tengah serbu, dia just layan tetamu je.
Abang Yu pun penat.
Tengok badan dia pun dah tahu tenaga dia setakat mana.
Dia dah start risau dah tu sebab semua orang tegur dia makin kurus.
Selama ni Kekna tegur, dia tak nak caya. -___-
Lepas raya ni Kekna plan nak kerapkan keluar makan tengahari dengan dia.
Tak pun belikan dia burger mcd hari-hari.
Biar dia jadi gemuk sikit.
Ni pun orang terpenting jugak ni.
Busy jugak ke sana sini.
Haaa.... yang pakai baju putih ni pun penting jugak.
Penting sebab dia la tukang buat kecoh.
Nasik punyalah banyak lagi kat dalam bekas, dia boleh memanggil-manggil orang suruh topup kan nasik kat dalam bekas tu.
Pastu ade satu masa tu, dia panggil Kekna sambil pegang pinggan berisi ayam.
Kebetulan masa tu Kekna tengah layan kawan-kawan ofis yang datang.
Muka dia tegang kemain.
Kekna tanya kenapa.
Dia dengan garangnya bagitahu, "ayam semua dah habis."
Masa tu Kekna relax je sebab Kekna tahu ada 2 ekor lagi ayam yang tak digoreng.
Masa tu pulak mami dan Kak Ejam memang dah ada kat dapur untuk goreng ayam lagi.
Daddy : Ayam semua dah habis.
Kekna : Ada lagi laa 2 ekor.
Daddy : Mana ada! Pergilah letak kat dalam pinggan tu... *dengan muka kelat.
Haihhh... geram je Kekna dalam hati.
Kekna tahu la sebab Kekna yang arrange semua.
Daddy duk kalut ayam dah habis, ayam dah habis...
Dia tu masa orang tengah busy prepare itu ini, dia duk sibuk berlawa depan cermin siap inaikan rambut.
Pastu bila jadi macam ni, kalut tak tahu ke benda.
Memang gitu daddy Kekna ni dari dulu lagi.
Kalut & menggelabah.
Kalau buat majlis, memang tak sah kalau dia tak buat kalut.
Kekna lupa nak pesan kat dia awal-awal jangan buat kalut.
Daddy ni sejenis yang kena pesan satu-satu.
Kalau tak, ade je benda pelik dia nak buat. Hahahaha...
Fenin mak noks!
Dulu-dulu setiap kali orang ramai datang ke rumah, dia sibuk nak main piano.
Sampaikan setiap kali raya, mami letak piano tu kat dalam bilik berkunci.
Hahhaha... lawak betul bila dikenang balik... wakakakaka...
Lepas tu dia buat perangai berkaraoke pulak bila orang datang beraya kat rumah.
Sampaikan 1 hari tu Kekna warning awal-awal bagitahu jangan nak berkaraoke.
Kekna siap sembunyikan mic lagi. Hahahahah...
Bising & bingit orang nak bersembang, dia pulak sibuk nak menyanyi.
Tahu la darah seni tapi agak-agakla...
Sekarang ni dia buat kalut pulak.
Sumpah Kekna lupa nak pesan.
Lepas ni kena mintak dia layan tetamu je.
Benda lain dia takyah sibuk-sibuk nak amik tahu.
Nasik habis ke, sayur habis ke.... dia takyah amik tahu dah.
Haihhh... daddy ku oh daddy ku!
Dia ni kalau tak amik gambar bajet hensem memang tak sah.. -__-
Sama jugak dengan yang ni.
Tugas dia tolong angkat benda-benda berat.
Itupun kekadang je sebab dia sibuk jadi photog.
Gambar orang yang takde dalam entri ni adalah gambar orang yang tak penting.
Bukan tak penting apepun... tak penting sebab takde fungsi sepanjang majlis berjalan.
Anak-anak sedara pun duk sibuk nak berselfie je manjang.
Bebudak millenium ni, cenggitu la kan.
Haih, pening ibunda ni.
Majlis habis pukul 3 sebenarnya tapi sampai pukul 5 petang masih ada yang datang.
Mujurlah makanan masih ada.
Bila semua tetamu dah balik, sesi mengemas pulak.
Kekna takdan nak tangkap gambar sebab sibuk cuci periuk belanga dengan Kak Ejam.
Mami dah serik dah buat majlis masak sendiri.
Dia kata penat sungguh. Hahahahah...
Tau pun!
Kekna nak tempah, takmo.
Rela nak masak sendiri. Sayang duit kononnye.
Haa... sekarang rasaiin!
Hahahahah...
Lepas ni kalau nak buat majlis lagi, memang kena tempah je.
Senang.
Takyah susah-susah nak masak sendiri walaupun memang kalau masak sendiri jimat senggoti.
Tak sampai RM500 pun untuk buat semua menu yang Kekna cakap tadi.
Apapun, setiap majlis memang takde yang perfect.
Cumanya Kekna bersyukur sebab majlis kali pertama ni berjalan dengan lancar.
Makanan tak membazir, cukup-cukup untuk tetamu.
Sedap-sedap pulak tu.
Kiranya dapat pujian dari tetamu laa...
Alhamdulillah... alhamdulillah...
Terima kasih buat ahli keluarga yang membantu sama-sama membanting tulang bagi menjayakan open house ni.
Kali pertama kan buat besar gini, kelam kabut la sikit jadinya.
Terima kasih juga buat saudara mara dan teman-teman yang sudi hadir.
Maaf andai ada kekurangan sana sini.
Next time saya akan baiki lagi.
1 comment:
Gambar amani xdok..adakah dia xde fgsi ms tu?huh
Post a Comment