21 June 2018

Kesah Aidilfitri - Day 1

Salam readers...

SALAM AIDILFITRI, uolsss!!
Beraya sakan hampa noh!
Amboiii baju raya memasing... kemain lagi berliplap merelip sampai nak buta mata nengoknya.
Ni kalau che ta nampak baju raya korang ni, maunya menangis tepi buci katil 7 hari 7 malam.
Yela, baju raya zaman sekarang ni semuanya ala-ala baju pengantin.
Merelip tu 1 hal... ber-lace sana ber-lace sini, renda patblas lapis... ape ke heyy nya??
Dah la harga tu harga yahudi!
Pening kepala Kekna masa nak cari baju raya aritu.

Maklum la niat dihati nak vogue di hari raya.
Nak cari la baju yang nampak moden sikit.
Sekali tengok harga, nauzubillah...
Design biasa tu pun dah cecah RM300!
Itu design biasa. Kalau design yang macam Kekna nak, semua cecah RM400!
Ko gile ke hape nak beli baju dekat pat ratus sehelai?
Baik aku open table ajak semua orang makan nasi lauk ikan 3 rasa dengan kuah tomyam.
Kenyang pun kenyang.

 Kebetulan duit ada lebih.
Kekna ajak abang dengan kakak ipar Kekna pergi KL.
Maka menapak la kami ke KL lepas sahur puasa kedua.
Stay kat KL selama 4 hari.
Kekna booking Hotel Prescott Medan Tuanku.
Amik bilik Twin Deluxe harga dalam RM230 je untuk 2 malam.
Malam pertama tu kitorang stay dekat rumah saudara di Sentul Pasar.

Memang niat ke KL tu semata-mata nak cari baju raya.
Redah Bangi Sentral, alhamdulillah jumpa baju yang diingini dengan harga berpatutan.
Dah dapat tu, terus rasa lega hati dah.
Singgah tempat-tempat lain just untuk cuci mata dan beli barang sikit-sikit je.
Sikit sikit pun dekat RM1K gak habis sepanjang 4 hari tu.
Apepun memang puas hati.

Raya pertama ni family Kekna decided untuk buat warna peach.
Not the color of the year tapi Kekna lagi happy bila kaler kitorang tak sama dengan orang lain.
Tahun 2018 ni warna yang femes adalah warna dark blue, dusty pink, maroon, emerald green & yellow.
Rasanya tahun ni kurang yang pakai warna pastel.
Masing-masing dah start guna warna basic pulak.

My family potrait

Inilah keluarga kecil Kekna.
Kecil kecil pun, bila berkumpul ramai-ramai gamat jugak jadinya.
Riuh rendah.

Dah jadi rutin di pagi raya, yang lelaki sibuk mengendeng mintak tolong  diorang pakaikan songket.
Boleh cair make up tau biar pakaikan diorang songket ni.
Bukannya senang...
Family Kekna memang ada protokol bila pakai songket.
Kena pakai kemas-kemas. Anak songket kat dalam tu jangan sesekali terkeluar.
Lipatan pulak takleh main tibai je. Kena lipat betul-betul.
Jenuh hoii...
Tapi benda-benda macam ni la akan jadi kenangan indah 1 hari nanti.







Dah siap semua, semua pergi makan.
Pagi raya tu mami buat nasi dagang. 
Nasi dagang mami memang sedap tapi dia buat setahun sekali je....
Huhu..

Dah settle makan, barulah start sesi salam bersalaman.
Tahun ni Kekna malas nak buat drama air mata.
Too cliche uollss...
So, Kekna buat lawak sikit.
Ceria sikit suasana...




Lawak Kekna tu menjadi sampaikan Abang Yu yang jenis payah nak gelak ni pun boleh tersenyum lebar.




Mak sedara nak mencemar duli ke atas anak-anak sedara.
Kemain memasing beratur.
Yang besor duk paling depan.
Yang paling kecik duk belakang..

Shahril memang trademark dia setiap tahun akan bagi hadiah kat anak-anak sedara + duit raya.
Tahun lepas dia bagi fidget spinner.
Menjerit bebudak tu bila dapat spinner. Kemain happy.


Duli yang maha mulia tuan tanah belog kalau time raya memang tak sah kalau nak amik gambar pose cenggini.
Haihh, bila laa nak ada tok imam duk berdiri kat sebelah ni?
Dah 33 tahun kot amik gambor sorang-sorang.

Ni anak sedara kesayangan, Amisha Arieana.
Maunya tak sayang. Jenis mendengar kata.
Pesan sikit, dia mesti ikut.
Belajar pun pandai.
Dia punya tutup aurat mengalahkan mak sedara dia tau.
Mak sedara dia ni ntah bila nak insapp..


Yang ni tambah si kakak sulung, Alyssa Adriena.
Lawo. Tapi itu la... mentang-mentang la lawo, sibuk je nak berkapel.
Padahal baru ting.4 kott...
 Belajo betul-betul takmo. Haihhh...
*mak sedara membebel ala-ala membawang

Haa... ini pulak family kecik Kak Long Kekna..
Ramai nau yang kata abang ipor Kekna tu adalah abang Kekna.
Mentang-mentang kulit kitorang ni rentung lebih kurang sama....
DNA lain ye uolsss...
Dia abang ipar Kekna. Abang Zam namanya. Orang peghakk.
Changkat Jering nun...
Yang tepi sekali tu la Kak Long Kekna, Nurhaliza namanya.
Bukan Siti Nurhaliza ye.
Siti Nurhaliza tu pandai menyanyi.
Kak Long Kekna ni menyanyi dalam bilik air pun tak lepas ye.
Harap maklum.

Sebelah Kak Long pulak adalah  anak sulung dia.
Nur Alia Shahirah namanya.
Yang sebelah Alia pulak adalah anak bongsu, Fifi Farisya.


Tokmi dan cucundanya.
Anak-anak dara dah semuanya.


 Team anak perempuan sahaja bergambar.
Kekna ni muka ikut mami tapi kulit ikut daddy.
Sebab tu sendu sikit kulitnya.
Kak Long pulak muka ikut daddy tapi kulit ikut mami...


Bergambar la sekeping dengan daddy kesayangan Kekna ni.

Bergambar dengan mami pulak.


Team cucunda bergambar dengan Ki diorang pulak.

Ni pulak team menantu.
Kemain Abang Zam senyum simpul macam berbini dua pulak dia..
Hahahah...


Kalau tadi family Kak Long, ini family Abang Yu pulak bergambar dengan mami dan daddy.

Dah settle bergambar, barulah kitorang start jalan-jalan menziarah sanak-saudara.
Rumah pertama yang kitorang pergi adalah rumah Ayah Chik Zul kat Teluk Menara.
Ayah Chik Zul ni adik daddy.
Masa anak-anak sedara Kekna kecik dulu, selalu confuse antara daddy dengan Ayah Chik sebab muka lebih kurang sama. Heheheh...


Betul tak Kekna cakap?
Muka diorang lebih kurang sama je kan...

Kekna pun bergambar jugak dengan Ayah Chik.
Bukan senang nak bergambar sekali macam ni.

Next, kitorang menapak ke rumah Mak Adang pulak.
Mak Adang ni adik daddy jugak.
Rumah dia dekat Pengadang Baru.

Cantik rumah Mak Adang ni.


Yang sebelah Abang Zam tu adalah Pok Mie.
Pok Mie ni suami Mak Adang.
Tua-tua pun hensem.
Acaner tu?

Lepas ke rumah Mak Adang, Kekna dan family menapak ke rumah Mak dik Nab pulak.
Rumah Makdik Nab ni sebelah rumah Mak Adang je.
Setiap kali raya pertama Mak Dik Nab akan buat nasi minyak.
Nasi minyak Mak Dik Nab memang sedap sangat-sangat!
Dia tak amik tempahan pulak. 
Kalau dia amik, confirm Kekna akan selalu tempah nasi minyak dengan dia.



Ni kazen Kekna. Rina nama panggilan dia.
Dia anak Mak Dik Nab.
Muda setahun dari Kekna.
Dia kerja 1 ofis dengan Abang Yu.


Amik gambar bereempat.
Dari kiri : Iwan, Kajol, Rina, Shazrin.

Meh meh datang la ke rumah Kekna ni...

Dah settle kat rumah Mak Dik Nab, kitorang 1 family zasssss balik ke rumah sekejap.
Almaklum la raya kali ni jatuh pada hari Jumaat.
Geng-geng lelaki ni kena pergi solat Jumaat la pulak.
Yang geng perempuan terbongkang tido hilangkan penat... hehehe...

Lepas Asar barulah kitorang keluar semula pergi ke rumah mak sedara Kekna sebelah mami pulak.
Rumah pertama kitorang pergi ke rumah Ma.
Ma ni tauke Maimai Carpet kat Pasir Pasir Panjang tu.

Kekna takleh snap gambar ma sebab dia tak pakai tudung...
Duduk kat rumah kang. Buat ape nak bertudung bagai kan.


Shazrin bergambar dengan mami...
Kekna jarang sangat bercerita pasal adik bongsu Kekna ni.
Yela, walaupun duduk serumah kitorang jarang sangat berjumpa.
Dia bekerja di Chicken Rice Shop, Mydin Mall Gong Badak.
Dia balik kerja lewat.
Pergi kerja pulak awal.
Memang takdan nak jumpa.
Tekun bekerja ni. Jarang nau dia amik cuti.
Sakit-sakit pun pergi kije jugak.
Murahkanlah rezeki dia, Ya ALLAH!

Ini pulak adik lelaki Kekna, Iwan namanya.
Sebelah dia pulak of course la isteri dia, Rosmani tapi panggil Amani.
Kekadang Iwan ni suka sangat menyakat Amani... dia panggil Amani 'Ros'.
Ade je akal dia nak buat Amani annoying. Hahahah...

Ini pulak Shahril, adik Kekna yang bekerja  di KLIA.
Kesian dia ni. 
Sejak dia bekerja kat KLIA tu, cuti beraya pun sehari dua je.
Dia tak dapat nak beraya lama-lama.
Dah la dia tu jenis hati tisu.
KAU permudahkanlah urusan adikku ini, Ya ALLAH!


Dia ni pun kuat nau menyakat Kekna.
Tengok la tu.
Kekna kemain lagi senyum meleret, dia boleh pulakkkk buat muka masam.
Memang dia sengaja buat gitu. Gedik tul.


Ni family kecik Abang Yu.
Misha, Kak Ejam, Abang Yu dan Alyssa.

Dah puas sembang-sembang kat rumah Ma, kitorang beralih ke rumah terakhir di hari raya pertama.
Kitorang ke Kubang Ikan pulak; rumah Cik Rus.
Cik Rus ni adik mami.
Dia baru je pencen bulan 5 aritu.

Kat rumah Cik Rus tak banyak gambar yang kitorang snap.
Kekna je yang tolong tangkapkan gambar hero-hero remaja ni..


Hero-hero ni tetap berada dalam hati Kekna walau apapun yang berlaku....
Sampai bila-bila.
Bodyguard Kekna ni.
Awas calon suamiku!

Hehehehe...

No comments: